Berdebar-debar
pulak hati ini apabila hari untuk berhenti kerja dari Proton semakin hampir.
Bukannya aku tak biasa resign dari tempat kerja sebelum ini, bahkan sudah
beberapa kali pun. Setiap kali aku resign dari tempat lama, aku akan bermula
sebagai seorang yang bersemangat tinggi di tempat baru. Penuh motivasi diri dan
berpandangan positif ke hadapan. Pengalaman dari tempat kerja yang lama,
pastinya aku gunakan sebaik mungkin di tempat kerja baru untuk tujuan
penambahbaikan.
Itu adalah
kebiasaannya. Tapi kali ini lain dari kebiasaan. Lain kerana kali ini aku tidak
akan menjadi jurutera lagi (title engineer boleh letak tepi dah). Lain kerana
pekerjaan baru aku ini memerlukan aku bermula dari bawah semula. 12 tahun dalam industri automotif sebagai
jurutera bakal di “reset” menjadi pensyarah pula selepas ini. Aku takkan buat
perkara yang menjadi kebiasaan lagi. Aku bakal berdepan dengan perkara baru
yang aku sendiri pun blur dan tak pasti bagaimana expectation nya.
Business card yang poyo.
Tapi dalam debar
aku sebenarnya bersyukur. Mungkin inilah turning point yang aku tunggu-tunggu.
Perjalanan yang jauh dan lama saban hari ke tempat kerja sebenarnya memerlukan
tenaga yang banyak. Faktor usia menjadikannya lebih significant lagi dan,
kejadian kemalangan pada tahun lalu menambahkan perasaan takut di dalam senarai
“kenapa aku nak pindah tempat kerja?”.
Jujurnya, aku
bersyukur dengan takdir aku ini. Mungkin perjalanan itu jauh, bahaya dan
memenatkan. Tapi sebagai manusia, aku tidak lebih tahu dari Pencipta aku
mengenai apa yang terbaik untuk diriku sendiri. Doaku untuk berubah mungkin
telah dijawab oleh-Nya. Tapi aku sangat yakin, tatkala Allah Ta’ala bukakan
tabir tentang nikmat yang menanti bagi hamba-Nya yang sabar, pasti pada hari
itu aku akan mintak supaya ditambahkan lagi jarak tempat kerja aku dengan rumah
kerana inginkan ganjaran dari-Nya.
Sesungguhnya, engkaulah
jua yang Maha Mengetahui. Redhailah seluruh hidupku wahai Rab….
No Response to "Last day as an Engineer"
Post a Comment