Alhamdulillah, Hadi dan Hazwan masih lagi tak tinggal puasa. Setiap hari wife aku akan berusaha melayan selera makan anak-anak sebagai cara memotivasikan mereka. Syukurlah, wife aku sangat perihatin pasal anak-anak. Aku pun, dapat la menumpang sekaki keperihatinan tersebut. Hehehehe...
Minggu nie akan jadi minggu-minggu terakhir bekerja sebelum bercuti untuk hari raya aidilfitri. Tak sabar rasanya nak cuti sebab rindu plak kat anak dara yang kena culik ngan tok wan dia kat Besut tuh. Boleh kata dah dekat sebulan jugak la tak jumpa. Kat telefon pun kami tak bercakap sangat, sebab takut Dhiya teringat. Nanti tok wan pulak jadi susah. So, terpaksalah sama-sama berkorban perasaan. Sian kami.
Gambar ehsan dari adik ipar kat kampung
Tak tinggal monkey dia tuh.
Penuh mulut dapat makan jajan.
Itu satu hal la. Hal yang lain pun banyak jugak. Bebaru nie pindah lagi ke rumah yang lebih selesa. Biasa la kalau pindah, badan pun letih...duit pun mesti keluar jugak. Duit memang banyak pakai dalam bulan puasa nie.
Kemudian, PhD. Tajuk PhD tuh rasanya macam confidence boleh siap...tapi bab kena ulang-alik dari Kulim ke UPM yang agak mencabar sikit. Lepas tuh, hal dalam ofis. KPI kerjaya pensyarah nie pun boleh tahan jugak. Sampai hari nie, aku masih lagi terkial-kial nak buat publication. Dah berminggu-minggu nie baru 2 muka surat sahaja. Rasa menggelabah jugak nie. Kemudian projek-projek university, geran penyelidikan, student, hal adik-beradik, hal mak bapak, hal saudara mara, hal 1MDB, hal abang Jibby...dan berbagai lagi perkara yang perlukan perhatian.
Yang peliknya pasal semua nie, despite all of those problems happening at once....aku somehow masih lagi dapat tidur nyenyak dan lena pada waktu malam. Selalunya aku dengar, orang banyak problem akan susah tidur sampai terpaksa ambil ubat dan sebagainya. Tapi segala puji bagi Allah, bila waktu tidur...aku akan tidur lena macam budak-budak tidur. Bagai tiada masalah. Dan aku rasa itu sebenarnya adalah antara nikmat Allah yang sangat besar buat aku. Nikmat yang sangat patut aku syukuri.
إِذ يُغَشّيكُمُ النُّعاسَ أَمَنَةً مِنهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيكُم مِنَ السَّماءِ ماءً لِيُطَهِّرَكُم بِهِ وَيُذهِبَ عَنكُم رِجزَ الشَّيطٰنِ وَلِيَربِطَ عَلىٰ قُلوبِكُم وَيُثَبِّتَ بِهِ الأَقدامَ ﴿١١﴾ (Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan). (Al-Anfal 11) Ayat di atas sedang menceritakan keadaan malam sebelum peperangan Badar berlaku. Subhanallah, bukankah perasaan orang yang hendak berperang tidak aman dan tenteram sehingga hilang selera tidur mereka. Tapi Allah yang Maha Kaya mempunyai perancangan yang lebih teliti. Begitulah aku setiap hari. Semestinya apabila aku dapat tidur lena pada malam hari, sepatutnya aku lebih bersyukur kerana nikmat itu. Nikmat ketenangan. Walhal banyak masalah sebenarnya. Subhanallah... Iktibar untuk diri sendiri jugak nie.
No Response to "Dah nak masuk fasa terkahir Ramadhan"
Post a Comment