Baru masuk bukan ke-3 tahun 2014, Malaysia dah pun menjadi tumpuan dunia disebabkan beberapa perkara besar. Yang terbaru dan masih dalam misteri adalah misteri kehilangan kapal terbang Boeing 777, MH370 yang sudah pun masuk hari yang ke-11. Pelbagai tekanan diperingkat antarabangsa dikenakan ke atas Malaysia ketika kapalterbang masih lagi tidak dapat dijumpai. Usaha pencarian juga dilakukan dengan bantuan banyak negara dan menjadi satu usaha search and rescue mission yang terbesar dalam sejarah. Namun, disebabkan klu yang sangat kurang, maka usaha search and rescue tidak dapat dibuat dengan lebih terperinci melainkan umum sahaja.
Walaupun aku sedikit kecewa dengan usaha search and rescue yang lambat dari kerajaan Malaysia, tapi aku respect dengan cara Dato Seri Hishammuddin yang menangani tekanan ini dengan berhemah sekali. Aku bersetuju dengan kerajaan Malaysia yang mengambil sikap berdiam diri dari memberikan maklumat yang salah ketika diasak dalam press conference. Kredibiliti jawapan dari Malaysia perlu dijaga. Diharapkan, anak kapal MH370 dijumpai dalam keadaan yang selamat.
Kemudian Malaysia menjadi terkenal dengan tingkah laku seorang rakyatnya yang mengaku sebagai bomoh VIP bernama Ibrahim Zain. Beliau yang menjalankan upacara "mencari" kapal MH370 dengan caranya yang tersendiri telah menjadikan Malaysia sebagai tumpuan dunia secara tidak langsung. Aksi "tikar terbang" yang dilakukan oleh anak muridnya dalam usaha pencarian kapal terbang di KLIA telah menjadi popular di serata dunia. Troll aksi ini dapat kita jumpa dengan mudah dalam internet.
Suatu ketika, kita pernah jadi Pengerusi kepada OIC. Tak semena-mena aksi bomoh ini telah menjadi satu fitnah kepada agama. Sesungguhnya, ini bukanlah sesuatu yang datang dari Islam. Perbuatan ini hanya akan menambahkan kesedihan ahli keluarga yang terlibat sahaja.
Seminggu selepas berita kehilangan kapalterbang, beberapa anak muda pula dilaporkan meninggal dunia kerana overdose dadah dalam satu sambutan parti besar-besaran di Kuala Lumpur. Future Music Festival Asia 2014 yang berlangsung di Bukit Jalil adalah salah satu cabang usaha dari Kemanterian Pelancongan Malaysia yang berusaha menaikkan jumlah kemasukkan pelancong asing ke negara ini. Majlis ini secara langsungnya mendapat restu dari kerajaan kita.
6 orang remaja meninggal dalam parti liar ini. 3 lagi termasuk 2 dari Singapura masih dalam keadaan kritikal. Konsert selama 3 hari itu terpaksa dibatalkan setelah 2 hari berlangsung. Usaha untuk menjadikannya konsert tertutup akhirnya terdedah jugak kerana berita kematian ini. Kita sedih dengan kematian itu, tapi kita juga sedih kerana Menteri Pelancongan kita yang beragama Islam memberi restu perkara ini.
Kemudian, terjumpa pulak satu lagi parti liar yang bakal diadakan dekat dengan rumah aku. Hampir setengah jam sahaja perjalanan dengan menaiki motor. Bulan 4 nanti, akan dilangsungkan pesta liar terbesar atas nama industri pelancongan. Mujurlah ada segolongan rakyat Malaysia yang masih prihatin dan memaksa kerajaan agar menghentikan parti liar ini. Sudah banyak peringatan yang Allah turunkan tapi kita masih lagi belum mengambil iktibar. Berhentilah wahai kerajaan Malaysia atas perkara-perkara maksiat sebegini. Hentikanlah.
Rakyat Malaysia juga bertanggungjawab memilih kerajaan ini. Ada golongan yang berusaha menegakkan hukum Allah di muka bumi Malaysia dan tak pernah letih memperjuangkannya. Tapi di satu pihak yang lain, yang sama-sama memakai lencana Islam pula berusaha meruntuhkannya dengan perkara maksiat sebegini. Moga lahirlah orang-orang yang sihat akalnya untuk menerajui Malaysia di masa hadapan. Amin...
How to Have a Productive Day Working from Home
4 years ago
No Response to "Malaysia oh tanahairku"
Post a Comment