Wednesday, July 7, 2010

Posting kali nie

5
Hmm..dua tiga menjak nie terasa macam syahdu ja dalam hati. Terasa rindu pada anak-anak yg tiga orang tuh. Bukannya berjauhan pun, hari-hari jumpa. Kalau duduk kat opis, rasa terbayang-bayang muka bebudak tuh kat depan PC. Tak sabar nak tunggu waktu balik. Rasa nak main dengan anak-anak tuh sampai letih. Tapi bila sampai di rumah, lain plak jadinya. Mainan bersepah, kusyen tunggang-langgang, lantai berlekit, bising tak ingat..macam-macam lagi la perkara kreatif dari tiga beradik tuh yg boleh buat aku pening. Bila kat rumah, rindu jadi hilang..bila kat opis plak, selalu teringat kat diorang.

Sedar tak sedar, yg sulong dah umur 5 tahun. Hazwan 3 tahun, Hafiz plak setahun setengah. Semalam, rasa macam kecik lagi. Ntah bila la budak-budak nie jadi besar. Rasa cepat sungguh masa berlalu..tak puas lagi nak main2 dengan diorang. Dulu waktu diorang masih lagi kecik, boleh la nak main lambung2 ka, main naik kuda ka..tapi skrang nie aku dah tak larat dah..sebab, budak2 nie dah bertambah berat. Aduh..rindunya aku pada masa lalu. Rindu pada telatah anak-anak.






Hadi dah besar dah. Dia sendiri cakap dah tanak minum susu dalam botol. Hazwan plak, dia nie cepat matang sebab kawan2 dia semua tua lagi dari dia. Dia berkawan dengan kawan2 Hadi. Dia cepat belajar. Hafiz plak toksah cakap la..kreatif sungguh dalam bab mengemas rumah nie. Selalu ja tak jumpa remote tv. Bebaru nie remote tv hilang seminggu. Nasib baik terjumpa balik. Ada kat tepi washer machine. Jauh tuh tv area ngan laundry area..pening kepala.

umur dah makin meningkat. Badan pun makin tak larat. Nak plak aku hari2 ulang-alik dari PD ke KL naik motor. Sampai kat rumah dah maghrib. Selalunya aku tak terlayan kerenah anak2 sebab aku letih naik motor. Memang aku selalu terlupa nak tanya homework Hadi dan Hazwan. Selalu sangat terlupa. Itu satu hal…hal yg lain plak, ada la aku beli 2 Muqaddam dgn rehal. Harapannnya, boleh la aku ajar mengaji antara waktu maghrib dan isyak. Rupa-rupanya beli saja Muqaddam tuh. Sudahnya aku terkelepet depan tv. Anak-anak plak melantun-lantun macam bola getah dalam rumah.

Ini bukannya gambar aku nie..sekadar hiasan jerk..

Aku rasa, jarak tempat kerja dengan rumah, byk mempengaruhi kehidupan aku. Aku bercadang nak cari kerja dekat dengan rumah. Kurang sikit letih badan. Boleh la aku peruntukkan masa dan tenaga yg ada dengan menda2 lain. Tapi kerja apa yg aku nak buat kat PD tuh.? Jual pelampung ka..?? hehehe..pening aku. Sebab-sebab aku nak cari kerja yg dekat dengan rumah :-

  1.  Supaya aku tak buang masa sampai 2 jam setengah sehari atas jalan. 2.5 jam sehari lebih kurang 10% dari 24 jam. Kalau aku hidup sampai umur 60 tahun, aku sebenarnya habiskan 6 tahun atas motor.
  2. Supaya aku dapat menghantar dan mengambil anak aku kat sekolah.
  3. Supaya aku dapat join kelas2 agama kat surau. Nanti boleh aku ajar kat anak dan isteri aku.
  4. Supaya aku tak letih sangat dan aku boleh beri lebih tumpuan pada pelajaran anak-anak
  5. Supaya aku dapat jogging atau naik basikal petang2 untuk kesihatan aku sendiri. (tahun nie, kolestrol aku dah melepasi tahap yg dibenarkan)
Naik motor nie merbahaya sebenarnya…tambahan plak kalau jalan yg kita lalu tuh sesibuk highway KL-Seremban. Boleh dikatakan, tiap-tiap minggu aku tgk accident. Purata accident yg aku tgk, rasanya 3 kali seminggu. Takut sebenarnya tapi kena redah jugak. Insya Allah, semua menda nie ada hikmahnya yg tersendiri. Insya Allah ada kebaikan di dalamnya.

Aku berhajat nak jadi lecturer ja kat Poli PD. Mengajar ilmu kat orang, byk pahala tuh. Tapi aku kena bersedia untuk downgrade gaji yg mmg boleh tahan punya sikit. So, apa counter measure aku..?? Aku cuba kurangkan komitmen pada hutang supaya aku tak terbeban. Kalau aku tadak hutang, pilihan untuk upgrade atau downgrade gaji adalah di tangan aku. Itu yg bagus tuh..aku create option yg luas untuk diri aku sendiri. Tapi, untuk tolak dunia nie kena ada pengorbanan. Terpaksa la aku lepaskan hajat memiliki kereta idaman aku. Nak buat camner, tadak pilihan. Kalau strategi aku menjadi, hujung tahun nie aku cuma kena allocate gaji aku untuk bayar duit rumah sahaja. Kalau menjadi, kalau tak jadi kena la usaha lagi. Tetapi selalunya tak jadi sebab aku selalu cair dengan product camera nie. Ada ja menda yg aku beli saban tahun yg akhirnya melambatkan perancangan aku dalam hidup.

Aku kena focus..untuk anak-anak aku, isteri aku dan diri aku sendiri..aku kena focus.

5 Response to Posting kali nie

Anonymous
July 8, 2010 at 10:19 AM

den pun mcm tersyahdu ha.. duit bukan semuanya...

Anonymous
July 8, 2010 at 10:19 AM
This comment has been removed by the author.
July 11, 2010 at 5:39 AM

ajie: many thanx...very good tips..tak perasan plak aku pasal byk dialog dalam Al Quran tuh berlaku kat umah..nasib abik gak hang bagitau..betul laa..

Ghazi aka Kecik : money is just a medium..

July 11, 2010 at 1:33 PM

jul.. syahdu tul baca karangan panjang hang tu..tul jugak, kengkadang kita kejar itu ini lupa plak yang sepatutnya... tapi mungkin ada hikmah disebalik tu... atau satu lagi option, huda yang tukar keja kat area tpt keja hang.. aku pun kengkadang terpikir camhang jugak.. kalau aku keja malam, pepagi kekanak pi sekolah,tghari diorang balik aku dah kuar pi keja, aku balik depa dah tidoq, weekend aku keja depa cuti, aku cuti depa sekolah...aku setuju ngan hang tu, money is just a medium

-helmi-

July 15, 2010 at 11:47 PM

uish..helmi bersuara..selamat kembali ke dunia blog..lama tak dengar cerita pasal hang...

mie..kalau kita amik contoh mak abah kita dulu, ddepa pun kerja jgk..tapi tak pernah plak miss amik dan hantar kita ke sekolah..dasat la mak abah kita nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...