Tuesday, April 12, 2011

Ekspedisi Gunung Nuang

4
Hari Sabtu bebaru nie, ada la organized satu ekspedisi ke Gunung Nuang kat Hulu Langat. Lama dah tak panjat gunung-gunung nie. Saja gatal-gatal nak panjat sebab nak lepaskan gian tangkap gambar. Sejak balik dari China tahun sudah rasa macam kurang sangat-sangat berkarya dalam photography nie. Masa dan tanggungjawab selalunya tak mengizinkan. Semuanya kena compromise.

Trip ke Gunung Nuang nie simple ja, tadak la tidur dalam hutan berbagai. Rancangannya cuma panjat gunung dan mandi-manda. Itu jaa...Yang join pun cuma budak-budak opis ja, senang nak arrange.

Hari Sabtu pagi tuh, pukul 8pagi lagi dah sampai kat kaki Gunung Nuang. Semua peserta ada 5 orang. Berjalan setengah jam, seorang kecundang kerana kekejangan kaki. Maka tinggal la 4 orang sahaja meneruskan perjuangan. 2 jam kemudian, seorang lagi ingin menarik diri. Makanya, cita-cita untuk menawan puncak Gunung Nuang terpaksa ditangguhkan dahulu buat masa ini. Ada umur, boleh cuba lagi. Ada la gambar sikit buat melepaskan gian setelah lama camera Nikon tuh duduk dalam stor.

Cuaca yang sangat baik untuk hiking
Kalau datang awal sikit mungkin ada kabus dalam gambar. Sure nampak lebih dramatik lagi
Setakat sampai kat Kem Lolo ja. Tu pun dah cukup bagus
Air mengalir kat jeram
Belakang tabir

Sesudah mandi. Punyalah sejuk air dia, mandi 10 minit ja..
On the way turun, berenti sekejap sebab kaki kejang
Itulah cerita hujung minggu. Alhamdulillah, we came back in one piece. What a great trip we had. Looking forward the day we reach the peak.

4 Response to Ekspedisi Gunung Nuang

April 12, 2011 at 4:59 PM

subhanallah, cantiknye gambo air kat jeram tuh. boleh wat background kad raya...

April 13, 2011 at 10:00 AM

ajie, mana ada orang buat kad raya background air terjun...background masjid ada laa...ish..ish..ish..musykil aku

January 2, 2014 at 1:05 AM

nak panjat gunung ni mmg dy dah ad trek dy ke? atau main gamble?

January 2, 2014 at 11:58 PM

trek dah ada...follow jerk. lagipun mmg ramai orang hiking kat situ. siap ada renjer lagi waktu nak masuk pintu gerbang tuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...