Sunday, February 15, 2015

Hari Sukan Sekolah Kebangsaan Lukut 2015

0
     Hehehehehe...first time aku participate dalam hari sukan sekolah sejak aku meninggalkan zaman sekolah tahun 1996 dulu. Tahun nie, Hadi dapat join perbarisan dalam perarakan sukan sekolah dia. Pastu pulak, dia dapat join team 4x100m dan jadi pelari yang ke-3 (kejap last runner, kejap 3...cikgu tak jumpa the right combination kot.

     Seronok la Hadi tuh dapat participate dalam acara sekolah. Semua orang nak contribute sesuatu kat organisasi sendiri dan ini termasuklah anak-anak aku. Depa pun mesti nak contribute something untuk sekolah. Waktu darjah satu sampai darjah tiga dulu, cikgu tak bagi participate sangat sebab kecik kot. Nie dah darjah 4, dah boleh jadi orang penting la kiranya. Hehehehe..

     Waktu nak mula perbarisan tuh, ada la wife aku snap gambar pakai handset. Bagus Hadi, Nampak bersemangat sangat.

Dikelilingi bunga tuh....fuiyo.. 
 
 
     Pastu, quartet 4x100m yang Hadi join tuh dapat nombor 3. Sepatutnya dapat la medal, tapi Hadi cakap malas nak ambil sebab panas terik sangat. Selamba jer dia. Huhuhuhuh....
 
     Hafiz dan Hazwan dikira masih kecil lagi (darjah 2 dan darjah 1) so, kehadiran depa hanyalah untuk mengimarahkan suasana sahaja. Semua murid diwajibkan hadir pada hari Ahad 15/2/2015. Kemudian, cuti Hari Raya Cina bermula dari hari Isnin sampai la seminggu. Bagus betul perancangan cikgu
 
     Kepada Tajul Hadi, tahniah abah ucapkan kerana aktif dan dapat gangsa dalam acara yang diceburi. Suka tengok Hadi Happy.


Yang dua orang nie pun dah besar. Dah pandai demand mainan

No Response to "Hari Sukan Sekolah Kebangsaan Lukut 2015"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...