Thursday, April 21, 2011

Serba-sedikit pasal kerja.

6
Dah bertahun dah kerja dalam bidang automotif nie. Title yang aku pegang sekarang nie ialah Sr Design Engineer. Bila bercakap dengan orang awam, diorang ingatkan kerja design nie macam kerja Eric Casa Impian kot. Matching-matching colour, main ngan lighting dengan pattern...padahal jauh sekali dari apa yang diorang pikirkan dengan apa yang aku buat. Berbuih jugak kalau nak bercerita.

Secara mudahnya bergini laa...Mula-mula sekali Styling Department akan keluarkan sketch concept lebih kurang macam nie.

Lepas tuh, baru la team engineering akan masuk campur. Awalnya cuma advice dari segi packaging. Saiz ruang dan constraint area akan diberikan kepada Styling Department sebelum sketch tuh ditukat menjadi 3D data ataupun panggilan dalam dunia automotif nie, "A Surface"

Dah dapat "A Surface" dari styling, maka bermulalah kerja aku sebagai Design Engineer dengan sepenuh hati. Segala detail yang berkaitan dengan engineering akan aku masukkan kat belakang "A Surface" tuh. Fixing strategy, assembly strategy, appearance, geometrical and dimension segala macam la kena amik kira dalam engineering design nie.

Data 3D yang dah siap menggunakan CATIA
Kemudian, as a design engineer jugak..aku kena liase dengan supplier untuk translate 3D data menjadi barang yang fizikal. Macam-macam stage la kena lalui sebelum semuanya okay. Tapi bila dah siap, memang akan terasa kepuasan yang amat sangat. Especially bila kereta tuh dah ada kat jalan raya.



Di atas adalah kereta yang ada hasil tangan aku. Baru sahaja launched kat Shanghai Motor Show. Boleh klik sini untuk berita selanjutnya. Since the car has already launched, I assume that the sketch and 3D overview above are not that P&C anymore.

Lebih seronok lagi kalau kita ada contribution kat kereta tempatan. Hari-hari boleh tengok part yang kita design tuh. Best ja rasa.

Officemate aku beli 2 kereta tempatan. 1st car Kelisa, 2nd car Gen2 Campro CPS. Kawan wife dia dok pujuk suruh beli keta luar negara. Asyik-asyik local car jer, mana best. Member aku nie dengan selambanya cakap, "tak ramai orang boleh bawak kereta yang diorang buat sendiri. Kedua-dua kereta Kelisa ngan Gen2 tuh, ada air tangan aku. For sure aku akan beli kereta yang aku buat sendiri. Bangga sungguh rasanya. Hang pernah ka design kereta?". Terkedu mamat yang dok cucuk tuh bila kena tanya macam tuh.

Aku pulak, takdak la sampai macam tuh sekali. Memang tak mampu pun nak beli kereta banyak-banyak. Tapi setiap kali aku dapat tengok kereta yang ada air tangan aku kat atas jalan raya, ada semacam emotional attachment dengan kereta tuh. Bangga ja rasa. Itulah serba-sedikit cerita pasal industri kereta kat Malaysia nie.

6 Response to Serba-sedikit pasal kerja.

April 22, 2011 at 8:34 AM

1. ooo, pengunci pintu Gen-2 yang macam batang mancis berdiameter besar itu, hasil tangan kawan ko ekkk...
2. aku rasa, keter gen-2 nyer design, cantik, tapi mcm baju yang tak di 'jahit tepi'.. heheheheh... (ooo.. blame the styling dept)..
3. Patutla nampak signature cik onn kat kereta di atas.
4. teringat budak master yg konker styling lab aku kat sini, dia budak arcitechture, tp buat project kt styling lab. lab tuh dh macam muzeum lenardo de vinci aku tgk.. pastuh gaduh ngan budak engineering. moral of the story: engineering tidak berseni, tapi seni penuh ke'engineering'an.

April 22, 2011 at 8:35 AM

one more thing, kalu aku nk beli keter yg ada sentuhan 'air tangan' ko, agak2x berapa discount boleh bagi? ps: ko basuh tgn dak be4 sentuh the design?

April 22, 2011 at 9:10 AM

heheheh....panjangnya comment...takut aku nak jawab. especially yg bahagian discount tuh...

aku mmg basuh tangan, siap bersabun lagi..tapi time buat design aku suka korek hidung...baru idea boleh sampai...hehehheh

huda
April 22, 2011 at 11:54 AM

tgk lubang idung laa ajie..

Anonymous
April 22, 2011 at 3:57 PM

:D.. den tumpang banggo yo lah.. nak jomput bagik talk kek budak2 mau ka?.. kasik semangat kit..

April 22, 2011 at 11:25 PM

bagi talk...??
InsyaAllah, boleh...dengan senang hatinya saya ingin membantu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...