Tuesday, July 5, 2011

Baju warna kuning

0
Susah betul sekarang nie. Bukannya boleh nak pakai baju kuning suka-suka hati. Nanti tak pasal-pasal kena tangkap. Kerajaan kita beri tanggapan, sesiapa yang pakai baju kuning mensti ada kaitan dengan perhimpunan Bersih, 9hb Julai nie.

Pakai baju hijau pun dianggap salah jugak. Sama dengan warna parti pembangkang katanya. Kesian la kat penyokong-penyokong bola Kedah. Hijau tak boleh nak pakai, kuning pun tak boleh nak pakai. Nasib baik aku sokong Springhill FC jer...Aku ada satu idea nak buat t-shirt untuk perhimpunan Bersih kali nie. Haaa...nie design dia.

Amacam, boleh jual tak agak-agak..?

Perhimpunan Bersih nie cuma nak menyerahkan memorandum kepada Agong sahaja tapi pihak kerajaan telah cuba mengaitkan perhimpunan ini sebagai salah satu tindakan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan secara paksa. Muhyiddin Yassin memang tak berselindung lagi dengan dakyah nie. Aku tak tahu mana dia dapat info yang terlalu menyeleweng nie. Bagi aku, tuduhan nie memang keterlaluan.

Agong juga telah bertitah agar rakyat mengelakkan perhimpunan yang boleh membawa kepada ketidaktenteraman negara. Mungkin info yang diperolehi oleh Agong kita hanya datang dari sebelah pihak menyebabkan pandangan dia seakan tidak adil. Tapi bila Agong dah bertitah tuh, aku rasa pihak penganjur perhimpunan Bersih kena ambik serius jugak la. Ketua-ketua parti yang bakal terlibat pun akan nampak berwibawa jika mereka mengarahkan penyokong-penyokong mereka menghormati titah Agong.

Bagi aku, perhimpunan Bersih nie membawa kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia jugak. Mereka cuba menyampaikan hasrat rakyat Malaysia kepada Agong agar SPR kita lebih telus dan amanah dalam kerja mereka. Bukan kita tak tahu kerjasama taktik kotor antara SPR dan BN dalam membantu BN agar terus berkuasa cuma kita tak dapat nak buktikan sahaja. Jadi, amatlah besar harapan kita agar SPR tidak memihak kepada sesiapa sahaja dalam setiap pilihanraya negara.

Aku rasa macam nak join sebab mesti banyak menda yang aku boleh jadikan subject dalam gambar-gambar aku. Tapi bila aku fikirkan balik, naya pulak aku kalau tak pasal-pasal kena sembur dengan water canon. Habis camera kesayangan aku kang. Itu je la yang aku ada pun.

Kalau jadi perhimpunan Bersih 2.0 kali ini, aku ucapkan selamat berjaya dalam misi anda. Teringat pulak aku pada perhimpunan Bersih yang pertama dahulu bila Pak Lah kata dalam TV “saya pantang dicabar”…hehehe..Memang silap la cakap macam tuh. Tapi yang paling best nya bila menantu dia menyamakan orang yang berdemontrasi nie macam beruk (ker kera, tak ingat dah aku). Lagi la brutal menantu dia tuh. Sudahnya jatuh jugak...

Kepada semua yang bakal menghadiri perhimpunan Bersih 2.0, teruskanlah cita-cita korang kalau benar korang buat nie kerana Dia. Tapi kalau disebabkan nak turut nafsu, aku nak ingatkan…berhimpun untuk solat 5 waktu berjemaah itulah yang terlebih baik lagi untuk didahului dari mana-mana perhimpunan. Semoga sama-sama kita menjaga niat kita.

No Response to "Baju warna kuning"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...