Thursday, November 23, 2017

The colleagues

1
     Mana nak mula cerita nie? Aku nie ada habit suka sangat bagi background story panjang berjela. Walhal, point aku last sekali sikit ja. Tapi kalau tetiba terus masuk point, kot nanti tak paham pulak. Boleh la nak masuk introduction ataupun mukaddimah tapi takdak la sampai kena masuk background, problem statement, objective, scope and limitation berbagai. Nanti jadi macam thesis writing la pulak. Hehehehe...

     Cerita pasal kengkawan la plak nie. Lepas balik dari China tahun 2012 dulu, ada la jugak team Lotus yang terus dapat kerja kat China. Ada la di merata-rata tempat di China tuh. Tapi kalau dah cakap bab automotif nie, memang kat kawasan Shanghai yang banyaknya. Automotive Design Engineer nie memang satu yang niche. Bila kita dah join dan dah ada pengalaman dalam Automotive Design nie, peluang sangat terbuka luas untuk kita. Sebabnya, tak ramai yang ada kemahiran untuk buat kereta. 

     Contohnya begini, dalam Proton ada berbagai department. Salah satu department yang penting adalah R&D (R&D pun besar tuh). Dalam R&D pulak ada banyak lagi pecahan. Antara pecahan itu adalah Vehicle Engineering Design (Nie pun besar gak) laa.. Pastu pulak, dalam Vehicle Engineering Design, hanya beberapa orang sahaja yang ada capability untuk design kereta daripada scratch sampai la siap. Team Lotus tempat aku kerja dulu, dapat mengisi ruangan tenaga mahir yang boleh buat kereta dari kosong sampai la mass production. 

     Antara kengkawan yang sangat talented dalam automotive design

Berhimpun balik kat Shanghai. Ada yang tak datang lagi nie. Dah nak cukup satu opis dah budak-budak Lotus dulu duduk kat China

Banyak aku belajar dari diorang. Memang terbaik

     Local company tak appreciate sangat ilmu yang kami ada nie. Kengkadang kami digelar Catia Monkey jaa...Tapi somehow, mat saleh dari Lotus dulu dah bukak mulut pasal kami. Hasil recommendation dicampur pulak yang mencari job satisfaction untuk buat kerja the real task of automotive design, menyebabkan ramai dari kengkawan Lotus aku sekarang nie berkerja dengan syarikat-syarikat kereta di China. Sepertimana yang aku terangkan tadi, ilmu design kereta nie memang niche. Walaupun China banyak buat jenama kereta dan banyak buat bilangan kereta, tetapi yang pandai design kereta memang sikit sangat. Sebab tuh China bawak masuk mat saleh. Dan mat saleh pun ada masalah jugak bila dalam banyak2 mat saleh, tak ramai pun boleh buat kereta. Penyudahnya, ia menjadi peluang untuk kami. Bila dah nieche nie, memang gaji sangat lebat...boleh demand lagi. 

     Terus terang cakap, aku pun kadang-kadang goyang jugak. Waktu zaman kita takde pengalaman dulu, memang kita kena attend interview berbagai. Sekarang nie, sebab dah ada colleagues yang duduk dalam industry niche ni....job offer melalui whatsapps saja. Goyang, memang aku goyang. 

     Aku beruntung kerana dapat bekerja sama-sama dengan team local Lotus yang sangat talented. Selain dari technical, aku jugak belajar pasal attitude. Masing-masing ada kelebihan sendiri dan aku belajar mengenal diri aku dengan muhasabah. 

     Untuk aku terjun balik ke bidang Automotive Design, walaupun sangat tempting tapi aku kena realistik. Untuk apa aku tinggalkan bidang itu suatu masa dulu dan masuk ke bidang akademik? Memang kerja dalam automotive design memberikan aku kepuasan kerja. Aku suka graphic dan dalam masa yang sama aku suka engineering. Tambahan pulak, gaji sangat lebat. Tapi itu semua dah bukan lagi priority aku... Aku ada priority lain yang membuatkan determine masuk bidang akademik.

     InsyaAllah, aku cuba sedaya mampu untuk aku sampaikan ilmu aku kepada student-student aku. Aku jugak bangga dengan kawan-kawan aku yang jadi expatriate kat negara orang. Nama Malaysia disebut-sebut jugak sebenarnya dalam kalangan automotive engineering nie sebab memang orang-orang kita talented. Even bagi talk pasal automotive design kat Shanghai pun, aku biasa dapat invitation. Menunjukkan memang tak ramai yang tahu pasal automotive design. 

     Post aku nie sebenarnya nak bagitau yang aku bangga betul dapat kawan-kawan yang kerja sekali kat Lotus dulu. Attitude bagus, talented, skillful and fun to be around. Aku doakan kebaikan untuk korang. Aku doakan jugak kita bertemu ditempat yang lebih baik lagi dan abadi suatu hari nanti, InsyaAllah. Moga berkekalan persahabatan kita.   

Monday, November 20, 2017

Bertuahnya ada family

0
     Tetiba terjumpa gambar family dalam handphone wife. Gambar raya tahun nie kat kampung mertua. Alahai, sekejap ja masa dah berlalu. Lepas sorang, sorang anak membesar. Tak nak dah main kejar-kejar dengan abah. Hehehehe, sungguh....memang hari semalam tuh sangat jauh.

      

     Sebagai seorang ayah, aku rasa aku banyak buat salah kat anak-anak aku. Yang rasa menyesal sampai teringat-ingat sangat tuh adalah bila diri nie menghukum anak dengan kadar berlebihan. Kebanyakan dari kesalahan tuh bukannya salah besar pun tapi dah memang aku nie jenis kasar, kesian anak-anak jadinya. Malu dan menyesal sungguh rasanya bila dikenang-kenang semula.  

     Hikmah jugak sebenarnya apabila anak-anak nie jenis tak ingat rutin diorang. Kita kena ingatkan sentiasa dengan sabar. Akhirnya mengajar kita jadi orang yang sabar. Hikmahnya lagi bila dalam hal kena rotan dan sebagainya, anak-anak cepat melupakan dan tak ingat lalu dia tak menyimpan dendam dalam hati. Dan dalam banyak keadaan yang aku perhatikan, anak-anak jadi lebih hormat dengan hukuman yang dikenakan jika memang benar terbukti dia bersalah. 

     Aku cuba untuk mencontohi Nabi Muhammad SAW yang sangat baik perlakuannya dengan anak-anak kecil. Aku tak pernah melihat cara Nabi melayan anak-anak kecil bahkan Nabi pun aku tak pernah lihat, tapi dari pembacaan hadis dan penerangan-penerangan yang berkaitan, memang Nabi akan marah hanya apabila tersinggung dalam bab agama sahaja. Dalam bab lain, Nabi sangat berlapang dada.

     Moga kami semua yang berada dalam gambar ini dihiasi dengan adab mulia yang sama seperti Nabi Muhammad SAW....InsyaAllah

Friday, November 10, 2017

Mengharumkan nama sekolah

0
     Cerita dah lama dah nie, tapi baru sekarang terasa nak share dalam blog. Habuan bacaan anak-anak waktu dah besar nanti. Kejayaan yang manis harus dikenang untuk motivasi diri sendiri. Paling tidak pun, rasa yakin pada diri sendiri pun dah ok dah.

     Zaman kita kecil dulu, kita tak terdedah sangat dengan pelbagai pertandingan yang ada diluar sekolah. Mungkin sebab faktor maklumat tak sampai agaknya dan bukan zaman internet membuatkan kita hanya tahu perkara yang berlaku dalam sekolah sahaja. Kita tahu cikgu banyak berusaha menganjurkan pelbagai program disekolah yang melibatkan pelajar dan itu tak dapat dinafikan. Cuma lagi, bila dah sampai zaman teknologi maklumat nie, baru kita tahu yang rupa-rupanya, ada banyak lagi program luar dari sekolah yang boleh disertai oleh pelajar. Ibu bapa yang dulunya hanya mengharapkan program hasil usaha dari cikgu, kini boleh berusaha sendiri demi pembinaan sahsiah anak-anak. 

     Macam hebat pulak rasanya ayat-ayat dalam perenggan kat atas. Padahal point yang nak disampaikan adalah, Student sekolah dulu tak banyak exposure, tapi student sekarang dah banyak exposure. Itu ja pun. Hehehehe...

     Nak cerita pasal anak-anak aku yang bersekolah rendah di Kulim nie laa...Rasanya waktu duduk di Port Dickson dulu, kami tak kalut sangat tentang nak masukkan anak-anak dalam pelbagai program. Tapi bila datang kat Kulim nie, macam best pulak bila dapat pilihan yang pelbagai untuk pembelajaran anak-anak. 

     Asalnya masuk pertandingan inovasi. Cikgu-cikgu di sekolah pun tak tahu cerita sebabnya pakai masuk ikut suka ja. Nak jadi cerita, rupa-rupanya pertandingan tuh peringkat kebangsaan dan tetiba dapat pulak hadiah medal silver. Itu cerita tahun lepas. Tahun nie, tetiba Jabatan Pendidikan Negeri Kedah panggil untuk terima anugerah emas diatas pencapaian dalam pertandingan inovasi tersebut. Alhamdulillah, suka tengok anak-anak rasa bangga. Suka juga bila dapat mengharumkan nama sekolah. Sekolah anak-anak aku tuh, hanyalah sekolah biasa sahaja. Moga-moga dapat mengubah persepsi masyarakat tentang sekolah anak aku tuh. 

     Syukurlah, Kulim banyak merubah kami sekeluarga. Moga kami sentiasa ingat akan nikmat-nimatNya....

Muka ada senyum..hehehe

Pengetua yang bawak Hazwan dari Kulim ke IPDA Jitra.

Gambar-gambar ihsan dari handphone pengetua

Semoga mengikut resam padi. Makin tunduk makin berisi

Thursday, November 2, 2017

Hadiah darjah 6

0


      Cerita pasal Hadi pulak kali nie. Lama dah tak menulis pasal anak-anak. Sedar tak sedar, dah makin besar anak-anak semua. Termasuk la Hadi. Tahun nie dia dah darjah 6, baru ja abis amik UPSR. Memang tengah honeymoon betul budak tuh. Taknak baca buku langsung. 

     Pencapaian akademik Hadi nie kiranya biasa-biasa ja. Takdak la excellent macam Adi Putra yang genius mendahului kawan-kawan dia. Waktu time tadika / pra-sekolah dulu, Hadi nie antara murid yang terkedepan jugak. Tapi sejak balik dari China dulu, Hadi dah kurang sikit. Mungkin dia lost dengan method pembelajaran agaknya, tuh yang membuatkan dia jadi average saja. Kalau guide, boleh ja pun score tinggi-tinggi. Tapi tu la, aku nie garang sangat kalau mengajar anak. Sian pulak kalau dipikir-pikirkan.

     Sejak tukar sekolah di Kulim nie, Hadi tak pernah lagi naik kelas. Kelas nombor 3. Kalau exam pun, selalunya Hadi dapat nombor yang tak popular dalam lingkungan belasan dan awal puluhan. Aku dan isteri pulak, memang jenis tak menekan sangat. Asalkan dia mahu belajar dan usaha, tak kisah la sangat apa result pun. Bila tengok hari-hari tuisyen kat sekolah ditambah tuisyen kat luar lagi, aku pun jadi kesian jugak. Biarlah dia dapat nombor berapa pun, kami tetap sayangkan dia jugak. Wife aku siap bagi hadiah lagi.

     Tapi, periksa kat sekolah hujung tahun nie agak memeranjatkan jugak. Agaknya dah abis UPSR kot, jadi dia macam tak pressure. Tetiba jer dia score dalam peperiksaan sekolah. Entah macam mana, tetiba Hadi potong tang kona (bak kata orang Kedah). Habis semua dalam kelas tuh dia tapau. Dari dok dapat nombor awal 20-an, tetiba dapat nombor satu terus dalam kelas. Tak tahulah apa perasaan cikgu tapi seriously, kami nie sebagai parent boleh dikatakan bangga sungguh la dengan Hadi. Dalam pada tuh, rasa syukur jugak sebab, kami Hadi memang anak yang baik. Mudah sungguh berurusan dengan Hadi dan kami pun memang sayang kat anak-anak kami. Tapi, walau bagaimana sayang pun parent pada anak, kemanisan kejayaan tuh tetap tak boleh dibeli (antara perkara yang tak dapat dibeli la kiranya nie). Allah yang bagi. Dan sunatullah untuk kejayaan adalah usaha.

YB Sabrina yang bagi hadiah. YB pun cakap, awat darjah 6 kecik sangat? hehehehe

Dia yang paling cekap membaca dan menghafaz Al-Quran berbanding adik beradik lain, 
tapi dia takmau masuk sekolah agama ataupun sekolah tahfiz.

Gambar ngan kawan-kawan kat meja VIP waktu penyampaian hadiah


     Syukurlah Hadi merasa jugak beberapa kali merasa naik pentas menerima hadiah di sekolah. Moga hal ini membuahkan kejayaan yang lebih banyak lagi pada masa hadapan. Dan membuahkan kejayaan yang mutlak sebagai seorang mukmin di hadapan Penciptannya nanti...InsyaAllah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...