Sunday, April 15, 2012

Kita dan suasana

0
     Ada dua tiga benda yang membuatkan aku terfikir pagi tadi. Tak sure macam mana nak olah agar apa yg aku fikir nie dapat diubah bentuk menjadi ayat yang mudah paham. Tapi still nak share juga.

     Katakanlah, kita nie selalu mengamalkan kebersihan. Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Kalau berjalan ke mana-mana pun, kita akan usaha agar kita tidak membuang sampah merata-rata. Kita rela simpan sampah dalam poket kita ataupun sekadar pegang sahaja di tangan sehingga kita bertemu dengan tong sampah yang berdekatan. Kebetulan pulak, Malaysia memang banyak tong sampahnya terutama sekali di bandar-bandar besar.

     Jika kita pergi ke negara lain. Negara yang majoriti penduduknya masih lagi suka membuang sampah merata-rata. Tong sampah pulak tak mudah kita jumpa walaupun kat dalam kompleks membeli-belah. Adakah kita akan berubah dan menjadi sebahagian dari suasana yang senang untuk membuang sampah merata-rata?

     Katakanlah, kita mudah untuk beri laluan kepada orang yang lebih tua ketika beratur membeli makanan di KFC. Kita rasa senang hati dapat berbuat kebaikan kepada warga tua walaupun kecil sahaja. Tapi bila kita ke negara lain, kebanyakkan orangnya tidak menghormati orang yang beratur. Even yang tua pun suka-suka hati sahaja memotong barisan kita yang tercegat lama menunggu giliran. Adakah kita akan berubah menjadi sebahagian dari suasana yang senang untuk memotong barisan?

     Katakanlah, kita selalu menghadiri sembahyang jemaah di surau atau di masjid pada hampir setiap waktu. Kebetulan pulak setiap kali masuk waktu, kedengaran azan dilaungkan sahut-menyahut antara masjid ke masjid. TV pun azan jugak, radio pun begitu. Kita rasa meninggalkan sembahyang tuh macam satu yang mustahil untuk kita lakukan dalam keadaan kita yg warak itu. Tapi bila kita ke negara yang tak dengar langsung bunyi azan, waktu subuh pun pukul 4 pagi dan cuaca sangat sejuk pulak tuh. Kebetulan pulak negara itu memang takdak orang sembahayang pun. Adakah kita akan jadi sebahagian dari suasana dan senang dengan selimut kita yang hangat diwaktu pukul 4 pagi tuh?

     Adakah selama ini kita buat baik disebabkan suasana sekeliling kita yang juga melakukannya sehingga menjadi budaya dalam masyarakat dan kita hanyalah mengikut sahaja? Kemudian, apabila suasana bertukar..kita juga bertukar kerana mengikut suasana semasa? Adakah itu yang kita panggil dengan jati diri?

     Betullah cakap orang-orang tua dahulu. Banyak berjalan, luas pengalaman. Banyak menda yang membuatkan mata aku terbuka disebabkan oleh banyak berjalan. Di China nie, orangnya sangatlah ramai. Setiap orang berusaha untuk diri sendiri dari pagi hinggalah ke malam. Semuanya ada bahagian masing-masing dalam masyarakat. Kalau kita tanya kat dia, apa akan jadi selepas mati? Dia akan jawab tak tahu. Jadi, apa tujuan hidup? dia akan jawab, cari harta sebanyak-banyaknya. Aku kesian dan aku takut.


     Kesian sebab hidup dia kosong. Dia keletihan mencari kekayaan untuk diri dia. Pada dia, karaoke akan memberikan kepuasan jiwa. Pada dia, arak dan perempuan adalah penyelesaian masalah. Kalau yang kaya tuh, mampu untuk mencari syurga dunia dan bersenang-lenang dengannya. Tapi yang miskin pulak, sudahlah hidup merempat dan susah di dunia. Di sana nanti pun, susah jugak lagi? Aduh, kesiannya.
   
     Takut sebab aku juga bakal disoal tentang mereka oleh Pencipta aku. Takut bila mengenangkan yang aku ada tanggungjawab dakwah ke atas meraka yang aku masih tak jalankan.

     Apa point aku? Point aku adalah, kita telah dipilih untuk dapat nikmat iman. Inilah nikmat yang paling besar sekali. Orang yang beriman, mempunyai peribadi yang mulia dan jatidiri yang tinggi? Jikalau kita selalu berubah mengikut suasana semasa dan meninggalkan peribadi mulia, kita mungkin perlu muhasabah diri kita sendiri. Adakah kita berlaku baik kerana suasana ataupun kerana Allah Ta'ala.?

No Response to "Kita dan suasana"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...