Monday, August 8, 2011

Mahal sungguh rasanya.

2
Seminggu lebih dah dibulan Ramadhan Al-Mubarak nie. Biological clock aku pun macam dah steady sikit. Takdak lapar memanjang. Dah rasa ringan ja bila lepas berbuka. Kalau hari 1st hari tu, lepas makan ja rasa macam nak telentang depan tv. Aduh laa...

Dari pemerhatian aku selama seminggu, aku tengok pasar Ramadhan kat KL macam kurang meriah sikit. Aku buat survey pun tanya kat kawan-kawan opis jer pun. Tadak cerita la plak aku nak ke Pasar Ramadhan sorang-sorang nie. Baik bukak posa kat Masjid ja, lagi best. Waktu aku ke Pasar Ramadhan di Kampung Raja, Besut minggu lepas, aku dapat rasakan banyak juga duit yang aku dah belanja padahal takdak menda sangat pun aku beli. Aku tengok , dah takdak benda yang mula dengan RM1 semuanya minimun RM2. Itu kat Besut punya cerita, kat tempat lain tak tau la plak. Tapi bila aku bukak cerita dengan kawan-kawan aku yang tinggal di sekitar KL dan Selangor, diorang pun sependapat dengan aku. Semua kata barang dah mahal. Disebabkan barang mahal, diorang pun macam malas nak ke Pasar Ramadhan. Tak berbaloi katanya.

Ada kawan aku yang bekerja kat International Medical University (IMU) kat Bukit Jalil. Management dia bagi dia balik kerja pukul 4.30 ptg. Opis aku pun bagi staff dia balik awal jugak dan banyak lagi company lain kat KL nie yang buat perkara yang sama untuk memudahkan umat Islam. Aku rasa la, kalau dah balik awal tuh..baik masak ja kat rumah. Masa pun banyak lagi sebelum waktu berbuka. Bila dah boleh masak, tak payah la nak ke Pasar Ramadhan lagi. Itulah kot antara penyumbang kepada kurang meriahnya Pasar Ramadhan tahun nie.

Satu lagi yang faktor yang menyumbang kepada kurangnya kemeriahan Pasar Ramadhan tahun nie ialah hujan. Minggu lepas ada la jugak dua tiga kali hujan kat KL. Kesian kat peniaga...

Ehh, apsal yang aku concern sangat isu nie? Oooo...aku nak pegi tangkap gambar kat Pasar Ramadhan hari nie. Lupa plak...

Pasar Ramadhan kat Batu Ompek (Batu Empat) PD


2 Response to Mahal sungguh rasanya.

August 9, 2011 at 9:01 AM

hehe.. daripada keciwa masa berbuka..lps tuh keluar perkataan bukan2 kat org meniaga.. lebih baik masak senirik.. ala qodar pun tak apa.. pueh hati.. ikan bilis.. n stok sambal yg boleh tahan 2-3 hari pun dah masyuk masa berbuka.. ado pulak potai joghuk.. aiyo aii... yg pentink.. kito heppi kato omak den.. :D.. Selamat posa jul..

August 9, 2011 at 1:09 PM

sangat setuju dengan ghazi...kalau dah lapar tuh, masak la apa pun..for sure licin punya..

kalau balik rantau bagitau laa...boleh gak kami bertandang...

selamat berpuasa to you too...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...