Saturday, February 15, 2014

Pindah ke Tanjung Malim...?

0
     Hish...!! sekarang nie makin kerap pulak kena pi ke Tanjung Malim. Kalau kena minggu yang hectic, boleh sampai 3 ke 4 hari seminggu kat Proton Tanjung Malim. Tapi kalau time biasa, selalunya selang 2 minggu baru sekali pi sana. Jauh jugak Tanjung Malim nie dengan Shah Alam. Lebih kurang sejam setengah ke dua jam perjalanan jugak la untuk satu hala. Itu belum termasuk jalanraya sesak waktu pukul 5 petang kat area Sungai Buloh dan Damansara. Sebab tuh bila ke Tanjung Malim, kerja jadi kalut sikit sebab dok kejar masa.

     Hari nie kena pi lagi ke Tanjung Malim. Ada isu dengan production yang melibatkan design. Kena pulak hari Jumaat, memang masa bekerja jadi lagi singkat. Sungguh tak sesuai bekerja hari Jumaat nie. Patutnya hari Jumaat nie adalah hari cuti awam untuk rakyat Malaysia. Barulah efisien dan pada masa yang sama, dapat menyediakan diri dengan lebih sempurna lagi untuk solat Jumaat.

     Sembahyang Jumaat hari nie kat Masjid UPSI sahaja. Bila sembahyang dalam kampus nie, khutbah Jumaat pun bersifat domestic la sikit. Isunya sambutan Hari Valentine dan pengharaman untuk menyambutnya. Bersemangat betul mahasiswa UPSI menyebarkan kesedaran kepada orang ramai agar tidak meraikan Hari Valentine. Selepas solat Jumaat pun, ada jugak hebahan menggunakan hailer di kawasan luar masjid membantah sebarang aktiviti sambutan Hari Valentine. Melihat kepada keaadaan tuh, teringat zaman-zaman belajar kat universiti dahulu. Zaman-zaman memperjuangkan isu-isu student.

     Pintu masuk utama ke UPSI

 Masjid yang cantik dan luas.

Asrama yang colourful

Sebahagian asrama lain yang colourful

     Baguslah bila kesedaran tuh dah dipupuk dari awal. Kalau nak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sekarang nie pulak, dengan kemudahan teknologi yang ada, komunikasi menjadi mudah dan maklumat menjadi sangat cepat untuk diperolehi. Rakyat Malaysia pun secara umumnya sudah pun memahami tentang sejarah Hari Valentine yang rapat dengan agama Nasrani. Ianya bukan dari Islam dan kita juga tak perlu meraikan kasih insan hanya pada hari tertentu sahaja sedangkan umat Islam disuruh untuk berkasih sayang sepanjang masa.

     Sebenarnya, entri kali ini adalah untuk berkongsi gambar kampus UPSI yang cantik nie. Kawasan yang besar dan memang colourful. Beruntunglah bagi sesiapa yang belajar di UPSI nie.        

No Response to "Pindah ke Tanjung Malim...?"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...