Pagi hari Selasa dalam pukul 3.00 pagi agaknya, Abah tiba-tiba mengerang dan mengadu sakit belakang. Sakit belakang bahagian kanan katanya. Mujur kakak yang sulung ada kat rumah bersama emak. Kalau emak sorang-sorang yang menghadapi keadaan tuh, memang sesiapa pun akan panik.
Bila habis segala ikhtiar dari urut ke tuam tuala panas hinggalah sapu minyak angin, akhirnya panggil jugak jiran yang merupakan seorang doktor. Doktor suspect abah ada sakit jantung dan cadangkan hantar ke hospital secepat mungkin. Sesampai di hospital, dengan diagnosis awal doktor yang merupakan jiran kami tuh, abah yang dikatakan sakit jantung terus dimasukkan ke wad kecemasan zon merah. Abah ditahan di situ dan sesiapa pun tak boleh masuk. Emak dan kakak, keputusan maklumat lanjut. Berita terkini tuh, disampaikan kepada adik-beradik dengan whatapps.
Aku sampai jam 10.00 pagi kat hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Memang parking kereta kat hospital alor setar tak pernah sunyi dari kenderaan. Puas memusing, akhirnya parking kat atas divider jalan. Kemudian, dengan sedikit muka manis dan rendah diri, aku minta dengan berhati-hati kat pak guard yang jaga zon merah tuh untuk masuk jumpa abah. Alhamdulillah, berkat bulan Ramadhan, dapat jugak masuk.
Takut tengok abah dalam keadaan nie.
Abah....well, Abah is being Abah who try his best to comfort others at the expend of himself. Abah tak berenti bercakap bila jumpa aku dalam wad kecemasan tuh. Dia berusaha untuk nampak sihat agar anak-anak tak risau. Aku pulak yang risau tengok dia asyik berborak walhal abah masuk hospital disebabkan jantung. Abah menafikan yang dia sakit jantung. Dia cakap, dia cuma sakit belakang yang amat sangat sahaja sampai kejang. Memang abah tak pernah ada history sakit jantung pun sebelum nie.
Abang E bermalam kat hospital dengan abah. Dia memang ambil berat sikit pasal welfare nie.
Thanx Abanf E sebab tolong jaga Abah
Cucu-cucu Abah (anak-anak Abang E) yang datang melawat dalam ward
Dipendekkan cerita, abah mungkin kekejangan otot sahaja. Waktu mudanya selalu angkat benda-benda berat dan apabila lama tak excercise, otot pun jadi kejang tetiba. Effect usia tua. Cerita jantung tuh pulak, menjadi fatwa yang berlanjutan dari satu doktor ke doktor yang lain sehingga abah jadi bengang dengan doktor-doktor kat situ. Hehehehehe....macam-macam.
Tapi cerita yang paling utama disini, abah yang dah berusia 72 tahun tuh...bila-bila boleh jatuh sakit. Aku kena standby cuti dan bersedia secara mental dari sekarang sebab perkara sebegini pasti akan jadi lagi. Perlu ada contingency plan untuk urusan anak-anak aku apabila jadual hari-hari terkeluar dari kebiasaan. Benda-benda nie kena bincang dengan wife aku untuk memudahkan hal pada masa-masa akan datang. Semoga Abah kekal sihat dan banyak amal soleh pada baki usianya. InsyaAllah.
No Response to "Abah jatuh sakit"
Post a Comment