Disebabkan musim panas nie, banyak gambar-gambar yang aku terima dari kawan-kawan sekitar utara tanahair menunjukkan tali air di sawah-sawah sudah kering sekering-keringnya. Kalau kat Malaysia sekarang ini, Chuping Perlis adalah kawasan yang paling panas dengan mencatatkan suhu 39 darjah celsius. Kedah pun tak terkecuali, cuma lari sedikit sahaja dengan Chuping.
Data diambil dari www.weather.com
Kesian anak-anak aku kat sekolah. Kat KAFA pun kesian jugak. Musim-musim panas sebegini, harapnya anak-anak aku bersabarlah. Baru panas dunia. satu per tujuh puluh dari kepanasan neraka. Moga-moga kita semua pakat-pakat bersabar atas dugaan ini.
Kalau anak-anak yang dah besar tuh, boleh la kita suruh-suruh supaya minum air banyak-banyak. Tapi bila yang kecik-kecik nie, bukan boleh main paksa-paksa. Kalau taknak minum tuh, tak payah la nak suruh-suruh lagi dah. Buat bergaduh pulak kalau dok paksa-paksa.
Tapi yang pastinya yang kecik-kecik nie pandai cari bilik air. Bila dia panas, dia akan mandi sendiri-sendiri kat bilik air. Kita pun, dah musim panas macam nie...tak patut pulak nak menghalangnya. Tapi kalau dah sehari sampai 5-6 kali mandi, pening jugak kepala. Kemudian, bila mandi tuh...bukannya sikit-sikit air. Mula-mula diorang basuh dulu seluruh bilik air. Kemudian barulah nak gosok gigi la, syampoo la, mandi la, berenang la, nyanyi la...berbagai lagi kaedah mandinya. Habis semua paip air dibukaknya.
Rasa kesal pun ada bila berlaku pembaziran sebegitu. Memang anak-anak dalam kepanasan tapi itu tak memberikan lesen untuk aku dan anak-anak membazir air. Sedang anak-anak aku sejuk dalam air tawar yang menyegarkan, ada segelintir manusia di sudut dunia nie kebuluran dan kehausan kerana tak minum air. Disatu sudut yang lain pulak, ada petani yang menangis mengenangkan tanamannya bakal mati kerana ketiadaan air.
Itulah kekesalan aku. Yang dapat aku zahirkan pada anak-anak hanyalah " jangan membazir. Membazir kawan setan. Mandi sekadar mandi sahaja, bukan main air". Entahlah, harapnya masing-masing kita bertanggungjawab dan ambil beratlah terhadap setiap perkara yang kita kerjakan. Bukannya niat aku nak marah anak-anak pun. Semoga anak aku paham suatu hari nanti.
No Response to "Equinox and El Nino"
Post a Comment