Wednesday, November 12, 2014

Selesai satu bab

0

   

     Alhamdulillah.....dah graduate dah pun. Rupa-rupanya orang yang bakal graduate dipanggil GRADUAND. Baru minggu lepas aku tahu. Mujur jugak aku pi majlis konvokesyen UPM yang ke-38. Belajar jugak benda baru.

     Minggu lepas ada majlis konvokesyen yang ke-38 di UPM dan aku adalah salah seorang graduan yang dijadualkan untuk ke pentas pada sessi ke-8 iaitu sessi yang terakhir sekali. Majlis berlangsung pada hari Selasa petang. Mujur jugak petang, kalau pagi boleh jadi kelam kabut rasanya. Anak-anak tak dapat ikut serta sebab tak ada penjaga waktu wife aku masuk ke dalam dewan. Wife aku adalah teman setia aku yang sentiasa memberikan sokongan tanpa syarat dan dia sudi untuk ambil cuti untuk menemani aku ke majlis tersebut. Terima kasih.....terima kasih bebanyak. Seronoknya dapat kongsi kegembiraan dengan orang yang sangat rapat dengan kita.

     Tak banyaklah gambar yang diambil. Sekadar kenang-kenangan sahaja. Dah la pakai coat, kemudian jubah pulak lagi. Ditambah dengan terik matahari tengahari. Memang sesungguhnya itu semua adalah resipi yang lengkap untuk spa yang efisien.

 Sebahagian dari rakan-rakan seperjuangan.

Shot nie memang aku suka. Sebab aku yang snap sendiri. Hehehehe

Happy faces

Partner in crime. Bagus mamat nie brilliant but simple.

Yang selebihnya gambar kami berdua la. Hehehehe..

Orang yang banyak bagi support

Banyak bagi dorongan

Yang banyak bagi bunga (kan dah dapat bunya sejambak) 

Posing jer la macam mana gaya pun

Terpaksa duduk sebab jubah berat. Sakit bahu 

Sakit-sakit pun, lambung jugak mortar board tuh. Hehehehe

Dapat la jugak gambar bersama-sama satu family. Kegembiraan dikongsi bersama-sama. Anak-anak yang memberikan kekuatan pada aku untuk terus maju. Moga jadi inspirasi dimasa hadapan nanti.

This is it. This is my wife, my ecstasy, my aspirin, my paracetamol, the strength and weakness of my success, the soul to my colorful life. Without you, this joy will just be an empty celebration. Thank you my dear for your unconditional support and love. 



   

Monday, November 3, 2014

Rasa dah sihat sikit

0

     Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Sedar tak sedar dah masuk bulan November 2014. Dah 2 tahun rupanya aku kat Proton. Hmm...tak sangka lama jugak jodoh aku dengan Proton. Mungkin disebabkan sambung belajar kot, sebab tuh tak terpikir nak bertukar tempat kerja.

    Apa-apa hal pun, Alhamdulillah kerana kesihatan semakin bertambah baik. Sekarang nie dah mampu nak dukung Dhiya. Walaupun kena berhati-hati tapi itu lebih baik daripada sebelum nie. Kesian kat Dhiya sebab abah tak boleh nak dukung.

    Sekarang pun dah mula pegang-pegang camera semula. Semenjak patah tangan nie, rasa macam dok membayangkan beberapa shot yang yang rasanya boleh buat bila dah sihat nanti. Terasa lama pulak tak amik gambar anak-anak yang sedang membesar. Gambar-gambar nie semua akan jadi rekod yang menghburkan suatu hari nanti. Kita tak sedar tapi sebenarnya anak-anak membesar dengan cepat. Kalau boleh, nak rakamkan semua moment agar tak terlepas peristiwa manis dan pahit.

     Dhiya pun dan besar. banyak mulut dah sekarang

Abang-abang pun semua sayangkan Dhiya

 Pandai dah nak berebut handphone dengan orang besar

Hafiz kalau daah tidur memang tak boleh kata apa laa..

 Minum slurpy

 Tak bagi nanti Dhiya marah

Husaini la yang paling banyak pow slurpy kat abah. Dah beli tuh, takkan la nak beli satu ja kan...terpaksa laa beli 4 atau 5 sekali beli.

Ramai-ramai tangkap gambar. Hazwan kot yang snap nie.

     Lama dah tak bawak bebudak nie berjalan. Abah nak bawak kereta pun susah sebab patah tangan. Alhamdulillah, bila tangan dah baik nie dapat la melayan anak-anak sekali ngan maknya sekali. Bawak makan kat Nasik Arab tapi wife yang belanja makan. Hehehehe....

Sedap Hafiz dapat minum teh arab yang sejuk 

 Puas hati Hadi dapat makan nasik arab

Mama suka makan kambing bakar.

Wife dan anak sulung

Hazwan dok layan Dhiya. Kecik mulut tuh

Husaini  pun ada gak. Hensem dah dia

Dah banyak cakap tapi pelat ja lagi

 Dhiya pun dah pandai nak makan sorang-sorang. Tanak orang suapkan

     Syukurlah, kadang-kadang moment yang simple macam nie pun boleh buat budak-budak jadi happy. Betapa tulus dan murninya hati kanak-kanak. Bila anak-anak masih kecil, kita memang keletihan sebab semuanya bergantung pada kita yang jadi ibubapa nie. Tapi bila anak dah besar pun, ibubapa pun tak senang mana pun. Solat dia, pelajaran dia, tingkah laku dia, kawan-kawan dia, adab-sopan dia dan 1001 macam benda lagi yang perlu ibubapa amik tahu. Tapi inilah amanah.....amanah yang datang dalam bentuk kasih-sayang....

     Berkatilah....

Tuesday, September 30, 2014

Kereta Baru Proton

0
     Hari Khamis minggu lepas, Proton dah launched model kereta terbaru yang diberi nama Iriz. Sebuah kereta segmen B yang asal nama projeknya adalah P230. Kemudian dikalangan pihak pengurusan, ianya dikenali sebagai GSC (Global Small Car). Kemudian dipenghujung-penghujung projek tersebut, namanya ditukar menjadi PCC (Proton Compact Car).

    Itu kerja pihak pengurusan. Tak layak pulak rasanya nak bercakap bagi pihak pengurusan. Tapi, InsyaAllah aku boleh berkongsi pengalaman bila bercakap bahagian engineering.

     Seperkara yang pasti bila bercakap tentang kejuruteraan automotif nie, orang banyak nampak kat enjin kereta. Ini memang lazim lebih-lebih lagi kat Malaysia. Jadinya, aku sering tak dapat nak jawab bila ada soalan-soalan berkenaan dengan enjin kereta Proton. Sebabnya, bidang aku adalah Trim and Body. Aku rasa, mungkin lepas nie aku kena belajar pasal enjin secara lebih mendalam kot. Bagus untuk diri sendiri dan Proton untuk kegunaan masa-masa hadapan nanti.

     Boleh dikatakan aku heavily involved dalam projek Iriz nie. Kebetulan pulak inilah kerja pertama aku berurusan dengan barangan besi setelah sekian lama mengadap plastik. Orang tengok aku ada pengalaman dalam kerja aku jadinya diorang expect aku boleh deliver. Masalahnya, pengalaman dalam plastik tak sama dengan kerja dengan besi. Maka, aku terpaksa bekerja 2 kali ganda untuk catch up ilmu baru dan deliver dengan sempurna.

     Alhamdulillah, aku menghargai peluang yang datang ini. Letih tetapi memberikan pengalaman yang bernilai sekali. Seronok bila kita dapat tengok hasil kerja kita kat jalanraya. Ini bukanlah kali yang pertama aku buat kereta tapi ada rasa kelainan sikit model Proton yang terbaru nie. Ada tag usaha tak kenal jemu kat kereta tuh. Dan yang paling uniknya adalah, aku MC panjang apabila kerja aku dengan Iriz tuh hampir selesai. Macam dirancang-rancang pulak. Hmmmm...

     InsyaAllah, ada niat nak pakai Iriz nie. Sebabnya, tak ramai orang boleh pakai kereta yang dia buat sendiri. Hehehehe....

Credit Photo to Paultan.org

Credit Photo to Paultan.org

Credit Photo to Paultan.org

Credit Photo to Paultan.org
 

Thursday, September 18, 2014

Dah tak dapat nak dielakkan

2
     Dah sebulan dah sejak dari accident arituh. Badan makin ringan. Hari-hari dapat complete 4,000 steps kat trek jogging depan rumah. Bernafas pun rasa lega. Pelan-pelan dah boleh buat kerja-kerja kat rumah. Alhamdulillah...

     Bila bengkak pun dah surut, doktor jumpa masalah baru plak. Rupa-rupanya, tulang selangka yang patah tuh, tajam sangat. Kebetulan pulak tuan punya tulang tuh kurus, memang duduk betul-betul bawah kulit ja. Doktor risau, kalau rubbing dengan tali beg atau terhantuk sekali lagi...takut terkoyak kulit. Tulang boleh terjojol plak keluar.

Ini la gaya tulang yang tajam tuh. Dah macam tongkol kayu plak.

     So, doktor kata memang abnormal la keadaan nie. Bunyinya macam kena operate jugak laa...Takdak la discuss lama sangat pun. Tetiba doktor bagi satu date untuk operation. Subhanallah, takutnya aku nak serah diri nie. Akhirnya aku setuju jugak walaupun takut nak operate.

Wife aku la yang dok rajin temankan aku ke hulu ke hilir dok jumpa doktor. 
Terima kasih sangat-sangat.

Kesian kat Dhiya la abah takleh nak dukung. Bila masa la pandai makan aiskrim nie.

Dulu kecik jerk

Nie gambar on the way to operation theater. Ker dah abis operate nie?
Memang aku nie penakut sungguh la bab-bab operation nie

Nie Dr Wan Hazmy yang specialist dalam operation nie. 
Nie gambar sehari selepas operation waktu nak bukak dressing.

Suspen ja waktu nak tengok bekas belahan kat bahu tuh. Tapi sempat selfie kejap.

Aduss....Panjang jugak rupanya...heheheh

     Dr Wan cakap, bagus la buat operation sebab dalam tuh ada 2 lagi serpihan tulang yang terapung dalam bahu aku. 2 tulang tuh la yang terpusing dan membonjol tajam ke atas seperti dalam gambar yang mula-mula. Kiranya sekarang, tulang yang dah bercantum sebulan dulu dah dipecahkan semula oleh doktor untuk bagi laluan kepada plate besi. So, recovery process is now back to square again. Tapi Alhamdulillah, sakit kali ini tidaklah sesakit waktu mula-mula dulu. Hopefully dapat recover cepat. Kesian tengok wife aku yang terpaksa pikul semua tanggungjawab umah. InsyaAllah sihat lepas nie.

Dapatlah lima paku atas bahu. Naik pangkat tuh.







Thursday, August 28, 2014

Minggu ke-2

17
     Tak sangka rupa-rupanya memang sakit kalau accident patah tulang nie. Dah masuk 2 minggu pun, tak banyak sangat perubahan. Tapi Alhamdulillah, pernafasan dah jadi semakin baik. Walaupun masih ada sakit-sakit dada bila tarik nafas dalam-dalam....tapi terasa improvement kalau nak dibandingkan dari minggu lepas.

     Ada kawan cadangkan berjumpa bomoh patah kat Puchong. Sejujurnya, dah banyak dengar tentang bomoh patah nie. Even abah aku kat Alor Setar pun pernah jadi bomoh patah dulu. 

     Secara peribadinya, aku kategorikan bomoh patah nie kepada 2. Pertama, bomoh yang akan urut real time dan pesakit akan merasa sakit sewaktu urutan. Kedua, bomoh yang main "kirim-kirim" dan buat kerja waktu kita tidur malam. Bomoh yang kedua nie pun berpotensi nak bagi sakit kepada pesakit sewaktu proses urutan.

     Sejujurnya aku nie memang takut bila sampai bab sakit nie dan aku memang taknak berjumpa mana-mana bomoh dalam masa terdekat nie. Tapi bomoh yang di Puchong nie memang lain sikit. Kawan aku menceritakan memang tak sakit dan menyembuhkan pulak. Testimoni dia pulak setelah dia bawak 2 orang kenalan rapat dia berjumpa dengan Bomoh Puchong nie.

     So, aku beranikan diri jugak akhirnya. Sepanjang perjalan dari PD ke Puchong tuh, memang aku akan rasa sakit setiap kali kereta bergegar atau melanggar lubang. Jauh sungguh rasanya PD ke Puchong.

     Tapi memang betul tak sakit sewaktu proses urutan dan selepas urut. Bomoh Ibrahim tuh pulak buat kerja cepat sangat. Dalam 2 minit sahaja rasanya. Buat pun kat surau tepi rumah dia. Mudah dah selesa. Modus operandi  dia seolah-olah memperbetulkan kedudukan tulang yang patah sambil dia betulkan urat yang sakit. Hasilnya, tangan aku dapat diluruskan ke atas seperti tangan yang tak patah. Walhal, aku tak pernah dapat angkat pun tangan kiri aku nie dan untuk luruskan tangan ke atas macam tuh selalunya ambil masa berbulan-bulan jugak rupanya.

     Dasyat bila Allah bagi kelebihan kat seseorang. Dengan keizinan-Nya, aku rasa lebih selesa untuk bangun dan bergerak setelah jumpa Bomoh Ibrahim tuh. Bergegar dalam kereta dah bukan masalah lagi.

     Dan yang paling ajaib sekali, badan jadi lebih selesa apabila berada dalam keadaan sujud. Padahal, sejak 2 minggu nie, aku hanya sembahyang duduk sahaja. Terima kasih Pak Ibrahim. Syukur pada Allah.

Gambar lepas kena henyak ngan Pak Ibrahim. 
Tetiba ja dia datang kat belakang pastu kilas tangan aku ke atas.
ehh....lepas tuh siap boleh angkat tangan lagi....hebat.
 

Tuesday, August 19, 2014

Discharged hari yang ke-5

0
     Puas dah duduk dalam hospital. Letih rasanya dok baring sahaja. Kebetulan pada hari ke-5 tuh Doktor pun dah macam bagi green light saja, terus setuju la nak balik rumah. Nak dijadikan cerita, pagi tadi ada orang meninggal kat wad depan. Eloklah sangat dapat discharge arinie.

     Tak putus-putus sahabat handai, rakan-taulan dan saudara-mara datang menziarahi. Mungkin kerana bulan Syawal jugak kot, orang berjalan-jalan open house di merata-rata tempat. Alang-alang lalu Seremban, singgah sebentar untuk ziarah orang sakit. Tak dinafikan jugak, memang antara yang melawat tuh sungguh-sungguh nak datang melawat sehingga sanggup sewa hotel berbagai. Terasa sangat berbesar hati dengan apa yang berlaku. Tak sempat nak amik gambar semua. Ada rezeki kita jumpa lagi dan harap-harap, biarlah di tempat yang lebih baik. Hehehehehe....


Din ET. Dah 20 tahun tak jumpa dia nie. Kawan sekolah.

Keluarga Pak N. Hehehehe...


Tiub 14cm masuk dalam rusuk sebab pneumothorax


Ehh....apsal gambar kecik nie ada sini? hehehehhe.

Suka sangat la dapat main kuda tuh.

Dhiya pun tido kat hospital sebab teman abah kan...??

 Gambar kat rusuk time dah cabut tiub tuh. Baru la senang nak bergerak sikit.

Thursday, August 14, 2014

Accident la plak

0




     First time dalam hidup nie accident sampai patah riuk. Kejadian berlaku di km16.4 highway elite. Tengah dok bawak motor dalam 110km/j, ada keta myvi hitam datang sapu dari kanan. Terus jatuh golek. Keta tuh tertido rupanya.

     3 tulang rusuk patah, satu klavikel dan satu belikat menjadikan 5 tulang patah kesemuanya. Peparu kiri tembus dan luka-luka kat bahagian kiri badan. Sehingga entry nie ditulis, aku hanya menaip sebelah tangan sahaja. Masa untuk berehat...... 

Tuesday, August 5, 2014

Perjuangan diteruskan

2
     Nampak gayanya, aku bakal melanjutkan pelajaran kat dalam negara sahaja. Alhamdulillah, tadi dapat panggilan dari supervisor mengatakan bahawa proposal aku dah pun mendapat kelulusan dari MOSTI. Geran dah pun diluluskan dan mungkin dalam masa terdekat nie, aku akan mendaftar sebagai pelajar semula kat UPM.

     foto dari Prince George website

     Syukurlah, sebuah berita baik usai sahaja cuti hari raya. Lepas nie dah boleh mula merancang halatuju secara terperinci sedikit. Untuk setahun nie, mungkin aku akan sambung belajar sambil bekerja kot sebabnya, peringkat awal selalunya hanya melibatkan literature review sahaja dengan sedikit kerja-kerja makmal. Apabila dah start serius nanti, mungkin terpaksa buat fultime kot. Tengoklah dulu macam mana.

     Alhamdulilah....segala puji hanya bagi Allah.

Tuesday, May 27, 2014

Isra' Mikraj 2014

0
     Lama tak menulis. Asalnya, nak lepas gian main DSLR sebab dah lama sangat tak dapat shot yang berkenan dengan mata. Tapi apa kan daya, kita nie tak berapa nak kreatif sangat. Kalau orang kreatif, apa-apa sahaja benda sekeliling confirm akan jadi shot yang menarik. Takpa, nanti aku akan berusaha untuk menjadikan diri ini kreatif lagi daripada sekarang.

     Petang tadi dah dapat surat senat dari UPM. Secara rasminya, aku sekarang dah grad dah cuma tak konvo sahaja lagi. Alhamdulillah, sejak sebulan yang lepas....lecturer UPM ada berbincang dengan aku berkenaan satu tajuk yang sesuai untuk PhD jikalau aku berminat. Lama jugak kami berbincang dan aku rasa mungkin boleh jadi kenyataan kot kali nie. Dua minggu sudah, lecturer UPM tuh dah dapatkan CV, photostate IC dan segala butir-butir diri berkaitan untuk mohon geran dari www.mygrants.gov.my. Sekarang nie, dalam proses menunggu dulu.

Surat Senat UPM

     Jadinya, jangkamasa untuk permohonan tuh lulus pun tak sure lagi bila. So, malas nak sesakkan kepala lagi pada waktu ini. Kebetulan pulak hari ini ada masa terluang sedikit. Maka berkelanalah aku ke Bandar Seremban mencari shot yang agak-agak berkenan di mata. Alhamdulillah, adalah satu shot nie yang dapat jadi halwa mata. Kira ok la nie sebab dah lama tak tangkap gambar.

Bandar Somban, Nesmilan.

     Kebetulan, bila singgah di Masjid Negeri..ada majlis ceramah Isra' Mikraj rupanya. Penceramah adalah Prof. Madya Ridhuan Tee Abdullah. Majlis pulak dihadiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan sendiri. Beruntunglah aku kerana dapat jejak kaki ke majlis ilmu. 

     Dr. Ridhuan Tee banyak mengupas tentang perpaduan orang Melayu. Lebih-lebih lagi, menjelang pilihanraya kecil di Teluk Intan antara Gerakan dan DAP, Dr. Ridhuan Tee telah berkongsi pengamatannya dalam kempen pilhanraya tuh. Secara peribadinya, aku keliru dengan penerangan Dr. Ridhuan Tee. Mungkin sebab level pemikiran aku tak sama dengan pemikiran dia kot. Walau apa-apa pun, kita kena hormat orang yang menyampaikan ilmu. Moga-moga yang hadir pada majlis itu dan termasuklah aku...mendapat kebaikan dan keampunan-Nya

Kat dalam Masjid

 MB Negeri Sembilan dikerumuni anak-anak kecil. 

     Bagi aku, kita tak perlu bersungguh-sungguh membenci seseorang hanya disebabkan berbeza pandangan. Bagi Dr. Ridhuan Tee, dia konsisten dengan pendapat bahawa....tertegaknya bangsa Melayu, maka tertegaklah Islam di bumi Malaysia ini. Bagi aku pulak, Islam milik semua. Tapi kalau kita perhatikan bahawasanya, kedua-dua matlamat ini adalah untuk menaikkan Islam. Maka, tak perlu wujud perpecahan. Lagi bagus kalau kedua-duanya jalan seiringan, baru cepat Islam berjaya.

     Syukurlah kerana dipilih menjadi tetamu dimedan ilmu.

Friday, May 16, 2014

Nothing much (part 30)

0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...