Wednesday, August 29, 2012

Kelahiran Baru

0
     Alhamdulillah, dapat lagi seorang anak saudara perempuan yang baru. Adik ipar aku telah pun menimang cahaya matanya yang sulung jam 7.00 malam semalam. Setelah beberapa hari hari di Hospital dan beberapa kali di "induce" oleh doktor-doktor yang merawat isterinya. Alhamdulillah, segalanya telah selamat.

     Inilah cucu perempuan yang kedua dalam keluarga wife aku setelah 9 orang cucu lelaki sebelum ini. Along la yang memulakan tradisi melahirkan anak perempuan dan aku sampai hari ini tak sempat-sempat lagi nak melawat anak along tuh.

     Tahun ini, keluarga mertua aku memperolehi 2 cucu perempuan sekaligus. This century must be belonged to the ladies I guess. Hahahaha... Welcome to the family. Ahlan wa sahlan.


Monday, August 27, 2012

Teksi di Hangzhou

0
     Hari nie nak mencatatkan sedikit pengalaman bersama teksi di Hangzhou. Sepatutnya, cerita pasal teksi di mana-mana kawasan sekali pun bukanlah menjadi topik utama kepada mana-mana individu, tapi bagi aku sekeluarga...teksi di Hangzhou nie memang lain sedikit.

     Sepanjang kami berada di Hangzhou, kami hanya menggunakan perkhidmatan teksi sebanyak 6 kali sahaja dan hanya sekali yang mana aku seorang sahaja yang menggunakan teksi.

     Sebelum melanjutkan penceritaan, aku ingin memberikan pujian/credit kepada keempat-empat anak-anak aku kerana sangat sporting dan sangat cool walaupun dalam keadaan cuaca panas dan keletihan. Hadi dan Hazwan banyak membantu menjaga adik-adik. Husaini dan Hafiz, sangat sporting kerana tak meragam langsung. Isteri aku pun cool jugak. Terima kasih keluargaku.

Disebabkan depa nie cool la, abah pun jadi cool jugak.

 Kalau tak, buang masa ja training sebulan dalam bulan puasa kalau kita tak pandai tahan marah.
Nasib baik Husaini good boy kan...hehehehe..

Teksi pertama:
     Lebih kepada teksi sapu kerana terlalu banyak orang berbaris di kawasan teksi bermeter.

     Mula-mula sekali, kami ditawarkan RM40 untuk ke hotel kami. Aku sangat keberatan kerana selama aku memahami peta Hangzhou melalui Google Maps, jarak hotel kami dan stesen keretapi sangatlah dekatnya. Tapi akhirnya kami akur dan perjanjiannya adalah RM30 ke hotel kami.

     Bermulah perjalanan didalam teksi sapu. 5 minit kemudian kami telah pun berada di depan hotel. Anggaran jarak perjalanan mungkin 3 kilometer sahaja atau kurang. Aku terlopong ketika membayar harga teksi kerana mahalnya tambang, tak sepadan jarak perjalanannya yang dekat.

Teksi kedua:
     Aku berseorangan kerana diwaktu pagi kerana mencari sarapan. Sambil tuh aku cuba untuk kenal-kenal dengan kawasan sekeliling. Jauh jugak aku berjalan kaki hingga sampai ke West Lake.

     Bila selesai membeli sarapan, aku mengambil teksi untuk pulang kerana nak balik cepat. Nanti 8.30 pagi dah nak sembahyang raya. Teksi yang aku ambil kali nie agak kalut sedikit orangnya. Walaupun di awal pagi dan kenderaan pun kurang, dia masih lagi memandu dengan agak laju. Ada sekali tuh, di melakukan emergency brake kat kawasan lampu isyarat. Habis tertumpah kopi yang aku beli.

     Bila sampai ke satu tempat nie, dia cakap hotel yang aku menginap tuh berada dibelakang bangunan tinggi nie. Dia kata dia susah nak pergi kat kawasan hotel tuh sebab ada jalan sehala, kena pusing jauh laa dan berbagai alasan yang aku pun tak paham sangat kerana dalam bahasa cina. Aku pun akur.

     Memang benar pun hotel aku berada dibelakang bangunan tinggi tersebut. Tapi aku kena berjalan kaki hampir satu kilometer lagi dari kawasan aku diturunkan. Hidup-hidup aku kena tipu untuk kesekian kalinya.

Teksi ketiga:
     Kami sekeluarga ingin keluar makan di West Lake. Ada beberapa teksi yang kami tahan namun tak sudi berhenti. Mungkin kerana jumlah keluarga kami yang ramai. Sebenarnya, itulah yang kami alami beberapa hari nie. Teksi tak sudi berhenti apabila melihat jumlah kami yang ramai.

     Kami mencari helah baru. Isteri dan 3 orang anak aku bersembunyi di kawasan berdekatan. Hanya aku dan 2 orang anak sahaja yang kelihatan pada pandangan pemandu teksi. Alhamdulillah, ada teksi yang berenti dan kami serbu beramai-ramai.

     Pemandu teksi memarahai kami. Aku paham kerana dia tak sudi ambil penumpang yang ramai tapi aku buat-buat tak paham. Sebenarnya, kami dihalau turun tetapi oleh kerana aku buat-buat tak paham dan tak nak turun, dia terpaksa jugak jalan. Sepanjang perjalanan tuh, mulut dia membebel tak berhenti-henti. Dia sangat kalut untuk menurunkan kami. Hinggakan untuk jarak 20 meter lagi pun dia tak sudi.

     Tak friendly langsung.

Teksi keempat:
     Kami berada di West Lake dan terpaksa balik kerana hari dah nak hujan sangat-sangat. Berpuluh teksi yang aku tahan dan lalu di hadapan kami tapi takdak yang nak berenti.

     Hinggalah ada satu teksi yang berenti kerana menurunkan penumpang, aku pun menerpa teksi teksi tersebut. Kami masuk serentak semua sekali.

     Destinasi telah pun dinyatakan, Tiada senyuman, tiada sapaan. Pemandu teksi meneruskan perjalanan. Yang aku peliknya, arah teksi kami bertentangan 180 darjah dengan arah hotel kami. Agak jauh berjalan, aku pun mengingatkan kembali pemandu teksi tersebut. Dia mengatakan yang dia tahu. Namun semakin lama, semakin kami berada jauh dari kawasan hotel kami.

     Aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Adakah pemandu teksi nie nak tipu kami. Aku pun sengaja active kan Google Maps aku kat handset. Aku biarkan pemandu teksi tuh nampak kerana aku rasa seperti nak kena tipu ja.

     Akhirnya pemandu teksi pun bersuara dan aku rasa berpura-pura untuk confirm kan destinasi aku. Dan memang benarlah kami dibawa jauh dari hotel kami kerana aku terpaksa bayar harga teksi lebih 2 kali ganda harga yang aku datang tadi.

     Aku salah cakap ka? Ntah laa...aku confident dengan Chinese pronunciation aku sekarang nie. Pelik betul

Teksi kelima:
     Kami letih berjalan dalam panas tengahari. Seperti biasa, wife aku bersembunyi dan hanya menampakkan aku sahaja dipandangan mata pemandu teksi. Apabila naik, pemandu teksi marah-marah kerana jumlah kami yang ramai. Aku mempraktikkan skill buat-buat tak paham aku. Tapi pemandu teksi kali ini keras kepala dan terus-terusan menghalau kami keluar teksi.

     Akhirnya kami keluar jugak dari teksi tersebut. Family dengan 4 orang anak kecil dihalau keluar dari teksi di bandar pelancongan Hangzhou, China. Memang terbaekk...

Teksi keenam:
     Kami mencuba nasib sekali lagi apabila dihalau tadi kerana nak-tak nak, kami kena juga balik ke hotel. Mujur ada satu teksi yang berenti. Kali ini aku sebutkan semua landmark berdekatan dengan hotel aku agar pemandu teksi nie tak memusing kat tempat lain pulak.

     Rupa-rupanya sangatlah dekat hotel kami tuh. 2 minit sahaja kot dan hanya dipisahkan oleh satu simpang sahaja. Punyalah dekat pun, ada jugak teksi yang sanggup halau kami. Pelik

     Pun begitu, pemandu teksi tersebut tidak ada senyum, tidak ada sapaan dan tidak ada perasaan. Sangat tak friendly.

Teksi ketujuh:
     Aku nak kena balik ke Jinhua dan kami perlu pergi ke stesen bas selatan, Hangzhou untuk pulang. Aku dah pun bersedia untuk bergaduh dengan pemandu teksi mana-mana sekalipun sekarang nie.

     Selepas 2-3 buah teksi yang berenti dan enggan mengambil kami, akhirnya ada sebuah teksi jugak yang berenti. Kami naik. Wajah aku serius ketika menyatakan destinasi aku. Aku bersedia untuk dibebel lagi.

     Rupa-rupanya pemandu teksi ini sangat lain. Teksi terakhir ini penuh dengan senyuman dan sapaan mesra. Aku terasa seperti berada di Jinhua. Sangat ramah dan sangat memahami.

     Dalam pada aku hampir-hampir membuat kesimpulan bahawa teksi-teksi di Hangzhou ini 100% teruk, aku diketemukan dengan pemandu teksi terakhir yang sangat baik sekali. Persepsi aku jadi berubah. Aku mungkin memberikan 80% teksi Hangzhou adalah teruk sahaja. Kurang sikit kerana teksi yang terakhir nie bagus.

     Menyesal pulak tak amik nombor telefon.

Kesimpulan
     Teksi di Hangzhou memang tak friendly dan kurang membantu. Tapi tak semua begitu kerana ada juga yang baik hati dan berperikemanusiaan. Jikalau anda ingin ke Hangzhou lain kali, persiapkanlah diri anda dengan pengetahuan tentang bas-bas awam yang lebih efisien dan mudah di sini.

     Pengalaman pasal teksi Hangzhou nie telah pun seminggu berlalu. Bagus jugak begitu. Kalau Aku menulis blog nie seminggu yang lalu, pastinya penuh dengan sumpah seranah dan perkataan negatif sahaja berkenaan teksi Hangzhou...

     Hmmmm....Hangzhou..Hangzhou...
   

Monday, August 20, 2012

The rest of the holiday.

0
     So, rancangan untuk melawat West Lake dan bersiar-siar di Silk Street masih lagi tak kesampaian. At least, dapat jalan-jalan kat West Lake pun dah kira ok dah sebab kat situlah identiti Hangzhou yang sebenarnya. Jadinya, lewat petang tuh kami sengaja merancang untuk makan malam kat West Lake supaya kami dapat meneruskan rancangan kami yang terakhir ini.

Tangkap gambar kat depan Masjid Phoenix dulu.
 Direct translation yang bahasa cina kat banner merah tu ialah,
 "selamat hari tak puasa"...amek ko.

Pizza Hut. Makan pizza seafood ja.

     Lepas makan, kami pun berkunjung ke West Lake yang berada di seberang jalan. Tapi Allah lebih mengetahui kerana kilat sabung-menyabung dan langit sangat gelap tatkala kami sampai di West Lake. Disebabkan mengelakkan hujan, kami cuma sempat berada 5 minit sahaja di West Lake.

     Sampai kat hotel, kami terserempak dengan buggy car yang bawak pelancong jalan-jalan kat Nan Song Yu Jie. Tanpa segan-silu, kami pun naik la buggy car tuh. Seronok jugak layan buggy car time hujan-hujan.  Dapat tangkap gambar yang lain sikit dari yang lain. Heheheh...

Gambar dari buggy car waktu hujan dah reda sikit.

     Sewaktu menaiki buggy car itulah kami mulai kenal dengan tempat-tempat berdekatan. Rupa-rupanya sangat banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan menarik di sepanjang jalan Nan Song Yu tuh. Balik ke hotel malam tuh, kami pun merancang rancangan yang baru pulak.

     Esoknya, seawal pagi lagi kami dah check-out hotel untuk meneruskan rancangan kami malam tadi. Bila dah tahu ke mana nak dituju, semuanya akan jadi lebih mudah lagi

Hadi dan Hazwan kat kawasan membeli-belah

Husaini pun kena paksa jalan kaki.

Deretan kedai-kedai lama yang diberi nafas baru oleh kerajaan China.

Kedai cantik dan antik.

Banyak sungguh kedai untuk pelancong kat sini.

Shopping is a good therapy for women.

Cermin seperti yang pernah ada pada zaman Tok dan Opah kita dulu.

Sibuk memilih cenderahati.

Berenti "isi minyak" sekejap

Yang lain pun tumpang posing sama.

Letih berjalan.

Hari yang sangat panas.

Mujur jugak dalam kedai ada air-cond. Lega rasanya.

Kalau kat Malaysia, orang kaya-kaya ja pakai sutera. Tapi kat China, depa buat baju tidoq ja..

Letih dan lapar.

Kat bawah nie semuanya merakamkan gelagat Husaini.














Membeli baju-baju sutera. Haram lelaki memakai sutera. Justeru, hanya mama sahaja yang shopping.

     Itu sahaja yang dapat kami cover kat Hangzhou nie. Cuaca terlalu panas dan tiap-tiap kali berhenti berehat, anak-anak akan cari air sejuk. Panas keterlaluan bercampur sejuk yang keterlaluan juga, jawapannya adalah batuk dan demam. Itulah yang berlaku kat Husaini. Dah nampak tanda-tanda yang dia akan demam sebab banyak minum ais kat Hangzhou nie.

Sebelum balik, singgah dulu untuk jamak.

Husaini yang kurang tinggi lagi...Hehehehehe...

Hadi dah nak jadi anak teruna dah. Dah pandai nak bergaya.

     Alhamdulillah....Kalau tak kerana Dia Yang Maha Pemurah, kami sekeluarga takkan merasa melancong bersama-sama seperti ini. Pengalaman raya yang baru, pengalaman \jumpa pelbagai umat Islam dan seribu satu macam lagi pengalaman yang kami lalui. InsyaAllah\, lepas nie aku akan kongsikan pengalaman bersama pemandu teksi di Hangzhou pulak. InsyaAllah.

Sunday, August 19, 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012

2
     Pagi-pagi lagi dah kedengaran rakaman bacaan Al-Quran dari masjid berdekatan hotel kami. Nampak dari tingkap hotel, jalanraya dah semakin sibuk. Peniaga-peniaga dah banyak yang bukak payung untuk berniaga pada hari kemenangan nie.

     Aku berhajat untuk datang awal sedikit sebab kalau datang awal, boleh la duduk kat depan. Nak bertakbir lama-lama dan memuji-muji nama Allah. Bila dah siap, kami pun mulalah bergerak untuk keluar dari hotel. Barulah teringat yang aku sebenarnya tak bawak pun selipar melainkan sepasang kasut sport nike berwarna merah sahaja. Apabila di "matching" kan kasut sport merah tuh dengan baju jubah putih aku, tersangatlah peliknya fesyen hari raya aku tahun ini. Mujurlah wife aku tak teringat untuk snap gambar aku dikala itu. Pastinya dia akan menjadikan modal untuk satu tempoh waktu yang lama. Nasib baik.

Hazwan lead the way

Punyalah ramai orang kat perkarangan masjid.

Pintu masuk ke dewan utama.

Habis semua orang tengok aku sekeluarga sebab anak kami ramai. Glamer lagi.

Hajat untuk duduk dalam masjid tidak kesampaian sebab dalam dah penuh sangat.

Akhirnya kami duduk kat luar sahaja.

Sejadah dibentangkan beratus meter kat Nan Song Yu Jie nie. Pemandangan di sebelah kiri.

Nie pulak pemandangan di sebelah kanan.

     Tunggu punya tunggu punya tunggu, rupa-rupanya masjid kat Hangzhou nie tak bertakbir seperti yang selalu kita dok buat kat Malaysia. Pengisian yang ada pada hari itu adalah tazkirah dalam bahasa cina. Makanya, termanggu-manggulah kami anak-beranak. Wife aku pulak terpisah kerana bahagian perempuan agak jauh dari bahagian lelaki dan depa ditempatkan dalam dewan. Ramai sungguh orang Islam kat sini. Bangla pun ada jugak yang aku perasan dalam ramai-ramai tuh. Hehehehe...

    Kemudian kedengaran suara imam menyeru kepada saf. Semua orang pun berdiri dan meluruskan saf. Tanpa aku ketahui, sembahyang raya kat sini lain kerana mereka ini bermazhab Hanafi. Sebenarnya, aku tak berapa kisah sangat tentang perbezaan mazhab nie. Asalkan sama-sama Ahli Sunnah Wal Jamaah, itu pun dah dikira okay sangat. Tapi rupa-rupanya, penting jugak untuk kita tahu apa yang mazhab lain buat. Sebabnya, dalam keadaan kita tidak mengetahui...kita pastinya jadi tak kusyuk.

     Sembahyang depa nie, ada 4 kali takbir sahaja dalam rakaat yang pertama. Kemudian imam akan membaca Al-Fatihah dan surah tanpa membaca bismillah. Dalam rakaat yang kedua pula, imam terus membaca Al-Fatihah dan Surah selepas bangun dari rakaat pertama. Selesai membaca Surah, baru dilakukan takbir sebanyak 4 kali pula.

     Aku yang tak tahu nie, bila sahaja terdengar takbir selepas bacaan Surah...terus sahaja aku beralih ke rukun seterusnya iaitu rukuk. Bila tengok semua orang tak rukuk, maka aku pun berdiri semula. Makanya, batallah sembahyang aku kerana telah sempurna pun rukun yang rukuk tuh. Kalau tak sempurna lagi, tak batal la. Habis cerita sembahyang raya aku. Kemudian khutbah. Khutbah pendek sahaja, tak lebih sepuluh minit maka selesai kedua-dua khutbah hari raya pada hari itu.

Selesai sembahyang, semua membaca doa.

Semua orang berpusu-pusu pulang selepas selesai khutbah hari raya.

     Nak dijadikan cerita, kami terserempak dengan seorang orang Malaysia dan seorang lagi orang Indonesia. Rupa-rupanya, kedua-duanya telah lebih setahun tinggal di Hangzhou dan kedua-duanya merupakan jiran yang rapat. Makanya, kami sekeluarga dijemput untuk ke rumah mereka. Kami pun, tanpa segan silu menyambut jemputan tersebut bersama kasut sport merah dan jubah putih.

 Cantik apartment kat sini.

Yang orang Malaysia tuh namanya Encik Mohsin. Anak dia dua orang perempuan. Yang sulung Suraya, 7 tahun dan yang kedua Sofia, 5 tahun.

Hafiz dapat kawan baru.

Merasa la kami juadah raya pada hari itu. Homemade rownies 

Dari kiri : aku sendiri, Funato san, wife aku, Kak Azita (wife Encik Mohsin), Ibu Ita (wife Funato san) dan Encik Mohsin sendiri

     Kedua-dua keluarga ini sangat baik sekali. Yang satu family tinggal di Bukit Mertajam dan yang satu lagi tinggal di Surabaya. Kedua-duanya berada di Hangzhou untuk tempoh 3 tahun kerana bekerja di sini. Hangzhou sebagai sebuah kawasan peranginan dan perindustrian yang maju, menyediakan kemudahan yang sangat cantik dan sempurna untuk sesiapa sahaja yang mahu tinggal di sini. Rumah Encik Mohsin sangat cantik dan besar. Kawasannya juga sangat damai dan berdekatan dengan kemudahan asas seperti International School dan kolam renang. Sangat cantik

Terima kasih kepada Encik Mohsin kerana sudi menjemput kami. Kemudian sudi jadi photographer kami plak tuh. Hehehehe..

Sungguh baik keluarga ini. Kami akhirnya berada di sana sehingga dekat pukul 3 petang rasanya. Sungguh tak sedar masa berlalu apabila kami bersembang bersama-sama.

Balik ke hotel pulak, kami dihantar oleh pemandu Encik Mohsin nie. Nie gambar dalam kereta. Gambar jambatan merentasi sungai Qiantang, Hangzhou. Kan kita ada tengok youtube yang tunjuk ombak besar dalam sungai tuh kan..?? Inilah sungainya.

     Sampai di hotel, semua keletihan. Masing-masing tak terdaya nak bangun. Tengoklah dulu ma...cam...ma....naa..........Zzzzzz.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...