Wednesday, June 29, 2011

Hospital USM Kubang Kerian

3
Lazimnya, aku memang jarang menjejakkan kaki ke hospital. Kalau pun aku ke hospital untuk melawat orang sakit, aku takkan merayau-rayau dalam hospital melainkan aku akan terus ke katil pesakit. Habis waktu melawat, terus sahaja balik.

Tapi ketika wife aku bersalin minggu lepas, aku berada dalam situasi yang sangat berbeza. Pengalaman menemani wife aku bersalin sebelum nie hanya berlegar di sekitar Hospital PD, Hospital Jerteh dan Hospital Pakar Seremban. Kalau digabungkan ketiga-tiga hospital yang aku sebutkan tadi, rasa aku masih lagi tak dapat menyamai saiz HUSM, Kubang Kerian. HUSM memang sangat besar dan sangat crowded.

Waktu aku menunggu-nunggu wife aku untuk bersalin, aku berpeluang memerhatikan 1001 macam perkara kat HUSM. Aku perhatikan ramai sangat orang yang keluar masuk dengan membawa berbagai-bagai masalah kesihatan. Banyak pemandangan yang menginsafkan aku sebagai manusia yang pasti sakit suatu hari nanti.Yang tua pun ada, yang kecik pun tak kurang jugak banyaknya. Banyak sungguh manusia yang semestinya depa tuh datang dari setiap pelusuk negeri Kelantan. Kalau tidak, dari mana lagi orang-orang nie datang.

Punyalah ramai orang yang datang tapi kakitangan HUSM masih lagi mampu memberikan perkhidmatan yang baik. Aku rasa, warga HUSM sangat beruntung kerana dapat buat pahala dengan banyak setiap hari. Membantu orang yang dalam kesusahan, menghulurkan bantuan dan dikelilingi oleh golongan intelek yang baik. Tiba-tiba aku bangga jadi bekas pelajar USM walaupun bukan dalam bidang perubatan. Sebabnya, Mahasiswa HUSM bukan setakat sedang belajar tapi dalam masa yang sama, menyumbang kepada masyarakat. Apa lagi yang lebih baik dari itu..?? Bila aku bandingkan dengan kerjaya aku, aku rasa kakitangan HUSM lebih beruntung dan lebih mulia lagi.


Nampak HUSM memang makmur dan penuh dengan keberkatan. Bangunan baru sedang dibina, luas dan tinggi. Peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan makin bertambah. Kawasan di sekeliling HUSM juga makin membangun. Aku suka dengan keadaan tuh.

Harapan aku, semoga HUSM terus maju di masa hadapan. Membantu dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Sebelum nie, aku rasa menyampah dengan USM disebabkan ijazah aku yang tak di iktiraf, tapi apa yang aku alami seminggu lepas telah membuatkan aku berpaling 180 darjah. Hari ini, aku rasa bangga pernah jadi warga USM suatu waktu dahulu. Terima kasih HUSM, terima kasih semua di atas persepektif baru ini. 

3 Response to Hospital USM Kubang Kerian

June 29, 2011 at 8:45 AM

huhuhuhu... so, episod menyampah dgn USM dah berakhir lah ekk...? hahahahhaha... kita tutup la episod tuh cik onn ekk, sekurang2x nya USM pernah bg kita pengalaman yg banyak pahit manis sbg student.. eleh.. ko kenal dan ngorat Huda pon byk kat USM kan? hahahahahha!

Anonymous
June 29, 2011 at 10:26 AM

HUSM ni dokek yo ngn umah gaban.. sangat dokek okey..

dulu wa bersalin kat sini jugok.. huhuhuhuhu..

June 29, 2011 at 12:56 PM

ajie : hahahhaa...memang ayat hang terkena tepat kat lubang hidung haku nie...hehehehe

ghazi : uih..!! ghazi pun ada jugak panglima red warrior rupanya..sama la kita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...