Saturday, April 28, 2012

Pendahuluan sebuah buku

0

Alif laam miim.

Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa


     Alhamdulillah, syukur rasanya bila dikurniakan masa dan keupayaan untuk membaca bermacam-macam buku dan kitab dalam dunia nie. Membaca jambatan ilmu. Walaupun pada mulanya, kita tak berapa pasti apa benda yang kita baca pada hari ini, InsyaAllah kekeliruan itu akan terjawab kalau kita terus mencari. Bagi aku, membaca itu semacam jigsaw puzzle yang besar. Hari ini dapat sekeping, esok dapat sekeping lagi. Bila bercantum kepingan-kepingan jigsawa puzzle tuh, baru la terlopong mulut. ".......Oooooo....macam nie ka". Dicantumkan pulak dengan jigsaw puzzle dari pengalaman yang kita kutip, maka akan lagi terlopnglah mulut kita itu. Hehehehe..

     Buku akan dimulai dengan pendahuluan. Pendahuluan yang aku paling suka sekali bila aku baca buku Dr. Said Ramadhan Al-Buti. Buku yang bertajuk, Fiqh Al-Sirah. Caranya tersendiri dan penuh maklumat membuatkan aku tak sabar-sabar untuk membaca isi kandungan buku tersebut. Pendahuluan biasanya menggambarkan keseluruhan idea penulis. Selebihnya adalah huraian terperinci.

     Kalau kita selak Al-Quran, pendahuluannya adalah Al-Fatihah yang merangkumi keseluruhan isi terperinci Al-Quran tersebut. Sebagai muslim, kta akan baca Surah Al-Fatihah paling kurang pun 17 kali sehari. Membicarakan tentang tafsir Al-Fatihah sahaja sudah memuatkan banyak ilmu yang ada dalam kehidupan ini.

     Semalam, aku dikejutkan lagi dari "tidur" oleh Ustaz Zahazan. Aku sempat mengutip apa yang cuba disampaikan oleh Ustaz Zahazan tapi dalam gaya bahasa dan pemahaman aku sendiri laaa...

         Carilah dalam mana-mana buku dalam dunia ini, hatta kitab-kitab agama sekalipun...tidak ada yang berani menyatakan bahawa buku atau kitab itu tidak ada keraguan padanya. Tapi bila kita bukak Al-Quran dan permulaan Surah Al-Baqarah, pendahuluannya menyatakan, kitab ini tidak ada keraguan, tidak ada kesalahan, tidak ada kekurangan bahkan menjadi petunjuk pulak kepada orang-orang yang takutkan pada pencipta-Nya. Mana ada penulis dalam dunia ini yang berani claim bahawa buku mereka tidak ada sedikit pun cacat dan cela? Mana ada penulis yang berani claim bahawa buku dialah yang sempurna tapi tidak bagi Allah. Allah adalah pencipta dan Dia-lah yang memberi petunjuk kepada siapa yang dia mahu. Dia Maha Mengetahui. Pendahuluan Al-Quran itu sendiri sepatutnya membuatkan kita mengakui bahawa kita ini adalah hamba yang sangat lemah dan Dia-lah Allah yang berkuasa. Subhanallah.

     Terima kasih Ustaz Zahazan.

Wednesday, April 25, 2012

Hujung Minggu

0
     Duduk berjauhan dengan keluarga nie banyak cabarannya. Kalau tak handle dengan betul, boleh jadi sasau tak pasal-pasal. Bila sampai hujung minggu jaa, mesti kena buat something untuk memenuhi masa terluang. Kalau duduk kat rumah ja, memang akan teringat kat keluarga kat Malaysia.

     Minggu nie, sekali lagi aku join bebudak nie panjat bukit naik basikal. Kat China nie senang, basikal kita boleh sewa kalau kita nak. Sewa sehari pun tak la berapa mahal. Dalam RM10 ja kot. Pastu plak, basikal bukannya calang-calang basikal. Basikal mountain bike tuh. Siap ada absorber, disc brake berbagai. Memang best laaa..

Nie la basikalnya. Basikal nie aku pinjam ja sebenarnya.

Cuaca yang sangat cantik untuk melakukan aktiviti berbasikal

     Aku jadi ketagih pulak naik basikal nie. Kalau nak ikutkan, memang tak selesa pun bawak basikal mountain bike nie. Dengan handle yang rendah, seat pun tinggi. Kalau bawak basikal tuh, kena membongkok ja kerjanya. Minggu sudah punya sakit bontot pun tak hilang lagi. Punyalah keras seat basikal mountain bike nie. Tapi itulah, rasa macam best la pulak. Boleh bawak basikal laju-laju kat jalan raya. Memang menarik.

Yang dua nie memang power punya stamina. Din Kator dengan Amin

Kelebihan naik basikal nie, kita boleh masuk sampai rural area. Tempat yang susah public transportation nak sampai. 

Anjing kat China nie baik-baik. Tak kacau orang

Empangan air kat Bei Shan. Celah-celah gunung, ada tasik.

Basikal nie, mahal ooooo....malu nak sebut

Amin pun, minat photogrraphy gak

Housemate aku...masuk hutan pun bergaya

Wheelie

Sesat di tengah hutan

Heading home. Ramai orang datang Bei Shan nie untuk makan angin

Lalu kat kawasan perusahaan pokok bonsai

Geram pulak tengok bonsai nie

Ada jugak la satu gambar yang memuatkan muka aku.Terima kasih daun keladi.

Memang menarik. Although it's kinda like torturing during climbing, it is also can be considered as an achievement to yourself when you manage to reach the peak. The view is superb, the adrenaline during off road downhill is pumping, thrilling and exciting are just few of many in-explainable experience that I had along the journey. Kalau ada lagi trip naik bukit atau gunung dengan basikal, memang aku akan seriously consider it. Insya Allah. 

Tuesday, April 17, 2012

Bercinta Sampai Ke Syurga-Hasrizal Abd Jamil

0

     Buku ini adalah kesinambungan daripada buku yang berjudul "Aku Terima Nikahnya" yang merupakan buku motivasi popular yang menjulang nama penulisnya hingga terkenal. Nama Ustaz Hasrizal bukanlah nama yang asing lagi di Malaysia bahkan beliau sangat dikenali melalui blognya saifulislam.com.

     Sesuai dengan kesinambungannya daripada buku yang pertaman, buku "Bercinta Sampai Ke Syurga" ini banyak berkisar kepada perbincangan mengenai hal berumahtangga. Buku ini bermotifkan motivasi, namun dalam pada masa yang sama cuba menyedarkan kita agar berfikir secara matang dalam mengharungi kehidupan berumahtangga. Soalan-soalan yang diajukan dalam beberapa bab-bab tertentu mampu membuatkan kita terfikir sejenak mengenai diri kita dan keluarga kita. Kita membaca, berfikir dan menyelami diri kita sendiri. Semuanya dilakukan semasa kita membaca buku ini.

     Ustaz Hasrizal lebih mudah untuk menjadikan keluarga beliau sendiri sebagai contoh yang hampir kepada realiti. Hakikat yang beliau juga adalah manusia biasa, mempunyai kerjaya dan mempunyai masalah tersendiri telah pun dikongsi bersama rakan pembaca untuk memberikan kefahaman yang lebih diatas apa yang dibincangkan. Secara tidak langsung, memberitahu kepada kita bahawa pengalaman yang beliau kongsikan itulah sebenarnya yang membentuk siapa beliau pada hari ini. Pengalaman berharga yang dikongsi bersama pembaca.

     Buku ini sangat sesuai untuk segenap lapisan masyrakat kerana bahasanya yang mudah dan isinya yang relevan dengan setiap orang yang mempunyai keluarga. Pembaca yang tidak memiliki buku yang pertama iaitu "Aku Terima Nikahnya" tidak mempunyai masalah untuk membaca buku "Bercinta Sampai Ke Syurga" ini. Bahkan, buku pertama adalah  merujuk kepada perkara yang menyediakan kehidupan keluarga yang barakah, dan buku yang kedua ini adalah mengenai perbincangan mempertahankan barakah itu hingga ke syurga.

     Semoga Ustaz Hasrizal terus-terusan berdakwah dengan cara yang unik ini. Kita memerlukan bimbingan dari bijak pandai agama dalam segala hal termasuklah hal bercinta sesama manusia. Warna-warni dunia dakwah kini semakin berseri dengan cara dakwah yang segar dan berinovasi. Allah jua yang membalas pengorbanan Ustaz dalam setiap perkara yang dilakukan.
 

Monday, April 16, 2012

Polisi Satu Keluarga, Satu Anak

1
     Ada seorang staff Lotus berbangsa China yang menguruskan hal-hal kebajikan perkerja asing (selain dari PR China laa) di tempat aku bekerja sekarang nie. Nama dia Judy, minggu nie dia dah start cuti bersalin. Mungkin 2 atau 3 bulan lagi baru boleh jumpa. Kalau ada Judy, banyak perkara dari sebesar-besar mencari rumah sewa hinggalah kepada pendaftaran talian telefon dapat diselesaikan dengan mudah. Mujur jugak Judy nie meninggalkan pengganti tapi, tak berapa fasih berbahasa Inggeris seperti Judy. Nak buat macam mana, kalau dah tak dapat rotan, akar pun berguna jugak.

     Mengingati kembali apa yang Judy ceritakan berkenaan dengan kelahiran di China nie memang agak menarik untuk aku kongsikan dalam blog nie. Semua kita sedia maklum yang China mengamalkan "satu keluarga, satu anak". Peraturan ini amat ketat terutama sekali ke atas bangsa Han. Aku pun tak sure sebab apa bangsa Han sahaja yang menerima nasib sebegini. Jikalau didapati perempuan itu mengandung anak yang kedua, ada beberapa tindakan yang akan dikenakan oleh kerajaan ke atas keluarga ini.

     Pertamanya, mereka akan didenda. Tak tahu la berapa banyak denda yang dikenakan tapi aku rasa, mungkin banyak sebab bagi China, beranak 2 adalah perkara serius. Keduanya, pihak berkuasa akan datang ke rumah perempuan yang mengandung nie dan akan dibawa ke klinik berdekatan untuk tujuan penguguran. Polis akan paksa agar perempuan itu menggugurkan kandungannya. Yang ketiga, jikalau yang terbabit itu adalah penjawat jawatan dalam sektor awam, maka dia akan dibuang kerja. Kalau dua-dua laki isteri bekerja dalam sektor kerajaan, dua-dua jugak akan diberhetikan kerja serta-merta. Kesian sungguh mendengarnya.



     Orang China pulak, memang kita ketahui yang mereka ini lebih menyukai anak lelaki dari anak perempuan. Jadinya dengan bantuan teknologi sekarang ini, mereka dapat mengetahui jantina anak mereka sebelum lahir lagi. Jikalau dalam scan tuh perempuan, besar kemungkinan mereka akan menggugurkan kandungan. Jikalau lelaki, maka mereka biarkan.

     Makanya, kerajaan telah mengharamkan scan kandungan. Scan kandungan adalah merupakan kesalahan yang berat di China ini. Kesan dari pengharaman ini, wujud sindiket haram yang menjalankan kegiatan scan kandungan kepada yang mahukan perkhidmatan mereka. Kadar bayarannya adalah bergantung kepada jantina anak yang dilihat sewaktu scan  itu. Jikalau lelaki, maka bayarannya mahal dan jikalau perempuan maka bayarannya murah sedikit. Pendek kata, ada orang yang membuat keuntungan dari kekurangan orang lain.

     Begitulah ceritanya bagi sebuah keluarga di China. Melainkan orang itu sangat kaya untuk membayar denda ataupun keluarga itu berada jauh di pedalaman, maka memiliki anak ramai adalah satu angan-angan bagi orang China. Aku sangat bersyukur berada di Malaysia yang tidak mengamalkan polisi sebegitu. Alhamdulillah, Allah Ta'ala sudi mengamanahkan kami dengan 4 orang anak yang sempurna. Keletihan sehari, hilang begitu sahaja apabila menatap wajah anak-anak. Semoga Dia sentiasa membantu aku dalam memelihara amanahNya itu. Bersyukurlah....

   

Sunday, April 15, 2012

Kita dan suasana

0
     Ada dua tiga benda yang membuatkan aku terfikir pagi tadi. Tak sure macam mana nak olah agar apa yg aku fikir nie dapat diubah bentuk menjadi ayat yang mudah paham. Tapi still nak share juga.

     Katakanlah, kita nie selalu mengamalkan kebersihan. Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Kalau berjalan ke mana-mana pun, kita akan usaha agar kita tidak membuang sampah merata-rata. Kita rela simpan sampah dalam poket kita ataupun sekadar pegang sahaja di tangan sehingga kita bertemu dengan tong sampah yang berdekatan. Kebetulan pulak, Malaysia memang banyak tong sampahnya terutama sekali di bandar-bandar besar.

     Jika kita pergi ke negara lain. Negara yang majoriti penduduknya masih lagi suka membuang sampah merata-rata. Tong sampah pulak tak mudah kita jumpa walaupun kat dalam kompleks membeli-belah. Adakah kita akan berubah dan menjadi sebahagian dari suasana yang senang untuk membuang sampah merata-rata?

     Katakanlah, kita mudah untuk beri laluan kepada orang yang lebih tua ketika beratur membeli makanan di KFC. Kita rasa senang hati dapat berbuat kebaikan kepada warga tua walaupun kecil sahaja. Tapi bila kita ke negara lain, kebanyakkan orangnya tidak menghormati orang yang beratur. Even yang tua pun suka-suka hati sahaja memotong barisan kita yang tercegat lama menunggu giliran. Adakah kita akan berubah menjadi sebahagian dari suasana yang senang untuk memotong barisan?

     Katakanlah, kita selalu menghadiri sembahyang jemaah di surau atau di masjid pada hampir setiap waktu. Kebetulan pulak setiap kali masuk waktu, kedengaran azan dilaungkan sahut-menyahut antara masjid ke masjid. TV pun azan jugak, radio pun begitu. Kita rasa meninggalkan sembahyang tuh macam satu yang mustahil untuk kita lakukan dalam keadaan kita yg warak itu. Tapi bila kita ke negara yang tak dengar langsung bunyi azan, waktu subuh pun pukul 4 pagi dan cuaca sangat sejuk pulak tuh. Kebetulan pulak negara itu memang takdak orang sembahayang pun. Adakah kita akan jadi sebahagian dari suasana dan senang dengan selimut kita yang hangat diwaktu pukul 4 pagi tuh?

     Adakah selama ini kita buat baik disebabkan suasana sekeliling kita yang juga melakukannya sehingga menjadi budaya dalam masyarakat dan kita hanyalah mengikut sahaja? Kemudian, apabila suasana bertukar..kita juga bertukar kerana mengikut suasana semasa? Adakah itu yang kita panggil dengan jati diri?

     Betullah cakap orang-orang tua dahulu. Banyak berjalan, luas pengalaman. Banyak menda yang membuatkan mata aku terbuka disebabkan oleh banyak berjalan. Di China nie, orangnya sangatlah ramai. Setiap orang berusaha untuk diri sendiri dari pagi hinggalah ke malam. Semuanya ada bahagian masing-masing dalam masyarakat. Kalau kita tanya kat dia, apa akan jadi selepas mati? Dia akan jawab tak tahu. Jadi, apa tujuan hidup? dia akan jawab, cari harta sebanyak-banyaknya. Aku kesian dan aku takut.


     Kesian sebab hidup dia kosong. Dia keletihan mencari kekayaan untuk diri dia. Pada dia, karaoke akan memberikan kepuasan jiwa. Pada dia, arak dan perempuan adalah penyelesaian masalah. Kalau yang kaya tuh, mampu untuk mencari syurga dunia dan bersenang-lenang dengannya. Tapi yang miskin pulak, sudahlah hidup merempat dan susah di dunia. Di sana nanti pun, susah jugak lagi? Aduh, kesiannya.
   
     Takut sebab aku juga bakal disoal tentang mereka oleh Pencipta aku. Takut bila mengenangkan yang aku ada tanggungjawab dakwah ke atas meraka yang aku masih tak jalankan.

     Apa point aku? Point aku adalah, kita telah dipilih untuk dapat nikmat iman. Inilah nikmat yang paling besar sekali. Orang yang beriman, mempunyai peribadi yang mulia dan jatidiri yang tinggi? Jikalau kita selalu berubah mengikut suasana semasa dan meninggalkan peribadi mulia, kita mungkin perlu muhasabah diri kita sendiri. Adakah kita berlaku baik kerana suasana ataupun kerana Allah Ta'ala.?

Wednesday, April 11, 2012

My current project

0
This is my current project in China

The vehicle should fall under compact SUV class. As you can see from the picture below, the segmentation is justifiable.

     If not mistaken, there will be a motor show within this few weeks in Beijing and currently, everyone is preparing for it. The car in the picture is not in the market yet and probably months away before you can purchase it. Nevertheless, Youngman (our client) is prepare to make a tease on this one. Probably one of many ways to get useful feedback from the market before formally launch the model.

I'm more trained to design plastic part. So in this picture, I'm more interested in looking at the door trim.

Center Console, Parking Brake, Cup Holder area and Gear Knob

Center Stack, ICE, HVAC Controller etc

Ambient blue light to give luxurious feeling to passenger and driver. This was totally new for me when we first saw it during design stage.

Center Console

Lovely back seat

The view from back seat (with the steering still WIP)
   
So, how much would you pay to get this car..?? hehehehe..

Tuesday, April 10, 2012

Nothing Much (part 19)

0


Sunday, April 8, 2012

Minggu-minggu awal

0
     China baru ja melalui musim yang sangat sejuk dalam bulan Februari tempoh hari. Kedatangan aku ke sini pada penghujung bulan Mac memang tindakan yang agak bijak kerana terlepas dari suhu yang sangat sejuk. Kebetulan, aku nie jenis yang tak tahan sejuk pun. Memang kena sangat la tuh

     Walaupun begitu, suhu masih lagi tak menentu. Kengkadang suhunya ada 16 degree Celcius dan kengkadang jadi 5 degree Celcius. Walaupun dah agak tinggi, tapi disebabkan aku nie tak biasa dengan suhu sejuk...seminggu pertama tuh memang siksa betul rasanya. Sepanjang minggu hidung aku tersumbat sampaikan tak boleh nak tido. Kena pulak waktu subuh kat sini awal. Pukul 4.30 pagi dah masuk subuh. Nak bangun punyalah susah, sejuk sungguh rasanya. Lepas tuh, nak amik air sembahyang pun satu hal. Boleh termenung dulu depan pili air tuh sementara menunggu air jadi panas. Dah amik air sembahyang pun satu hal pulak lagi. Menggeletar la jugak nak sembahyang sebab menahan sejuk. Bila dah bangun kena air sejuk kat muka, maka dah tak boleh nak tido lagi dah. Mata jadi bulat, hilang rasa mengantuk. Sudahnya, seminggu jugak la mata aku nie lebam sebab tak cukup tido.

 Kawan2 dari Lotus Malaysia. Makan kat kedai Iraq

Dalam kedai okay sikit. Luar kedai, sejuk tak ingat

Amin Latiff (kiri sekali) dah 5 tahun jugak la duduk kat Jinhua nie

My dinner, Chicken Shawarma (kebab ayam dengan roti pita jerk)

     Tapi Alhamdulillah, selepas seminggu..badan pun jadi macam dah adapt dengan environment. Bila dah adapted, maka mudah la sikit untuk keselesaan diri sendiri. Hidung dah tak tersumbat lagi, tido pun dah cukup, baju pun dah tak banyak pakai sebab dah tahan sejuk. Rasa selesa laa..Seminggu nie, memang tak dapat nak tengok muka kat cermin. Sebabnya, cermin ada satu sahaja dan lokasinya dalam bilik air ja. Kat bilik air pulak mandi air panas. Maka, banyak wap melekat kat cermin tuh membuatkan aku tak nampak muka aku sendiri. Bila rasa macam dah tahan mandi dengan air sejuk, baru la perasan yang kulit muka pun dah mengelupas sebab cuaca sejuk. Dekat sini, walaupun cuaca sejuk tapi udaranya kering. Kulit dan bibir jadi kering dan mengelupas.

     Terpaksa la beli olive oil untuk sapu kat kulit yang kering, Bergaduh  la pulak dengan salesgirl kat watson tuh sebabnya dia dok suruh aku amik 2 botol olive oil instead of 1 botol. Dia dok ulang cakap bahasa cina berkali-kali suruh amik jugak. Aku cakap kat dia " wo pu yau". Tengah jalan nak balik tuh baru la aku perasan, rupanya cina Watson tuh cakap " mai yi ke, song yi ke". Lerrrr..... Beli satu free satu rupanya. Padan la dia mati-mati suruh aku amik 2 jugak...ish..ish..ish...

     Bila dah seminggu, baru la kenal erti lapar disebabkan cuaca sejuk. Kerja lain takdak, nak menguyah ja kerjanya. Seminggu pertama nie, kita masih lagi berada di tempat baru. Kita tak terasa nak makan di rumah lagi. Semuanya nak makan kat kedai kalau boleh. Rasa macam vacation. Tapi lepas seminggu nanti tengoklah macam mana. Rasanya nak keluar rumah pun malas. Kalau kat rumah takdak menda nak makan sekali pun, sanggup minum air kosong ja sebab malas nak keluar. So minggu nie, balun dulu puas-puas.

Nie ada kedai China Xinjiang (China Muslim). Cakap kat teksi nak pegi MOHAMMODE...Insya Allah sampai la kat sini

Satay kambing takdak kuah. Makan cenggitu ja

Makan nasik dengan chopstick. Biasa la tuh

Azman dengan Amin

Aku dengan Shafiq - housemate aku kat Jinhua

Selalunya kami jalan kaki sebab tak tahu nak cakap cina dengan drebar teksi. Tuh yang sihat tubuh badan tuh. Hehehehehe.
    

Tuesday, April 3, 2012

Mungkin inilah sebabnya.

0
     Selepas balik dari Besut tempah hari, aku pernah terdetik dalam hati untuk melaksanakan ibadat umrah secepat yang mungkin. Aku bercadang untuk menunaikan umrah pada tahun hadapan. Tahun yang aku rasakan sesuai kerana Husaini pun dah menjangkau usia 2 tahun. Tahun depan jugak, kemungkinan besar pengajian master aku pun mungkin dah selesai. Sesuai sangatlah rasanya. Hal duit, InsyaAllah...adalah sedikit sebanyak, cukuplah untuk belanja 2 orang pergi ke sana. Itu sahaja laa..

     Baru jer hati aku terdetik nak menunaikan umrah tahun hadapan, tiba-tiba aku ditawarkan peluang untuk bekerja di China. Selalunya, pakej kerja di China yang ditawarkan oleh Lotus agak ok jugak walaupun banyak celanya. Tapi, kalau nak dibandingkan bekerja di Malaysia...kontrak bekerja di China lebih lumayan lagi. Makanya, jikalau aku bercadang untuk menunaikan ibadah umrah tahun hadapan...nampak gayanya duit bukanlah masalah lagi. Baru sahaja berhajat, tak semena-mena rezeki pun datang. Apa maksudnya tuh..??

     Kemudian, bila sahaja aku dah tandatangan kontrak untuk secondment to China, ada pulak kawan aku yang tak semena-mena menasihatkan aku. "Simpanlah duit tuh, nanti boleh ke Mekah untuk buat umrah ataupun haji". MasyaAllah, it just came out of the blue and somehow it is like a dejavu. Apa maksudnya tuh...??

     Dan lagi, nak dijadikan cerita kepada semua ini. Kakak aku pulak telefon. Dalam perbualan tuh, kakak aku cakap dia ada hajat nak sponsor aku buat umrah bersama-sama dengan abah dan mak aku. Disebabkan aku terpaksa bekerja di China, dia cakap dia postponed dulu plan nak ke umrah nie hinggalah aku balik nanti. Semunya kerana dia cakap dia dah berhajat nak sponsor aku buat umrah di Mekah. MasyaAllah, semuanya datang dalam masa yang sangat singkat. Apa maksudnya tuh...??

     "This is it"..... itulah yang bermain dalam kepala aku. Semuanya bagaikan memberi alamat kepada apa yang aku hajatkan. Terus-terang cakap, aku bukanlah calon tetamu rumah Allah yang terbaik. Bahkan, jauh sekali aku ini sebagai insan yang baik. Tapi, jikalau ada jemputan dariNya ke sana...dungulah aku untuk menolak pelawaan semulia itu.

     Dalam pada masa yang sama, aku jadi takut jikalau aku memungkiri janji aku sendiri. Sekarang nie mungkin iman di dada tengah waktu pasang. Nanti, bila duit banyak di depan mata, mungkin iman tengah surut sesurutnya. Aku risau, aku buat menda lain pulak dengan duit tuh. Moga teguhlah iman di dadaku.

يامقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
'Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik'
Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.”
[HR.Tirmidzi 3522, Ahmad 4/302, al-Hakim 1/525, Lihat Shohih Sunan Tirmidzi III no.2792]

Begitulah lemahnya manusia. Hinggakan untuk menjaga hati sendiri pun kita perlu minta pertolongan dari Dia. InsyaAllah, kali ini aku boleh merancang untuk membawa isteri dan anak-anak aku juga ke Mekah nanti. InsyaAllah... InsyaAllah... InsyaAllah...


Monday, April 2, 2012

Yang tidak kita ketahui

3
     Balik dari Besut, ada ura-ura mengatakan yang aku akan dihantar ke China sekali lagi. Bunyinya agak ad hoc dan memerlukan komitmen yang lama. Beberapa kali boss aku datang ke meja dan bertanyakan sama ada aku boleh dihantar ke China atau tidak. Sebanyak yang ditanya, sebanyak itu jualah aku menolak dengan seribu satu alasan.

     Aku memberikan alasan bahawa aku sedang buat part time master dan keberatan untuk meninggalkannya. Kebetulan, sekarang ini masih lagi musim sejuk di China..aku memberikan alasan bahawa aku tak tahan sejuk. Aku usahakan jugak mencari pengganti aku dan ada 2 atau 3 orang yang sudi menggantikan tempat aku. Walaupun begitu, boss aku masih bertanyakan sama ada aku boleh dihantar ke China atau tidak.

     Tiba-tiba, aku dihulurkan dengan sekeping kontrak untuk ditandatangani. Kontrak bekerja di China selama setahun bersama rules and regulation during secondment at the client place. Bila aku telefon wife aku, wife aku meredhainya. Selepas daripada itu, semuanya berjalan lancar seperti air yang mengalir di sungai. Itu cerita 3 minggu yang lalu, dan hari ini aku telah pun seminggu berada di China.

    Sungguh aneh ketentuanNya. Melihat kepada situasi semasa, dengan anak yang ramai dan masih kecil. Juga dengan keadaan sebagai seorang pelajar yang buat master dengan duit sendiri. Sepatutnya, semua itu sudah cukup sebagai alasan untuk aku tidak datang ke China pada waktu terdekat ini. Tapi kehendak Allah adalah sebaliknya. Aku, terpaksa berpisah sekali lagi dengan keluarga tercinta. Jauh dan terasing di benua yang berbicara dengan bahasa lain yang aku ketahui.

     Pemergian aku ke China diiringi dengan hujan. Walaupun dibibir kami masing-masing menguntum senyum dan tawa, tapi dihati kami sebak menahan duka. Melihat kepada isteriku yang terpaksa ditinggalkan bersama anak-anak yang masih kecil lagi membuatkan aku resah mengenangkan susah-payah yang bakal dihadapinya. Namun, berat mata aku memandang, berat lagi bahu wife aku yang memikulnya.

     Semoga segala urusan, terutama sekali urusan akhirat kami dipermudahkan oleh Allah SWT. Aku bermohon kepada rakan-rakan, handai-taulan supaya mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. Banyak perkara yang aku nak ceritakan berkaitan pemergian aku ke China kali ini. Insya Allah, di masa yang mendatang ini, akan aku coretkan seadanya.

 Makan bersama di airport sebelum berlepas ke China

Ada budak comot nak kena tinggal

Pada Hadi, bergantung harapan untuk menjaga adik-adik

Antara Hazwan dan Hafiz selalunya berbeza pendapat, tapi dua-duanya anak yang baik

Abah, Husaini dan mama. Semoga wife aku tabah. Hanya doa yang mampu abang hulurkan

Hujan

Selamat tinggal Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...