Wednesday, October 26, 2011

Kenapa UPM

5
Lama sungguh aku tak sentuh blog nie. Sejak menjadi student kali nie, memang tak sempat langsung nak bersosial dalam dunia internet nie. Dalam satu hari kehidupan aku, aku hanya sempat untuk 3 perkara sahaja. Kerja, keluarga dan belajar. Aku harap, ketiga-tiga tuh menjadi ibadat supaya tak sia-sia masa yang berlalu. InsyaAllah.

Lama tak upload gambar. Nie gambar Husaini dikerjakan oleh mak dia


So, kenapa aku pilih UPM? Setelah di fikir sedalam-dalamnya, aku akhirnya berjaya mengurangkan option aku kepada 3 options sahaja.

1.) UTM Jalan Semarak
UTM memang terkenal dengan keupayaannya dalam menghasilkan jurutera yang berkualiti. Setelah mengambil kira kisah sedih tentang pengajian kejuruteraan aku di USM, aku rasa UTM adalah tempat terbaik untuk aku menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan. Kebetulan, aku ada seorang sepupu yang masih berlajar di peringkat diploma kat sana. Ada la jugak kawan nanti nie...

2.) UIAM
UIAM punya kejuruteraan memang tak berapa nak dikenali sikit (pendapat aku la). Tapi UIAM pun ada menawarkan kursus sarjana kejuruteraan. Setakat nie, takdak la lagi aku dengar budak kejuruteraan UIAM tak di iktiraf oleh BEM macam budak Aerospace Engineering USM. Kira bagus jugak la UIAM nie.

Sebab aku nak belajar kat UIAM adalah kerana aku ingin mempelajari bahasa arab pada masa yang sama. Biarlah merangkak-rangkak pun, tapi kalau dah ada rezeki..apa salahnya. Tak tahulah apa yang menyebabkan aku terpikir nak berlajar kejuruteraan dan bahasa arab dalam waktu yang sama. Macam la aku nie smart sangat.

3.) UPM
Setelah dikaji semasaknya, UPM adalah yang tebaik sekali dalam options aku. Sebabnya,

  •  Kosnya adalah yang paling murah di ikuti oleh UTM dan UIAM
  • Jaraknya yang sangat dekat dengan opis aku. Senang nak lari kejap kalau2 nak hantar assignment ka, ada test ka. Tak perlu nak amik cuti berbagai
  • Jadual kelasnya yang tak mengganggu langsung waktu pejabat aku. Technically, aku adalah pelajar sepenuh masa jika mengikut definisi UPM, tapi timetable aku tak kacau langsung waktu kerja aku.
Begitulah ceritanya. Sekarang, semua dah moden. Lain sungguh dengan zaman aku buat degree dahulu. Semuanya sangat mudah dan cepat. Daftar online, drop online, lecturer's notes pun online jugak, hantar assignment pun online. Kagum sungguh aku.

So, sedar tak sedar...aku sekarang nie tengah cuti mid semester. Sebab tuh la aku boleh layan blog nie. Kalau tak, jangan harap la. Sebelum cuti aritu aku dah hantar 2 assignment. So, tinggal la lagi 6 assignment, 2 test dan 4 final exam. Hehehehe...muntah la lepas nie.

InsyaAllah, semua tu bakal dibereskan mengikut tarikh-tarikh yang telah diberi. Yang penting, aku usaha sebaik mungkin. Yang lain tuh tawakal la, berdoa sebanyak mungkin pada Dia. So far so good, thanks to my lovely wife for all the supports that you gave. Thank you so much.



5 Response to Kenapa UPM

Nura
October 26, 2011 at 3:30 PM

Alhamdulillah...kagum dgn mereka2 yg dapat uruskan kerjaya, keluarga dan belajar.

Kirim salam pada Huda.

Anonymous
October 27, 2011 at 8:58 AM

bila baca 6 assignment .. i pulak yg pitam.. huhuhu..

October 27, 2011 at 10:53 AM

nura : thanx for dropping by....kalau ada plan nak datang PD, call la..

Ghazi : tolong doa kat aku. semoga semuanya smooth...mekasih

October 28, 2011 at 4:51 PM

UIAM memang best. terbaekk!!! hahaha. knapa budak Aero UIAM sumer diiktiraf? sbb aku and the gang la yg berhempas pulas kasik lulus that accreditation (ayat riak cam hampas)... hahaha.. kenapa berhempas pulas? sbb aku tanak depa jd mcm aku.. eh, kita!. hehehe... meh buat phd kat sini lak. buat aerodynamics, bertapa kat wind tunnel ngan aku, meh

October 30, 2011 at 3:35 AM

alangkah indahnya jikalau waktu aku amik degree dulu, ajie dah jadi staff kat USM. Kenapa la ajie lambat mintak kerja kat USM..??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...