Wednesday, May 16, 2012

The Malay Dilemma - Mahathir bin Mohamad

0

     Buku ini ditulis pada tahun 1970 sewaktu Tun Mahathir bin Mohamad belum lagi menjadi perdana menteri Malaysia. Ketika itu, beliau telah dibuang dari menjadi ahli UMNO dan pada masa yang sama juga, peristiwa 13 Mei baru setahun berlaku.

     Seperti tajuknya, buku ini menghuraikan masalah orang-orang Melayu di tanah air sendiri melalui kacamata penulis. Kajian yang dibentangkan adalah lebih kepada bentuk permerhatian yang teliti dan terperinci namun bukanlah bersandarkan fakta yang mutlak. Secara tidak langsungnya, terdapat 2 bahagian penting dalam buku ini. Bahagian pertama yang merupakan 90% isi  buku ini, membicarakan perkara-perkara di dalam Malaysia. Bahagian keduanya pula membicarakan hubungan Malaysia dan Singapura. Umumnya, kedua-dua bahagian ini membicarakan hubungan orang Melayu dan orang Cina yang tinggal di kedua-dua negara.

     Buku bermula dengan membicarakan tentang punca-punca masalah yang menimbulkan ketegangan kaum pada 13 Mei 1969. Kemudian, pengaruh keturunan dan suasana ke atas sikap orang Melayu, masalah ekonomi, maksud kesamarataan kaum, asas perpaduan kebangsaan, penyelesaian dan dilemma, kod etika, sistem nilai serta politik dan parti orang Melayu. Semua ini dihuraikan dengan mengambil kira hubung kaitnya dengan kaum Cina di Malaysia. Kemudian, pada bahagian kedua pula, penulis menghuraikan tentang dinginnya hubungan Malaysia-Singapura disebabkan sikap pemimpin Singapura yang memandang rendah pada Malaysia. Walaupun bahagian kedua ini ringkas sahaja namun kandungannya padat.

     Buku ini bukanlah buku yang asing pada rakyat Malaysia. Buku yang dianggap kontroversi ini telah mendapat liputan yang sangat meluas dan dibaca oleh ramai pengkaji politik negara Malaysia. Dari buku ini, kita dapat memahami pemikiran dan pendirian Dr. Mahathir bin Mohamad. Bagu beliau, tujuan buku ini ditulis bukanlah untuk mencetuskan kontroversi, namun penulisan buku ini adalah perlu untuk menyedarkan orang Melayu dan pada masa yang sama mahu agar orang-orang Cina memahami masalah orang Melayu.

     Buku ini, aku pinjam dari makcik aku. Buku nie aku bawak datang ke China. Walhal, makcik aku sendiri tak pernah sampai lagi kat sini. Secara jujurnya, jikalau aku dapat menguasai separuh sahaja bahasa Inggeris seperti Dr. Mahathir nie, aku rasa dah cukup bagus dah. Anyway, it was a good reading and good for thinking. Tak pasti sama ada isu buku ini masih lagi relevan atau tidak.

No Response to "The Malay Dilemma - Mahathir bin Mohamad"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...