Saturday, July 25, 2015

Officially pindah

0
     Balik raya kat Alor Setar tak dapat nak dipanjangkan. Disebabkan kesesakkan lalulintas yang teruk, kami akhirnya bermalam di rumah kami instead of balik terus ke Alor Setar. Tapi pagi tuh, selesai sahaja Subuh, terus balik ke Alor Setar. Malam tuh pulak, balik pulak ke rumah sebab keesokannya aku bekerja. Sekejap sangat kat Alor Setar. Kesian kat parent.

     Kat rumah pun sekejap jugak. Sehari setengah di rumah, kemudiannya kami ke PD untuk urusan packing barang-barang. Kali ini, memang betul-betul pindah.

     Fuhh...letih, memang urusan pindah ini satu perkara yang meletihkan. Perkara-perkara besar macam almari tuh memang la jelas keletihannya. Perkara yang kecil-kecil pulak lagi la banyak dan melecehkan. Tapi nak komplen banyak pun tak guna. Aku juga yang decide nak pindah dulu....dah tuh, hadap ja la...

     Hari nak pindah tuh, nasib baik la jiran datang tolong angkat barang naik lori. Mula-mulanya memang diorang tawarkan diri nak tolong pun. Dah tu, takkan kita nie nak ucap terima kasih jerk. Sudah-sudahnya, wife aku la contact satu caterer nie. Mujur la wife aku pun selalu berurusan dengan caterer waktu kerja kat Poli PD dulu. Pendek ceritanya, kami buat la majlis open house merangkap clear house. Ramai la yang datang. Alhamdulillah....jasa kawan-kawan pasti akan dikenang.

     Gambar-gambar kat bawah nie, gambar kat rumah PD. Memang sempat amik gambar sebab ramai yang tolong. Gambar barang tengah bersepah kat rumah baru pulak, tak sempat nak tangkap. Letih tak ingat. Malas pun ada sebab tak tahu nak mula unpack yang mana satu. Aduyai...

Makan pun tak sempurna. Nak duduk pun, penuh kotak ngan plastik ja kat dalam rumah

Mujr la diorang nie okay.

Nasib baik popia basah sedap

Asfani. Jiran sebelah rumah

The legendary Cik Mat. 

Cik Mat JMDK (JasaMu DiKenang)

Set sound system bagi kat orang. Anak kecik mana boleh rumah bisisng-bising

Baru nak mula nie

Makanan dah sedia terhidang. Menunggu tetamu jerk

Gambaran barang-barang yang dah di packing. Longgok semua kat depan pintu. Senang nak angkat

Hehehehe

Dalam process

Nie pun baru nak process punya gambar nie

Sunday, July 19, 2015

Perkara yang tidak disangka-sangka

0
     Hari Ahad kami dah bertolak balik ke Alor Setar (begitulah perancangannya). Hari nie adalah hari raya ke-3. Selalunya, kalau hari raya ke-3 memang hari yang sedikit special untuk aku. Pada tiap-tiap tahun, kami yang pernah belajar sekelas di Kolej Sultan Abdul Hamid dari kelas 5 Science 1 akan berkumpul dihari raya ke-3 di rumah Cikgu Fauziah (Cikgu BM) dan Ustazah Mariah (Pendidikan Islam). This get together has never fail since 1996 if not mistaken.

     Dulu memang ramai. Waktu bujang, waktu takdak commitment...memang mudah untul berkumpul seluruh kelas pada hari tersebut. Tapi bila masing-masing dah berkahwin dan ada tanggungjawab lain yang lebih penting, makanya kehadiran jadi berkurangan. Kadang-kadang beraya kat rumah mertua, kadang-kadang kat rumah sendiri. Ada yang duduk kat oversea, ada yang beraya di rumah saudara mara lain. Macam-macam lagi alasan.

     Walaupun begitu, kekurangan tuh diganti dengan kehadiran anak-anak kecil pulak. Kalau satu family dah jadi 4 orang, 5 family sahaja dah dekat 20 orang yang akan hadir ke rumah cikgu. Cikgu pun dah masak akan trend kami nie so, raya ke-3 cikgu dan ustazah akan sewa khemah dan catering berbagai. Hari raya ke-3 diisytiharkan sebagai rumah terbuka untuk cikgu dan ustazah. Setiap kali hampir raya, ustazah akan bermegah-megah dengan kami yang tak pernah jemu melawatnya ketika raya. Habis semua tetamu akan mendengar tentang kami dari mulut ustazah.

     Tapi tahun nie rekod tersebut akhirnya lebur. Ntah dimana silapnya, semua tak sempat untuk hadir. Banyak yang kena balik awal untuk bekerja. Dengarnya, ustazah dan cikgu kecewa tahun nie. Kesian....kat cikgu kesian, kat ustazah pun kesian dan kat kami pun kesian. Rasanya, kena ada tindakan susulan. Rasanya, molek kalau kami berpakat untuk belanja cikgu dan ustazah dinner di mana-mana yang sesuai. Hmmm...boleh diketengahkan jugak idea nie.

     Anyway, on the way balik ke Alor Setar...kami disajikan dengan kesesakkan lalulintas dari Machang ke Jeli. Perjalanan yang amik masa 4 jam kini menjadi 10 jam. Lepas sahaja dari Jambatan Tasik Banding tuh, semua pakat tertidur sebab dan petang. Tinggal Hazwan sahaja masih berjaga.

     Kemudian dengan mulutnya yang memang tak reti nak filter tuh, tetiba dia cakap "Hazwan rasa macam nak tengok gajah la. Tu signboard tuh kata ada gajah nanti". Wife aku melarang percakapan sebegitu kerana memikirkan ramai sangat dalam kereta kami. 5 minit kemudian, sekumpulan gajah yang besarjumlahnya pun berjalan di tepi jalanraya. Kami dapat lihat semuanya dengan mata kepala kami. Hazwan la yang paling excited sekali sebab tercapai jugak apa yang dihajati.

     Terkedu kami suami isteri. Sepanjang menggunakan laluan tuh sebelum nie, tak pernah kami terserempak dengan gajah. Hanya ada signboard sahaja. Sejak dari itu, Hazwan jadi berhati-hati sikit bila bercakap. Hehehehe...

     Syukur kerana kami selamat. Syukur jugak kerana diberikan peluang untuk tengok sesuatu yang luar dari kebiasaan setelah lama sangkut dalam jem.

     Esoknya, viral dalam whatapps kata ada gajah mengamuk kat Gerik. Cerita bohong yang akhirnya dijelaskan bahawa kereta rosak tuh adalah kereta yang eksiden. Kesian gajah kena fitnah. Mengamuk pulak gajah tuh sebab kena tuduh yang bukan-bukan.....macam-macam.

Ada orang whatapps gambar nie. Mujur la gajah tuh lalu tepi ja, kalau tidur tengah jalan? 

Friday, July 17, 2015

Hari Raya Aidilfitri 2015

0
     Alhamdulillah, abah dah discharged hari Rabu lagi. Memang tak jumpa tanda-tanda sakit jantung kat abah. Cumanya, masalah urat tegang sedikit. Abah pulak, bila dengar semua anak-anak ada kat rumah, jadi semangat pulak dia nak discharge. Bila time Doktor lalu untuk buat pemeriksaan, Abah akan tunjukkan yang dia sangat sihat kat doctor supaya boleh discharge cepat. Hehehe...macam-macam sungguh.

     Tahun nie kami beraya di Besut. Tahun nie, semua dah pandai nak pakai baju pilihan sendiri. Dah taknak pakai baju sedondon lagi dah. Tapi bagus jugak la...at least, bebudak nie akan pakai baju-baju raya tuh sebab itu baju pilihan sendiri. Boleh tahan jugak mahal baju raya tahun nie. Nilai matawang ringgit jatuh. Sebab tuh barang-barang import jadi mahal. Tapi, walaupun mahal...orang Malaysia tetap meraikan hari raya dengan baju baru jugak.

     Nak letak gambar raya banyak-banyak dalam post kali nie. Biar colorful sikit blog nie. Hehehehe..

Husaini pun baju dia yang pilih sendiri
 
Yaya punya tok wan yang jahitkan

Sebulan lebih tak jumpa Yaya...Bila jumpa terus raya

Mama ngan Haziq. 

Abah pun nak nyelit jugak. Hehehehe..

Tolong agah saya...saya nak sengih nie.

Haaa...kan dah sengih




Mama interframe jerk, terus berenti sengih. Hehehehe..

Hafiz punya baju kaler merah

Sukanya dia..

Free pose

Gambar dah tak boleh nak formal dah

Hahahaha...

Abah plak masuk, lagi berserabut jadinya...hahahaha

Tajul Haziq

One big family. Dari kami sahaja dah contribute 8 peoples

Group selfie pun ada

Lama tak amik shot nie

Formal la jugak sket. Hadi dah hilang dah songkok dia

Hafiz tanak songkok. Dia nak lebai jerk

Fuh...ada gaya photographer gak Husaini nie

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Bibo jugak yang happy sekali

Penuh duit raya dalam poket

Haziq dengan sepupu dia.

Penat beraya, layan tido jerk adik Haziq nie.


Tuesday, July 14, 2015

Abah jatuh sakit

0
     Baru ja lagi tinggalkan Abah dalam keadaan biasa minggu lepas. Takdak plak tanda-tanda abah sakit atau mengadu sakit dan sebagainya. Tapi itulah, tak boleh nak budget dah dengan kesihatan orang yang berumur nie. Kalau tiba-tiba nak sakit, memang tak boleh nak ditahan-tahan lagi dah.

     Pagi hari Selasa dalam pukul 3.00 pagi agaknya, Abah tiba-tiba mengerang dan mengadu sakit belakang. Sakit belakang bahagian kanan katanya. Mujur kakak yang sulung ada kat rumah bersama emak. Kalau emak sorang-sorang yang menghadapi keadaan tuh, memang sesiapa pun akan panik.

     Bila habis segala ikhtiar dari urut ke tuam tuala panas hinggalah sapu minyak angin, akhirnya panggil jugak jiran yang merupakan seorang doktor. Doktor suspect abah ada sakit jantung dan cadangkan hantar ke hospital secepat mungkin. Sesampai di hospital, dengan diagnosis awal doktor yang merupakan jiran kami tuh, abah yang dikatakan sakit jantung terus dimasukkan ke wad kecemasan zon merah. Abah ditahan di situ dan sesiapa pun tak boleh masuk. Emak dan kakak, keputusan maklumat lanjut. Berita terkini tuh, disampaikan kepada adik-beradik dengan whatapps.

     Aku sampai jam 10.00 pagi kat hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Memang parking kereta kat hospital alor setar tak pernah sunyi dari kenderaan. Puas memusing, akhirnya parking kat atas divider jalan. Kemudian, dengan sedikit muka manis dan rendah diri, aku minta dengan berhati-hati kat pak guard yang jaga zon merah tuh untuk masuk jumpa abah. Alhamdulillah, berkat bulan Ramadhan, dapat jugak masuk.

Takut tengok abah dalam keadaan nie.

      Abah....well, Abah is being Abah who try his best to comfort others at the expend of himself. Abah tak berenti bercakap bila jumpa aku dalam wad kecemasan tuh. Dia berusaha untuk nampak sihat agar anak-anak tak risau. Aku pulak yang risau tengok dia asyik berborak walhal abah masuk hospital disebabkan jantung. Abah menafikan yang dia sakit jantung. Dia cakap, dia cuma sakit belakang yang amat sangat sahaja sampai kejang. Memang abah tak pernah ada history sakit jantung pun sebelum nie.

Abang E bermalam kat hospital dengan abah. Dia memang ambil berat sikit pasal welfare nie. 
Thanx Abanf E sebab tolong jaga Abah

Cucu-cucu Abah (anak-anak Abang E) yang datang melawat dalam ward

     Dipendekkan cerita, abah mungkin kekejangan otot sahaja. Waktu mudanya selalu angkat benda-benda berat dan apabila lama tak excercise, otot pun jadi kejang tetiba. Effect usia tua. Cerita jantung tuh pulak, menjadi fatwa yang berlanjutan dari satu doktor ke doktor yang lain sehingga abah jadi bengang dengan doktor-doktor kat situ. Hehehehehe....macam-macam.

     Tapi cerita yang paling utama disini, abah yang dah berusia 72 tahun tuh...bila-bila boleh jatuh sakit. Aku kena standby cuti dan bersedia secara mental dari sekarang sebab perkara sebegini pasti akan jadi lagi. Perlu ada contingency plan untuk urusan anak-anak aku apabila jadual hari-hari terkeluar dari kebiasaan. Benda-benda nie kena bincang dengan wife aku untuk memudahkan hal pada masa-masa akan datang. Semoga Abah kekal sihat dan banyak amal soleh pada baki usianya. InsyaAllah.

Sunday, July 12, 2015

Bestnyer saya tido.

0

     Sedapnya Haziq tido hari-hari Ahad nie sampai meninggi hari. Macam la dia tuh hari weekdays kena pegi bekerja. Amboi, amboi, amboi....... Takpa la Haziq, biar cepat besar ekk...

Monday, July 6, 2015

Dah nak masuk fasa terkahir Ramadhan

0
     Sekejap sahaja masa berlalu. Sedar tak sedar, dah nak masuk fasa terakhir Ramadhan dah. Bulan yang berkat ini semakin meninggalkan kita. Adakah kita berusaha merebut segala kebaikannya? Moga hari-hari yang berbaki nanti, dapatlah kebaikan sebanyaknya. InsyaAllah.

     Alhamdulillah, Hadi dan Hazwan masih lagi tak tinggal puasa. Setiap hari wife aku akan berusaha melayan selera makan anak-anak sebagai cara memotivasikan mereka. Syukurlah, wife aku sangat perihatin pasal anak-anak. Aku pun, dapat la menumpang sekaki keperihatinan tersebut. Hehehehe...

     Minggu nie akan jadi minggu-minggu terakhir bekerja sebelum bercuti untuk hari raya aidilfitri. Tak sabar rasanya nak cuti sebab rindu plak kat anak dara yang kena culik ngan tok wan dia kat Besut tuh. Boleh kata dah dekat sebulan jugak la tak jumpa. Kat telefon pun kami tak bercakap sangat, sebab takut Dhiya teringat. Nanti tok wan pulak jadi susah. So, terpaksalah sama-sama berkorban perasaan. Sian kami.

Gambar ehsan dari adik ipar kat kampung

Tak tinggal monkey dia tuh.

Penuh mulut dapat makan jajan.

     Itu satu hal la. Hal yang lain pun banyak jugak. Bebaru nie pindah lagi ke rumah yang lebih selesa. Biasa la kalau pindah, badan pun letih...duit pun mesti keluar jugak. Duit memang banyak pakai dalam bulan puasa nie.

     Kemudian, PhD. Tajuk PhD tuh rasanya macam confidence boleh siap...tapi bab kena ulang-alik dari Kulim ke UPM yang agak mencabar sikit. Lepas tuh, hal dalam ofis. KPI kerjaya pensyarah nie pun boleh tahan jugak. Sampai hari nie, aku masih lagi terkial-kial nak buat publication. Dah berminggu-minggu nie baru 2 muka surat sahaja. Rasa menggelabah jugak nie. Kemudian projek-projek university, geran penyelidikan, student, hal adik-beradik, hal mak bapak, hal saudara mara, hal 1MDB, hal abang Jibby...dan berbagai lagi perkara yang perlukan perhatian.

     Yang peliknya pasal semua nie, despite all of those problems happening at once....aku somehow masih lagi dapat tidur nyenyak dan lena pada waktu malam. Selalunya aku dengar, orang banyak problem akan susah tidur sampai terpaksa ambil ubat dan sebagainya. Tapi segala puji bagi Allah, bila waktu tidur...aku akan tidur lena macam budak-budak tidur. Bagai tiada masalah. Dan aku rasa itu sebenarnya adalah antara nikmat Allah yang sangat besar buat aku. Nikmat yang sangat patut aku syukuri.

 إِذ يُغَشّيكُمُ النُّعاسَ أَمَنَةً مِنهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيكُم مِنَ السَّماءِ ماءً لِيُطَهِّرَكُم بِهِ وَيُذهِبَ عَنكُم رِجزَ الشَّيطٰنِ وَلِيَربِطَ عَلىٰ قُلوبِكُم وَيُثَبِّتَ بِهِ الأَقدامَ ﴿١١﴾     (Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan). (Al-Anfal 11)     Ayat di atas sedang menceritakan keadaan malam sebelum peperangan Badar berlaku. Subhanallah, bukankah perasaan orang yang hendak berperang tidak aman dan tenteram sehingga hilang selera tidur mereka. Tapi Allah yang Maha Kaya mempunyai perancangan yang lebih teliti.     Begitulah aku setiap hari. Semestinya apabila aku dapat tidur lena pada malam hari, sepatutnya aku lebih bersyukur kerana nikmat itu. Nikmat ketenangan. Walhal banyak masalah sebenarnya. Subhanallah...     Iktibar untuk diri sendiri jugak nie.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...