Friday, July 17, 2015

Hari Raya Aidilfitri 2015

0
     Alhamdulillah, abah dah discharged hari Rabu lagi. Memang tak jumpa tanda-tanda sakit jantung kat abah. Cumanya, masalah urat tegang sedikit. Abah pulak, bila dengar semua anak-anak ada kat rumah, jadi semangat pulak dia nak discharge. Bila time Doktor lalu untuk buat pemeriksaan, Abah akan tunjukkan yang dia sangat sihat kat doctor supaya boleh discharge cepat. Hehehe...macam-macam sungguh.

     Tahun nie kami beraya di Besut. Tahun nie, semua dah pandai nak pakai baju pilihan sendiri. Dah taknak pakai baju sedondon lagi dah. Tapi bagus jugak la...at least, bebudak nie akan pakai baju-baju raya tuh sebab itu baju pilihan sendiri. Boleh tahan jugak mahal baju raya tahun nie. Nilai matawang ringgit jatuh. Sebab tuh barang-barang import jadi mahal. Tapi, walaupun mahal...orang Malaysia tetap meraikan hari raya dengan baju baru jugak.

     Nak letak gambar raya banyak-banyak dalam post kali nie. Biar colorful sikit blog nie. Hehehehe..

Husaini pun baju dia yang pilih sendiri
 
Yaya punya tok wan yang jahitkan

Sebulan lebih tak jumpa Yaya...Bila jumpa terus raya

Mama ngan Haziq. 

Abah pun nak nyelit jugak. Hehehehe..

Tolong agah saya...saya nak sengih nie.

Haaa...kan dah sengih




Mama interframe jerk, terus berenti sengih. Hehehehe..

Hafiz punya baju kaler merah

Sukanya dia..

Free pose

Gambar dah tak boleh nak formal dah

Hahahaha...

Abah plak masuk, lagi berserabut jadinya...hahahaha

Tajul Haziq

One big family. Dari kami sahaja dah contribute 8 peoples

Group selfie pun ada

Lama tak amik shot nie

Formal la jugak sket. Hadi dah hilang dah songkok dia

Hafiz tanak songkok. Dia nak lebai jerk

Fuh...ada gaya photographer gak Husaini nie

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Bibo jugak yang happy sekali

Penuh duit raya dalam poket

Haziq dengan sepupu dia.

Penat beraya, layan tido jerk adik Haziq nie.


No Response to "Hari Raya Aidilfitri 2015"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...