Sunday, September 20, 2009

Raya kat Alor Setar

0
Tahun nie raya kat Alor Setar. Kami start gerak dari rumah jam 1.30tgh hari Jumaat. Alhamdulillah, perjalanan lancar. Walaupun kereta byk kat atas highway tapi still boleh pecut 120km/h –140km/h. Cuma tersangkut sikit kat Tapah kot..tak tau lah apa mendanya…

Selalunya, bila time kami beraya kat Alor Setar…Kak Nim (kakak sulung) pun akan kena turn yg sama. Tapi sejak dari tahun 2005, Kak Nim tak dapat nak join 1st raya sebab dia ada kat Milan, Italy. Tahun nie, family aku sahaja yg ada kat kampung.

Malam raya tuh, ada group dari surau datang takbir raya kat umah. Alhamdulillah, ada lagi semangat macam tuh kat Alor Setar. Kalau rumah kita didatangi tetamu, byk keberkatan yg Allah Ta’ala bagi kat tuan rumah.

Sayu rasanya bila dengar takbir raya. Maknanya, Ramadhan dah berakhir tahun tuh. Pahala amalan jadi seperti biasa kembali. Kalau di bulan Ramadhan, perkara sunat dapat pahala wajib dan perkara wajib Allah gandakan sampai 70 kali ganda. Alangkah beruntungnya orang2 yg tak terlepas langsung sembahyang berjamaah dalam bulan puasa, yang menunaikan tarawih dan yang bertadarus Al-Quran.

Tahun nie rasa kurang sangat komitmen dalam amalan agama. Dah ada family nie dengan anak2 kecik nie, byk menda kena consider. Tak semua menda ikut jadual kita. Banyak menda2 ad hoc yg berlaku tanpa di rancang. Mmg mencabar sikit Ramadhan tahun nie. Tapi, kalau nak dibandingkan dengan cabaran yg Nabi kita terima, rasanya tak setara manapun. Cumanya, atas kejahilan aku sahaja yg membuatkan aku tak pandai mencuri masa di bulan mulia nie.


Jamu minum air kotak ja.... Bila dipikirkan balik, ada hikmah rupanya Allah Ta’ala gandakan pahala bagi orang yg dah berkahwin. Orang yg berkahwin nie, banyak tanggungjawab dengan keluarga. Masa untuk agama, masa untuk keluarga, masa untuk kerja dunia, masa untuk berehat….semuanya kena ada pada seorang ketua keluarga. Allah Maha Adil atas sesuatu perkara…aku bersyukur dengan keadaan nie. Harapan aku, moga panjang umur aku untuk Ramadhan akan datang. Moga ada rezeki aku bersama orang2 yg menunaikan tahajjud di malam qadar.

No Response to "Raya kat Alor Setar"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...