Tuesday, August 23, 2011

Kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha

1
Dalam bulan Ramadhan yang mulia nie Alhamdulillah, aku dipilih oleh Allah SWT untuk menghidupkan tadarus Al-Quran. Mungkin pada sesetengah orang bahawa tadarus nie perkara simple dan boleh dilakukan di rumah sahaja. Tapi bagi aku, aku banyak belajar dalam majlis tadarus nie.


Perkara baru yang aku belajar tahun nie adalah berkenaan dengan Nabi Yusuf A.S dan Zulaikha. Rupa-rupanya, banyak kecelaruan yang timbul dalam kisah nie. Aku akan cuba ringkaskan kecelaruan tuh supaya tak melalut.

1.)    Zulaikha bukanlah nama sebenar isteri kepada Al-Aziz. Nama isteri Al-Aziz juga tidak pernah disebut dalam Al-Quran ataupun mana-mana hadis Nabi SAW.
2.)    Tidak ada nas yang menunjukkan Nabi Yusuf pada akhirnya bercinta dengan isteri Al-Aziz.
3.)    Yang mencatatkan kisah penamaan isteri Al-Aziz dengan sanad lengkap hanyalah Imam At-Thabari. iaitu dari Ibnu Humaid, dari Salamah, dari Ibnu Ishaq, dari Muhammad bin as-Sa`ib, dari Abu Shalih, dari Ibnu `Abbas. Dalam jalur ini, nama isteri Al-Aziz adalah Ra`il binti Ra`il. Sedang riwayat yang menyebut nama isteri Al-Aziz adalah Zulaikha bersumber dari Syu`aib al-Jaba`i. Kedua sanad itu lemah sekali bahkan palsu. Penyebab lemahnya riwayat ada pada Muhammad bin as-Sa`ib al-Kalbi dan Syu`aib al-Jaba`i. Muhammad bin as-Sa`ib al-Kalbi dinilai sebagai rawi yang matruk (ditinggalkan/dusta) oleh Imam Adz-Dzahabi, Imam Ibnu Hibban dan lainnya. Sedangkan Syu`aib al-Jaba`i dinilai juga sebagai rawi yang matruk oleh Imam Adz-Dzahabi dan Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani.


Jadinya, doa-doa yang menyatakan cinta Nabi Yusuf dan Zulaikha yang pernah kita muatkan dalam kad jemputan kahwin kita dahulu ataupun, doa-doa yang pernah diucapkan oleh ustaz-ustaz dalam kursus perkahwinan kita dahulu adalah sesuatu yang janggal. Mungkin kisah cinta ini datangnya dari kisah israilliyat yang mungkin benar dan mungkin juga tidak. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda :-

“Jangan kamu  membenarkan penuturan Ahlul-Kitab, jangan pula mendustakannya. Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah dan apa-apa (kitab) yang diturunkan kepada kami dan (kitab) apa-apa yang diturunkan kepadamu." (HR. al-Bukhari)

Yang kita takuti ialah jikalau kisah itu tidak benar. Maka kita secara tak sedar telah  mendustakan kisah Nabi Yusur A.S. Nak jawab macam mana dengan Nabi Yusuf kalau kita bertemu dengan dia suatu hari nanti.

Sekadar berkongsi…

1 Response to Kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha

June 6, 2012 at 10:53 AM

ow...sy dgr mcm da 1 riwayat yg menyatakan zulaikha kahwin dgn nb yusuf...then pas kahwin, cinta zulaikha beralih hny untuk Allah SWT...dia sentiasa di tikar sembahyang sehingga nb yusuf tegur untuk zulaikha tunaikan tgjwb sbg isteri terhadpnya...so, dlm riwayat nie ckp cinta zulaikha pas kawen dgn nb yusuf lebih tinggi tehadap Allah..xsprt sblmnya yg amat gilakan nb yusuf...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...