Thursday, August 28, 2014

Minggu ke-2

17
     Tak sangka rupa-rupanya memang sakit kalau accident patah tulang nie. Dah masuk 2 minggu pun, tak banyak sangat perubahan. Tapi Alhamdulillah, pernafasan dah jadi semakin baik. Walaupun masih ada sakit-sakit dada bila tarik nafas dalam-dalam....tapi terasa improvement kalau nak dibandingkan dari minggu lepas.

     Ada kawan cadangkan berjumpa bomoh patah kat Puchong. Sejujurnya, dah banyak dengar tentang bomoh patah nie. Even abah aku kat Alor Setar pun pernah jadi bomoh patah dulu. 

     Secara peribadinya, aku kategorikan bomoh patah nie kepada 2. Pertama, bomoh yang akan urut real time dan pesakit akan merasa sakit sewaktu urutan. Kedua, bomoh yang main "kirim-kirim" dan buat kerja waktu kita tidur malam. Bomoh yang kedua nie pun berpotensi nak bagi sakit kepada pesakit sewaktu proses urutan.

     Sejujurnya aku nie memang takut bila sampai bab sakit nie dan aku memang taknak berjumpa mana-mana bomoh dalam masa terdekat nie. Tapi bomoh yang di Puchong nie memang lain sikit. Kawan aku menceritakan memang tak sakit dan menyembuhkan pulak. Testimoni dia pulak setelah dia bawak 2 orang kenalan rapat dia berjumpa dengan Bomoh Puchong nie.

     So, aku beranikan diri jugak akhirnya. Sepanjang perjalan dari PD ke Puchong tuh, memang aku akan rasa sakit setiap kali kereta bergegar atau melanggar lubang. Jauh sungguh rasanya PD ke Puchong.

     Tapi memang betul tak sakit sewaktu proses urutan dan selepas urut. Bomoh Ibrahim tuh pulak buat kerja cepat sangat. Dalam 2 minit sahaja rasanya. Buat pun kat surau tepi rumah dia. Mudah dah selesa. Modus operandi  dia seolah-olah memperbetulkan kedudukan tulang yang patah sambil dia betulkan urat yang sakit. Hasilnya, tangan aku dapat diluruskan ke atas seperti tangan yang tak patah. Walhal, aku tak pernah dapat angkat pun tangan kiri aku nie dan untuk luruskan tangan ke atas macam tuh selalunya ambil masa berbulan-bulan jugak rupanya.

     Dasyat bila Allah bagi kelebihan kat seseorang. Dengan keizinan-Nya, aku rasa lebih selesa untuk bangun dan bergerak setelah jumpa Bomoh Ibrahim tuh. Bergegar dalam kereta dah bukan masalah lagi.

     Dan yang paling ajaib sekali, badan jadi lebih selesa apabila berada dalam keadaan sujud. Padahal, sejak 2 minggu nie, aku hanya sembahyang duduk sahaja. Terima kasih Pak Ibrahim. Syukur pada Allah.

Gambar lepas kena henyak ngan Pak Ibrahim. 
Tetiba ja dia datang kat belakang pastu kilas tangan aku ke atas.
ehh....lepas tuh siap boleh angkat tangan lagi....hebat.
 

Tuesday, August 19, 2014

Discharged hari yang ke-5

0
     Puas dah duduk dalam hospital. Letih rasanya dok baring sahaja. Kebetulan pada hari ke-5 tuh Doktor pun dah macam bagi green light saja, terus setuju la nak balik rumah. Nak dijadikan cerita, pagi tadi ada orang meninggal kat wad depan. Eloklah sangat dapat discharge arinie.

     Tak putus-putus sahabat handai, rakan-taulan dan saudara-mara datang menziarahi. Mungkin kerana bulan Syawal jugak kot, orang berjalan-jalan open house di merata-rata tempat. Alang-alang lalu Seremban, singgah sebentar untuk ziarah orang sakit. Tak dinafikan jugak, memang antara yang melawat tuh sungguh-sungguh nak datang melawat sehingga sanggup sewa hotel berbagai. Terasa sangat berbesar hati dengan apa yang berlaku. Tak sempat nak amik gambar semua. Ada rezeki kita jumpa lagi dan harap-harap, biarlah di tempat yang lebih baik. Hehehehehe....


Din ET. Dah 20 tahun tak jumpa dia nie. Kawan sekolah.

Keluarga Pak N. Hehehehe...


Tiub 14cm masuk dalam rusuk sebab pneumothorax


Ehh....apsal gambar kecik nie ada sini? hehehehhe.

Suka sangat la dapat main kuda tuh.

Dhiya pun tido kat hospital sebab teman abah kan...??

 Gambar kat rusuk time dah cabut tiub tuh. Baru la senang nak bergerak sikit.

Thursday, August 14, 2014

Accident la plak

0




     First time dalam hidup nie accident sampai patah riuk. Kejadian berlaku di km16.4 highway elite. Tengah dok bawak motor dalam 110km/j, ada keta myvi hitam datang sapu dari kanan. Terus jatuh golek. Keta tuh tertido rupanya.

     3 tulang rusuk patah, satu klavikel dan satu belikat menjadikan 5 tulang patah kesemuanya. Peparu kiri tembus dan luka-luka kat bahagian kiri badan. Sehingga entry nie ditulis, aku hanya menaip sebelah tangan sahaja. Masa untuk berehat...... 

Tuesday, August 5, 2014

Perjuangan diteruskan

2
     Nampak gayanya, aku bakal melanjutkan pelajaran kat dalam negara sahaja. Alhamdulillah, tadi dapat panggilan dari supervisor mengatakan bahawa proposal aku dah pun mendapat kelulusan dari MOSTI. Geran dah pun diluluskan dan mungkin dalam masa terdekat nie, aku akan mendaftar sebagai pelajar semula kat UPM.

     foto dari Prince George website

     Syukurlah, sebuah berita baik usai sahaja cuti hari raya. Lepas nie dah boleh mula merancang halatuju secara terperinci sedikit. Untuk setahun nie, mungkin aku akan sambung belajar sambil bekerja kot sebabnya, peringkat awal selalunya hanya melibatkan literature review sahaja dengan sedikit kerja-kerja makmal. Apabila dah start serius nanti, mungkin terpaksa buat fultime kot. Tengoklah dulu macam mana.

     Alhamdulilah....segala puji hanya bagi Allah.

Tuesday, May 27, 2014

Isra' Mikraj 2014

0
     Lama tak menulis. Asalnya, nak lepas gian main DSLR sebab dah lama sangat tak dapat shot yang berkenan dengan mata. Tapi apa kan daya, kita nie tak berapa nak kreatif sangat. Kalau orang kreatif, apa-apa sahaja benda sekeliling confirm akan jadi shot yang menarik. Takpa, nanti aku akan berusaha untuk menjadikan diri ini kreatif lagi daripada sekarang.

     Petang tadi dah dapat surat senat dari UPM. Secara rasminya, aku sekarang dah grad dah cuma tak konvo sahaja lagi. Alhamdulillah, sejak sebulan yang lepas....lecturer UPM ada berbincang dengan aku berkenaan satu tajuk yang sesuai untuk PhD jikalau aku berminat. Lama jugak kami berbincang dan aku rasa mungkin boleh jadi kenyataan kot kali nie. Dua minggu sudah, lecturer UPM tuh dah dapatkan CV, photostate IC dan segala butir-butir diri berkaitan untuk mohon geran dari www.mygrants.gov.my. Sekarang nie, dalam proses menunggu dulu.

Surat Senat UPM

     Jadinya, jangkamasa untuk permohonan tuh lulus pun tak sure lagi bila. So, malas nak sesakkan kepala lagi pada waktu ini. Kebetulan pulak hari ini ada masa terluang sedikit. Maka berkelanalah aku ke Bandar Seremban mencari shot yang agak-agak berkenan di mata. Alhamdulillah, adalah satu shot nie yang dapat jadi halwa mata. Kira ok la nie sebab dah lama tak tangkap gambar.

Bandar Somban, Nesmilan.

     Kebetulan, bila singgah di Masjid Negeri..ada majlis ceramah Isra' Mikraj rupanya. Penceramah adalah Prof. Madya Ridhuan Tee Abdullah. Majlis pulak dihadiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan sendiri. Beruntunglah aku kerana dapat jejak kaki ke majlis ilmu. 

     Dr. Ridhuan Tee banyak mengupas tentang perpaduan orang Melayu. Lebih-lebih lagi, menjelang pilihanraya kecil di Teluk Intan antara Gerakan dan DAP, Dr. Ridhuan Tee telah berkongsi pengamatannya dalam kempen pilhanraya tuh. Secara peribadinya, aku keliru dengan penerangan Dr. Ridhuan Tee. Mungkin sebab level pemikiran aku tak sama dengan pemikiran dia kot. Walau apa-apa pun, kita kena hormat orang yang menyampaikan ilmu. Moga-moga yang hadir pada majlis itu dan termasuklah aku...mendapat kebaikan dan keampunan-Nya

Kat dalam Masjid

 MB Negeri Sembilan dikerumuni anak-anak kecil. 

     Bagi aku, kita tak perlu bersungguh-sungguh membenci seseorang hanya disebabkan berbeza pandangan. Bagi Dr. Ridhuan Tee, dia konsisten dengan pendapat bahawa....tertegaknya bangsa Melayu, maka tertegaklah Islam di bumi Malaysia ini. Bagi aku pulak, Islam milik semua. Tapi kalau kita perhatikan bahawasanya, kedua-dua matlamat ini adalah untuk menaikkan Islam. Maka, tak perlu wujud perpecahan. Lagi bagus kalau kedua-duanya jalan seiringan, baru cepat Islam berjaya.

     Syukurlah kerana dipilih menjadi tetamu dimedan ilmu.

Friday, May 16, 2014

Nothing much (part 30)

0

Thursday, March 27, 2014

Anak-anak yang makin membesar

0
     Malam nie just nak upload gambar sahaja. Gambar anak-anak dah makin besar. Dah pandai buat hal sendiri, pandai jaga diri. Semua gambar-gambar nie amik waktu balik ke kampung Besut sempena cuti sekolah yang bermula minggu lepas lagi. Kebetulan pulak, kawan baik aku pun ada melangsungkan majlis perkahwinan pada hari Ahad minggu lepas. Alhamdulillah, seronok sekali bila dapat bawak anak-anak makan angin dan dapat menghadiri majlis kahwin seorang kawan. Last weekend couldn't be so wonderful...hahahahaha..

Main pasir ja kerja depa nie

Seronok sangat la tuh

 Bukannya sedar abah amik gambar tuh

Hafiz pun sama jugak, main pasir

 Husaini pun dah pandai ajak main kat taman dah sekarang nie.

 Hadi baru dapat skill baru

 dah pandai main kat monkey-bar plak

Tiga beradik

Mok Su dan anak-anak saudara

 Dhiya heran tengok camera abah

Raja Sehari, Khairul Amilin dan pasangannya Haswati

 Hensem dah Husaini

still heran dengan camera abah

Tangkap gambar ngan abah ka senang.

Pengantin kita di pelamin

Gambar family pulak

Ada scrap book laaa...Hadi la yang banyak menulis.

Tuesday, March 25, 2014

Mesir pula mencatatkan sejarah dunia

0
     Mahkamah Mesir pada hari ini telah menjatuhkan hukuman mati kepada 529 ahli pertubuhan Ikhwanul Muslimin atas kesalahan membunuh sewaktu berlakunya protes besar-besaran terhadap penggulingan Presiden Mesir yang sah, Dr. Mohamed Morsi pada Ogos tahun lalu. Ini adalah hukuman mati yang terbesar dalam sejarah moden manusia. Selang beberapa jam kemudiannyaa, mahkamah Mesir sekali lagi telah mencipta kejutan apabila mendakwa 682 ahli pertubuhan Ikhwanul Muslimin. Sebuah perbicaraan yang terbesar dalam sejarah moden manusia.

Gambar penyokong Morsi pada Ogos tahun 2013. Gambar dari BBC

 Mohamed Badie, spiritual leader of Ikhwanul muslimin yang sama-sama didakwa oleh mahkamah Mesir. (gambar dari CNN)

     Jarum-jarum musuh Islam telah berjaya memecah-belahkan umat Islam. Apa yang berlaku di Mesir kurang mendapat perhatian dari rakyat Malaysia kerana tenggelam dengan isu MH370. Sedih rasanya apabila mengenangkan derita orang yang berjuang atas jalan agama ini. Nampak susah dan perit atas dunia namun hakikatnya, bahagia diakhirat kelak selamanya.

Akhirnya MH370 diumumkan terhempas di laut

0
Gambar dari www.freemalaysiatoday.com
Najib_Hishammuddin_announcing MH370 has crashed

       Akhirnya, Perdana Menteri Malaysia, telah mengumumkan bahawa penerbangan terakhir MH370 adalah di selatan Laut Hindi dan berkemungkinan terhempas di sana. Pengumuman dibuat pada jam 10.00malam dan Perdana Menteri menyatakan bahawa butiran yang lebih terperinci akan didedahkan esok. Pengumuman pada malam ini hanyalah untuk menghormati kaum keluarga yang terlibat dengan MH370 sebagai sebuah perkembangan terkini yang patut dimaklumkan kepada mereka.

     Teka-teki kehilangan MH370 selama 17 hari yang melibatkan 239 anak kapal secara formalnya terjawab pada malam ini. Sebanyak 26 buah negara terlibat dalam gerakan search and rescue terbesar ini. Dalam kenyataan Perdana Menteri " using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370's flight path". Kenyataan ini merujuk kepada wakil UK air Accident Investigation Branch (AAIB) yang memberikan penerangan berkenaan data satelit yang diperolehi dari Inmarsat, sebuah lagi syarikat dari UK yang terlibat dalam isu MH370 ini. Kenyataan ",,,,,a type of analysis never before used...." menunjukkan bahawa kes kehilangan MH370 ini sangat-sangat luar biasa.

     Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran kepada keluarga yang terlibat dalam kejadian MH370 ini.

Tuesday, March 18, 2014

Malaysia oh tanahairku

0
     Baru masuk bukan ke-3 tahun 2014, Malaysia dah pun menjadi tumpuan dunia disebabkan beberapa perkara besar. Yang terbaru dan masih dalam misteri adalah misteri kehilangan kapal terbang Boeing 777, MH370 yang sudah pun masuk hari yang ke-11. Pelbagai tekanan diperingkat antarabangsa dikenakan ke atas Malaysia ketika kapalterbang masih lagi tidak dapat dijumpai. Usaha pencarian juga dilakukan dengan bantuan banyak negara dan menjadi satu usaha search and rescue mission yang terbesar dalam sejarah. Namun, disebabkan klu yang sangat kurang, maka usaha search and rescue tidak dapat dibuat dengan lebih terperinci melainkan umum sahaja.

     Walaupun aku sedikit kecewa dengan usaha search and rescue yang lambat dari kerajaan Malaysia, tapi aku respect dengan cara Dato Seri Hishammuddin yang menangani tekanan ini dengan berhemah sekali. Aku bersetuju dengan kerajaan Malaysia yang mengambil sikap berdiam diri dari memberikan maklumat yang salah ketika diasak dalam press conference. Kredibiliti jawapan dari Malaysia perlu dijaga. Diharapkan, anak kapal MH370 dijumpai dalam keadaan yang selamat.


     Kemudian Malaysia menjadi terkenal dengan tingkah laku seorang rakyatnya yang mengaku sebagai bomoh VIP bernama Ibrahim Zain. Beliau yang menjalankan upacara "mencari" kapal MH370 dengan caranya yang tersendiri telah menjadikan Malaysia sebagai tumpuan dunia secara tidak langsung. Aksi "tikar terbang" yang dilakukan oleh anak muridnya dalam usaha pencarian kapal terbang di KLIA telah menjadi popular di serata dunia. Troll aksi ini dapat kita jumpa dengan mudah dalam internet.

     Suatu ketika, kita pernah jadi Pengerusi kepada OIC. Tak semena-mena aksi bomoh ini telah menjadi satu fitnah kepada agama. Sesungguhnya, ini bukanlah sesuatu yang datang dari Islam. Perbuatan ini hanya akan menambahkan kesedihan ahli keluarga yang terlibat sahaja.


     Seminggu selepas berita kehilangan kapalterbang, beberapa anak muda pula dilaporkan meninggal dunia kerana overdose dadah dalam satu sambutan parti besar-besaran di Kuala Lumpur. Future Music Festival Asia 2014 yang berlangsung di Bukit Jalil adalah salah satu cabang usaha dari Kemanterian Pelancongan Malaysia yang berusaha menaikkan jumlah kemasukkan pelancong asing ke negara ini. Majlis ini secara langsungnya mendapat restu dari kerajaan kita.

     6 orang remaja meninggal dalam parti liar ini. 3 lagi termasuk 2 dari Singapura masih dalam keadaan kritikal. Konsert selama 3 hari itu terpaksa dibatalkan setelah 2 hari berlangsung. Usaha untuk menjadikannya konsert tertutup akhirnya terdedah jugak kerana berita kematian ini. Kita sedih dengan kematian itu, tapi kita juga sedih kerana Menteri Pelancongan kita yang beragama Islam memberi restu perkara ini.


     Kemudian, terjumpa pulak satu lagi parti liar yang bakal diadakan dekat dengan rumah aku. Hampir setengah jam sahaja perjalanan dengan menaiki motor. Bulan 4 nanti, akan dilangsungkan pesta liar terbesar atas nama industri pelancongan. Mujurlah ada segolongan rakyat Malaysia yang masih prihatin dan memaksa kerajaan agar menghentikan parti liar ini. Sudah banyak peringatan yang Allah turunkan tapi kita masih lagi belum mengambil iktibar. Berhentilah wahai kerajaan Malaysia atas perkara-perkara maksiat sebegini. Hentikanlah.

     Rakyat Malaysia juga bertanggungjawab memilih kerajaan ini. Ada golongan yang berusaha menegakkan hukum Allah di muka bumi Malaysia dan tak pernah letih memperjuangkannya. Tapi di satu pihak yang lain, yang sama-sama memakai lencana Islam pula berusaha meruntuhkannya dengan perkara maksiat sebegini. Moga lahirlah orang-orang yang sihat akalnya untuk menerajui Malaysia di masa hadapan. Amin...

Friday, March 14, 2014

Selamat pengantin baru Amilin

0
     Alhamdulillah...Selamat Pengantin Baru buat kawan baik aku, Khairul Amilin bin Ismail. Majlis pernikahan rasanya berlangsung pada hari Jumaat. Yea laa...mestilah majlis akad nikah tuh berlangsung disebelah pihak perempuan kan? Susah sikit la nak cerita detail. Tapi InsyaAllah, kenduri disebelah pihak lelaki minggu hadapan, kami sekeluarga akan usahakan untuk sampai jugak.

   


Gambar sewaktu akad nikah yang kami terima melalui whatsapps.

     Sepanjang perkenalan aku dengan Amilin nie, aku hanya kenal yang baik sahaja. Amilin nie jenis yang mudah bergaul, berpendidikan, baik, tidak lokek dan pandai mengambil hati. Itu sebahagian sahaja dari sifat2 baik yang dapat aku gambarkan secara umum. Banyak nilai-nilai murni yang aku belajar dari Amilin. Kebetulan pulak Amilin nie ada hubungan kekeluargaan dengan family wife aku, memang jadi lagi baik la kami.

     Teringat aku ketika waktu belajar di USM Transkrian dulu-dulu. Kami sama-sama pi memancing kat Batu Feringghi. Sama-sama terlibat secara aktif dengan aktiviti kat USM. Sama-sama berkongsi suka dan duka. Pendek kata, aku bangga dapat seorang kawan seperti Amilin. 

     Jodoh Amilin sedikit lewat dari rakan-rakan yang lain sebabnya sebagai anak sulung, Amilin menggalas tugas untuk menjaga ayahnya yang sakit. Aku doakan Amilin berbahagia dengan jodohnya. InsyaAllah, kami akan hadir ke majlis di Kubang Kerian Sabtu hadapan.


Monday, March 10, 2014

Pray for MH370

0
     Semalam Malaysia menjadi gempar dengan peristiwa kehilangan kapalterbang penumpang MH370 milik MAS. Kapalterbang Boeing 777 tersebut membawa seramai 239 penumpang itu adalah dalam perjalanan dari KL ke Beijing. Kehilangan kapalterbang tuh adalah sesuatu yang pelik apabila kita mengambil kira fakta-fakta tentang rekod baik pesawat Boeing 777 dan penyelengaraan kapal terbang oleh MAS yang diiktiraf diperingkat antarabangsa. Kebetulan pulak, kapalterbang tersebut baru 10 hari sahaja melalui pemeriksaan dari MAS dan disahkan lulus untuk terbang. Keadaan cuaca pula adalah baik dan tidak membahayakan kapalterbang komersil seperti Boeing 777. Juruterbang adalah orang berpengalaman. Lgipun, kapalterbang berada didalam mode autopilot pada ketika itu yang tidak memungkin faktor kecuaian manusia menjadi penyebab. 

     Sehingga hari ini sudah masuk hari yang ke-2 pencarian namun masih lagi tak dapat menemui sebarang petunjuk di mana pesawat itu berada sekarang. Situasi ini sesuatu yang sangat janggal untuk rakyat Malaysia secara umum. Untuk MAS pula, situasi ini pasti memberikan impak yang besar kepada syarikat tatkala MAS sedang berusaha untuk memulihkan akaun pendapatannya yang rugi semenjak beberapa tahun ini. Namun yang paling terasa disebabkan peristiwa ini adalah ahli keluarga yang terlibat secara langsung dengan penumpang yang berada dalam pesawat.

     Semoga dipermudahkan perkara ini dan semoga diberikan kekuatan dan kesabaran kepada keluarga yang terlibat. Amin

 Chief Executive MAS, AHmad Jauhari Yahyain yang berusaha memaklumkan perkembangan terkini kepada media (gambar dari Yahoo)
                        

Tempat terakhir sebelum terputus hubungan (gambar dari Malaysian Insider)

 Pray for MH370 (gambar dari Malaysian Insider)

Wednesday, March 5, 2014

Nikmat hujan

0
   
     Jalan-jalan cari makan dengan keluarga di Staidum Paroi hari Ahad bebaru nie. Kebetulan pulak memang ada 2 event kat area Paroi yang membuatkan Paroi menjadi tumpuan ramai. Dan kebetulan pulak, hujan pun turun petang tuh bersama angin yang kuat. Gabungan angin dan air hujan membuatkan petang Ahad tuh terasa sejuk dan nyaman. Selesa untuk beriadah bersama keluarga.

     Memang ramai orang yang terasa sulit dengan ujian cuaca panas sekarang nie, termasuklah kami sekeluarga jugak. Semua orang mengharapkan keadaan ini akan berubah dan bertambah baik dengan hadirnya hujan. Semua orang sedia maklum, hanya Dia sahaja yang mampu menurunkan hujan, bukan manusia, bukan makhluk. Bila hujan turun waktu petang Ahad tuh, aku tengok tak kira tua atau muda, couple atau single, free hair atau tudung, baju ketat atau jubah labuh, senonoh atau tidak senonoh....semuanya bagaikan serentak mengucapkan Alhamdulillah. Alhamdulillah....itulah yang jelas dapat aku dengar dari orang-orang sekeliling tempat makan kami. Segala puji bagi Allah. Hebat sungguh aturan-Nya.

     Bila Allah nak bagi tarbiah itu mudah sahaja bagi Dia. Hanya dengan sedikit kebesaran-Nya, semua lapisan manusia pantas mengucapkan syukur yang tak terhingga. Itulah sebenarnya fitrah manusia. Fitrah untuk kembali kepada Pencipta. Syukurlah aku berada di sana untuk sama-sama berlajar didikan baru ini.

Dhiya ikut pi makan jugak  

Rahmat untuk Husaini. Tidur tak kira tempat dan waktu

Lagi besar, lagi kurus pulak Hadi nie

 Hazwan pun sama, dah tak bulat macam dulu lagi dah

Hujan yang kita lupai nikmatnya waktu senang.

     Itu peristiwa hari Ahad. Hari Isnin pulak, wife aku kena attend kursus kat Kuala Lumpur selama 3 hari, Tinggallah aku menjadi Mr. Mama bersama anak-anak semua. Yang masih lagi steady adalah Husaini. Asal bukak mata sahaja, rajin sungguh mengemas rumah. Bercakap pulak, walaupun pelat tapi bukan main banyak lagi bercakap. Kuota mengemas dan bercakap tuh akan berenti bila dia tidur. Hehehehehe...senyum tengok gelagat bebudak nie. Hafiz plak, tanak bergambar dah, sebab tuh takdak gambar Hafiz yang boleh aku upload untuk entry kali nie.

'Berehat' dari rutin mengemas rumah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...