Friday, July 30, 2010

Minggu yang caca-marba

0
Minggu nie agak bercelaru sikit. Bermula hari Isnin sampai la ke hari Jumaat, wife aku kena hadir ke kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi di Politeknik Shah Alam. Makanya, tinggallah kami 4 beranak di rumah tanpa Mama disisi.

Bukannya tak biasa dengan situasi sebegitu. Sebelum nie, memang ada beberapa kali kami menghadapi situasi sebegini. Jadilah aku Abah yang mithali kat anak2 aku (waktu tu Hafiz belum ada lagi). Makanya, tiap2 malam la kami akan makan kat KFC ataupun McDonald. Itu jelah yang aku tahu. Nak masak jauh sekali.

Kali nie lain sikit sebab Hafiz tak pernah kena tinggal lagi + Hafiz masih menyusu badan. Bagi aku yang naif nie, itu masalah yang sangat besar.

Kemudian, ada permintaan dari Lotus Engineering Malaysia untuk hantar aku ke China selama lebih kurang 2 bulan (7 minggu sebenarnya). Flight aku jatuh pada hari Khamis jam 1.40pagi. Maknanya, Rabu malam lagi aku dah kena ada kat KLIA dan ketika aku bertolak ke China, wife aku masih lagi berkursus. Notis yang diberi hanyalah seminggu sahaja. Entah kenapa macam tuh pulak arrangement Lotus aku pun tak pasti. Yang best nya, aku memang tahu passport aku hilang. Sengaja aku taknak buat passport baru sebab nak amik peluang boleh claim dari company kalau dihantar bekerja luar dari Malaysia.

Prosedur untuk re-new passport, kena bawak passport lama. Kalau passport lama takdak atau hilang, kena buat report polis dahulu. Hilang ada 2 jenis :-

          1.) hilang dalam simpanan.
          2.) hilang kerana kecurian.

Disebabkan kes aku adalah hilang dalam simpanan, makanya proses pembaharuan passport akan mengambil masa selama sebulan sedangkan notis hanyalah seminggu. Jauh disudut hati aku, aku sebenarnya rasa bersyukur jugak kalau tak boleh pi china.

Sebelum nie pun aku terpaksa tolak offer dari Lotus sebab Hafiz masih kecik lagi. Kemudian ada sekali lagi nama aku di war-warkan untuk pegi ke China. Tapi aku senyap ja waktu tuh. Kali ini, tak dapat nak mengelak lagi...kena jugak pegi. Yang tak best nya, the timing is just not right.

Bila dengar Imigresen kata sebulan baru siap, aku rasa best nya tak payah pi. Tapi pada masa yang sama, aku takut persepsi boss aku akan jadi lebih negatif. Terlalu banyak sangat alasan aku apabila setiap kali nama aku naik untuk dihantar ke China. Secara tak langsung, boleh memberi kesan kat karier aku sebagai Design Engineer.

Tapi nak dijadikan cerita, dalam masa 5 hari passport aku dah siap. Sebabnya permohonan aku tuh, disertai dengan surat sokongan dari majikan dan salinan tiket kapalterbang. Dan di saat aku menulis entry kali nie, aku sebenarnya dah seminggu lebih berada di Jinhua, China.

Aku tak pernah pergi kursus, tak seperti wife aku yang memang selalu kena bersedia kerana kursus kakitangan awam nie memang banyak. Hanya aku yang tak pernah tinggalkan anak2 aku. Waktu aku nak ke KLIA, anak2 aku dijaga oleh ibu mertua aku. Takdak mak, takdak abah. Kesian tengok muka 3 beradik tuh. Tapi, anak tak menangis pun...aku ja yang sebak.

Aku akan berpuasa dan beraya disini. Raya ke-5 baru balik ke Malaysia. Harapannya, tak payah la kontrak aku kat China nie disambung lagi. Walaupun dapat duit banyak tapi I always wanted my family to be close with me. 

Bagi yang mengenali aku, aku nak mintak belas ehsan hangpa supaya doakanlah agar dipermudahkan segala urusan isteri aku selama aku takdak nie. Kesian isteri aku sorang2 kena jaga tiga anak lelaki dan pada masa yang sama kena pi kerja. Raya tahun nie, cari-carilah muka aku kat dalam ruangan Salam Perantau dalam Utusan ka, Harakah ka, Nannyang Siang Pau ka....hahahah...aduh, pening kepala aku.

No Response to "Minggu yang caca-marba"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...