Tuesday, December 31, 2013

Tajul Hazwan dan darjah satu

0
     Hari nie belum lagi hari pertama persekolahan tapi Tajul Hazwan kena hadir ke sekolah untuk tujuan ujian bagi menentukan kedudukan kelas. Hari Khamis nie baru persekolahan bermula. Kiranya hal-hal yang berkaitan dengan administrative nie, dapat diselesaikan sebelum kelas bermula la. Bagus jugak buat macam tuh, boleh mengurangkan kelam-kabut dihari pertama persekolahan.

     Sekolah Hazwan dengan rumah kami nie dekat sangat. Lebih kurang 2.5 km sahaja. Kalau diperhatikan betul-betul...rasanya boleh nampak bumbung sekolah dari rumah kami nie. Dulu waktu aku duduk belajar kat Perak pun macam tuh jugak. Dekat sungguh rumah dengan sekolah. Darjah satu pun aku cuma bawak basikal sendiri sahaja untuk ke sekolah.

     Hazwan waktu menjawab ujian diagnostik kat sekolah

 "Siapa dah siap angkat tangan". Siap berdiri lagi Hazwan

     Pendaftaran bermula dalam jam 8.00 pagi, Disebabkan hanya darjah satu sahaja yang perlu hadir pada hari ini, makanya kawasan sekolah tak la berserabut sangat. Semuanya terkawal hinggakan nak beli buku sekolah daripada koperasi pun sangat mudah. Sekejap sahaja dah selesai semua hal. Cuma lagi menunggu ujian habis dan penilaian dari guru sahaja yang makan masa sikit. Maklumlah, 180 orang murid untuk diselesaikan dalam masa kurang dari satu jam, mencabar jugak tuh. Sedang anak-anak menjawab ujian, ibubapa diberikan penerangan tentang aturan dan polisi sekolah. Penekanan terhadap PIBG juga banyak dibicarakan dalam program yang sama.

Ibubapa kusyuk mendengar 

Hazwan dah habis ujian. Kelas pun dah confirm dah.

Dah nak selesai dah hal sekolah untuk hari ini.

Didudukan dalam satu kelompok bagi murid-murid kelas yang sama.

Kelas 1 Earth, Sekolah Kebangsaan Lukut.

Hadi pun datang memberikan sokongan kepada Hazwan. Hehehehe

Sepinggan nasik lemak, 2 gelas air ngan 2 sosej jerk. Alhamdulillah.

     Dah diajarkan kepada Hazwan cara-cara nak membeli kat kantin. Tapi takdak la nak risau sangat sebab Hadi ada dalam sekolah yang sama. Aku sukakan sekolah nie sebab jaraknya yang dekat dan pengetuanya yang baik sekali. Rajin sekali pengetuanya menunggu kehadiran anak-anak muridnya di pagar sekolah saban hari sambil bersalam dengan murid-murid dan ibubapa yang baru tiba. Tak pernah lagi aku jumpa pengetua sekolah lain yang ada attitude yang sama. Syukurlah anak-anak aku dapat belajar dan ambil iktibar dari sikap orang-orang yang baik. Abah doakan agar Hazwan berjaya di dunia dan akhirat walau dalam apa jua perkara sekalipun. InsyaAllah.

Sunday, December 29, 2013

Motivasi kembali ke sekolah

0
     Minggu nie kiranya dah bermula la persekolahan sessi 2013/2014. Hadi akan masuk darjah 3. Hazwan pulak dah nak naik darjah 1. Hafiz pulak nak masuk pra-sekolah dah. Kalau dulu-dulu, musim sekolah ataupun bukan musim sekolah sama sahaja bagi kami sekeluarga. Tapi sekarang nie dah lain. Masing-masing dah ada komitmen sendiri. Lepas nie, kami jugak akan jadi sama seperti kebanyakkan ibubapa yang terikat dengan takwim persekolahan. Biasalah tuh, sebuah perjalan hidup yang normal untuk sebuah keluarga.

     Kebetulan pulak ada kem motivasi anjuran Akademi Al-Fateh dengan kerjasama Masjid Bandar Springhill. Acara majlis pun simple sahaja dan tidak melibatkan sampai kena menginap sehingga 2 atau 3 hari di tempat program. Satu peluang yang baik untuk bagi pendedahan kepada Hadi dan Hazwan.

Advertisement di depan pintu pagar Masjid Bandar Springhill

     Rasanya, bila tengok ada gambar Imam Muda Fakhrul tuh...memang satu dorongan untuk aku hantar Hadi dan Hazwan ke program nie. Moga-moga keberkatan yang ada pada Imam Fakhrul tuh, dapat la sikit kat anak-anak aku jugak. Kiranya nak mengambil tabarruk dari orang-orang alim la nie. Heheheheh.... Perkara yang keduanya, sebab benda baik dan dekat sangat dengan rumah. Rasanya tak perlu nak fikir panjang-panjang lagi dah. Terus sahaja aku enrolled Hadi dan Hazwan untuk program nie.

Baru lepas daftar. Menunggu dalam masjid

Kumpul dahulu sebelum bergerak ke Dewan Masjid

 Seronok sangat dapat banyak kawan.

Waktu makan tengahari. Dah pandai bawak diri sendiri dah.

 Imam Muda Fakhrul bergerak ke dewan makan

Sihat budak baju hitam tuh

Makan lagi


     Gambar tak banyak sangat sebab usai sahaja hantar Hadi dan Hazwan pagi tu, aku terus balik rumah sebab nak sambung study. Hari Khamis nie dah ada exam, makanya kena struggle la sikit. Dalam waktu Zohor tuh, ada la pi melawat sekejap sambil-sambil datang berjemaah tuh. Kemudian sekali lagi waktu Asar dan program pun selesai. AJK masjid memberikan comment yang sangat bagus untuk program nie, Depa cakap, Imam Muda Fakhrul sangat bersemangat memberikan motivasi kepada anak-anak yang hadir. Anak-anak pula, semunya jadi sangat cooperative dan teruja dengan program yang dijalankan. Syukurlah bila dapat feedback yang baik sebegitu.

     Kalau ditengokkan pada jumlah kehadiran, memang memberansangkan. Rasa-rasanya, promosi hanyalah diadakan di dalam kawasan Bandar Springhill sahaja, tapi apabila tiba harinya...ramai pulak anak-anak yang datang dari luar Bandar Springhill. Aku dapat rasakan yang warga Port Dickson nie memang dahagakan program motivasi untuk anak-anak mereka. Kat sini agak sukar nak cari pendidikan alternatif seperti Little Caliph, Kumon, Smart Reader atau Brainy Bunch. Kalau ada pun agak jauh hingga ke Seremban. Terasa sedikit ketinggalan dari anak-anak yang menetap di Bangi atau Shah Alam. Moga-moga akan ada lagi program sebegini di masa hadapan.

Husain jugak rileks layan tengok tv. 

Dapat jugak merasa bergambar bersama orang-orang alim nie. Alhamdulillah.


Thursday, December 26, 2013

Cuti sekolah dah nak habis

0
     Minggu depan dah nak mula kembali musim persekolahan yang baru untuk tahun 2014. Sedar tak sedar, anak-anak pun dan besar panjang belaka. Hadi dah darjah 3 tahun depan. Hazwan pulak dah darjah 1 dan Hafiz pun dah start masuk pra-sekolah di sekolah yang sama dengan abang-abang dia. Syukurlah, anak-anak membesar di depan mata. Syukurlah kerana masih diberikan keupayaan untuk menjaga anak-anak nie semua.

     Hari nie aku baru selesai presentation untuk thesis master aku di UPM. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Supervisor dan examiner berpuas hati dengan hasil kajian aku dan depa mintak sedikit lagi tambahan data sebelum aku binding hardcover nanti. InsyaAllah, aku akan tunaikan permintaan tuh sebab tak susah mana pun.

     Minggu depan final exam sehinggalah minggu kedua tahun 2014. Memang hujung tahun yang sibuk untuk aku. Kesian kat anak-anak aku nie kerana tak sempat nak melayan percutian sekolah depa. Aku sendiri sangat susah hati untuk ke mana-mana kerana thesis, assignment, final exam, keluarga dan kerja semuanya datang serentak pada waktu ini. Sudah-sudahya, tak sempat nak bawak pi jalan-jalan makan angin. Duduk ja la tengok kartun hari-hari kat rumah. Syukur jugaklah ada event di kawasan berdekatan, dapat la jugak melayan anak-anak tuh. Kemudian ada satu lagi majlis perkahwinan sepupu wife aku di Felda Tekam, Jerantut. Itu sajalah tempat yang aku bawak anak-anak nie berjalan. Yang lain tuh, duduk di rumah dan bersunat di kampung sahaja. Kesian...

Mandi manda kat Felda Tekam Resort. Tempat yang menarik bagi yang suka kepada eco-tourism

 Dhiya Raudhad dengan mak sedara, mama dan tokwan.

Abang Hafiz pun sibuk jugak nak tangkap gambar.

Besar tak bunga kat kepala Dhiya? Anak perempuan la katakan.

     Kebetulan pulak ada Backyard Monster and Dinosaur kat Marina Putrajaya yang berdekatan dengan Pullman Hotel. Pameran nie dah lama ada bermula dari 31 Ogos 2013 hinggalah ke 28 Februari 2014. Takdak apa sangat pun dalam tuh melainkan patung-patung dinosaur yang bergerak dan disertai dengan bunyi-bunyi mengaum dalam gelap. Tempat pun tak la besar sangat tapi sudah cukup untuk memberikan pendedahan kepada anak-anak aku. Paling kelakar sekali tengok Hafiz la sebab dia takut tengok labah-labah yang besar waktu nak masuk ke pameran tuh. Memang besar sungguh pun labah-labah tuh. Dah la besar, letak kat betul-betul depan pintu masuk pulak tuh. Pandai sungguh depa nie buat gimmick.

Singgah sembahyang Zohor sekejap.

Depan labah-labah yang jahat tuh. Hehehehe..

Husaini jugak yang rileks. Mula-mula ja takut, lepas tuh boleh layan la plak.

Kan dan cakap, dia layan jerk dinosaur tuh. Hehehehehe..

 Jumpa T-Rex dalam gelap

 Dhiya yang kecik pun ikut jugak tgk dinosaur. Nasib baik ada mama.

Bulat jerk mata dalam gelap

 Hafiz yang duduk jauh sekali. hehehehehe

    Itulah serba-sedikit coretan kali ini. Bila selesai satu-satu perkara besar tuh, rasa baru ada ruang nak bernafas. Hari nie, presentation thesis cuma setengah jam sahaja, kebetulan pulak jadual presentation waktu pagi. Selesai sahaja presentation kiranya tinggal waktu free ja la hari nie. Itu yang dapat sedikit ruang untuk menaip blog sekadar tatapan diri sendiri dimasa hadapan. 

     Untuk family aku, nanti lepas dah habis exam abah nanti....abah bawak gi jalan-jalan ok. Tunggu tau.  

Monday, December 16, 2013

Musim berkhatan

0
     Minggu lepas, 2 orang anak aku dah selamat pun berkahatan. Mudah sungguh ruapanya berkhatan pada alaf baru nie. Pakai laser, kurang darah dan cepat baik seperti yang diakui oleh klinik tempat anak-anak aku berkhatan.

Hehehe...memang mengekalkan ciri-ciri loghat tempatan sungguh.

     Hajat untuk menunaikan ibadah khatan untuk anak-anak aku nie dah pun terdetik sejak dari tahun lepas lagi. Tapi kerana kesibukkan dan beberapa alasan lain lagi, maka hanya tahun ini sahajalah dapat ditunaikan hajat itu. Khatan ini adalah wajib untuk lelaki seperti yang dipersetujui oleh jumhur ulama' apatah lagi bagi kita yang mengikuti mazhab Syafie ini. Jumhur ulama' yea, bukan semua ulama'. Kalau ada yang berbeza pendapat tuh, tak perlu gaduh-gaduh. Kita raikan perbezaan pendapat dengan senang hati. Alhamdulillah, dapat jugak kami melakukan ibadat ini dengan mudah. Anak-anak pun senang nak dibawa berbincang dan tak perlu berhujah panjang.

     Hanya Hazwan dan Hadi sahaja yang berkhatan. Kemudian bergabung pulak dengan sepupunya yang dua orang lagi. Maka kesemuanya menjadi 4 orang untuk dikhatankan. Hadi dah nak naik darjah 3 dan Hazwan dah nak naik darjah 1. Bila ramai-ramai berkhatan dengan sepupu, kerisauan tuh nampak hilang langsung dari muka Hazwan dan Hadi. Setidak-tidaknya, jadi motivasi yang baik untuk depa empat orang.

Gambar sebelum ke klinik. Hadi, Irfan, Asyraf dan Hazwan

 Husaini pun menyibuk sama jugak.

 Biarlah happy, apa yang nak ditakutkan pun. yea tak..??

     Bila samapi di klinik, rupanya ada seorang budak yang sedang dikhatankan oleh doktor. Kebetulan pulak budak tuh menjerit dalam bilik rawatan sampai terdengar kat luar. Cuak la sikit keempat-empat orang tuh. Tapi mujur jugak bila budak yang menjerit tuh senyum sahaja bila keluar dari bilik rawatan. Kurang la sikit risaunya budak-budak nie.

Tengah tunggu giliran.

Hazwan ditenangkan oleh mama. Ada riak muka risau sikit tuh.

 Husaini jugak yang jadi penghibur abang-abang.

     Kemudian bila masuk ke bilik rawatan, aku dan isteri masuk sekali. Dapatlah aku saksikan proses berkhatan secara langsung  dari mula hingga akhirnya. Sesuatu yang aku sendiri tak tengok waktu aku dikhatankan 25 tahun dahulu. Tapi memang betul la kurang darah. Bila pakai laser nie, darah jadi beku dengan serta-merta. Walaupun ada sedikit darah dihujung-hujung proses jahitan tuh, tapi memang sangat sedikit berbanding tak pakai laser. Bagus sungguh kemajuan perubatan sekarang.

Hadi kat atas katil. Rilek jerk Hadi

Hazwan pun rilek jugak. Steady la Hazwan.

Dah selesai. Ada la muka sakit sikit Hazwan tuh. Hehehehe..

 Hadi pun dah selesai tapi steady jugak lagi.

     Itulah gambar yang terakhir dapat aku rakamkan pakai Nikon aku. Selepas dari tuh, aku pun berangkat balik ke PD seorang diri. Wife aku amik cuti seminggu dan duduk kat kampung untuk jaga anak-anak aku. Jaga orang sakit punya pasal, tak sempat wife aku nak amik gambar banyak-banyak.

     Tapi selepas 4 hari, aku balik semula ke kampung untuk menjemput wife aku balik PD. Alhamdulillah, anak-anak aku dan sepupunya dah beransur sembuh. Tidur malam pun dah lasak dan tak sakit sangat lagi. Walaupun kelakar sebab dok usung kain pelikat besar ke sana - ke mari, tapi itulah kenangannya bila nak jadi orang besar. Sekali seumur hidup. Belum pernah lagi aku dengar orang khatan 2 kali. Hehehehehe...

Nak ke mana la 3 orang pesakit nie?

 Hafiz pun nak menyibuk jugak.

Gaya superman pendek dan bulat... hehehehe

Dalam "wad" khatan. Main game dan layan movie kat laptop

Dhiya pun suka temankan abang-abang dia

Pak Lang belikan lego besar. TQ Pak Lang....

Masing-masing tengah busy buat assignment lego

Dr. Pak Lang tengah ajar Hadi buat helikopter pakai lego.

Gambar kat PD nie. Husaini nak jadi minion macam dalam Despicable Me.

 Dhiya Raudhah pun dah makin besar.

Buat muka cute la tuh

Dhiya layan abah main bantal

     Hadi dan Hazwan masih lagi kat kampung sebab tak fully recover lagi. Lagi pun, memang bebudak tuh nak tinggal sana sebab ada sepupu depa sekali. Kebetulan pulak musim tengkujuh kat pantai timur sekarang nie, memang saat yang dinantikanlah sebab nanti bila dah sihat, boleh la main air hujan secara besar-besaran. Biarkanlah duduk kat kampung dan main banjir sementara cuti sekolah nie. Dulu waktu aku kecik-kecik pun suka jugak main banjir. Biasalah tuh....

     Syukurlah semuanya dah selamat. Sekejap ja rasanya dah besar budak-budak nie. Moga-moga catatan blog nie akan jadi kenang-kenangan dimasa hadapan dan semoga anak-anak aku jadi orang yang baik bila besar nanti. InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...