Monday, April 16, 2012

Polisi Satu Keluarga, Satu Anak

2
     Ada seorang staff Lotus berbangsa China yang menguruskan hal-hal kebajikan perkerja asing (selain dari PR China laa) di tempat aku bekerja sekarang nie. Nama dia Judy, minggu nie dia dah start cuti bersalin. Mungkin 2 atau 3 bulan lagi baru boleh jumpa. Kalau ada Judy, banyak perkara dari sebesar-besar mencari rumah sewa hinggalah kepada pendaftaran talian telefon dapat diselesaikan dengan mudah. Mujur jugak Judy nie meninggalkan pengganti tapi, tak berapa fasih berbahasa Inggeris seperti Judy. Nak buat macam mana, kalau dah tak dapat rotan, akar pun berguna jugak.

     Mengingati kembali apa yang Judy ceritakan berkenaan dengan kelahiran di China nie memang agak menarik untuk aku kongsikan dalam blog nie. Semua kita sedia maklum yang China mengamalkan "satu keluarga, satu anak". Peraturan ini amat ketat terutama sekali ke atas bangsa Han. Aku pun tak sure sebab apa bangsa Han sahaja yang menerima nasib sebegini. Jikalau didapati perempuan itu mengandung anak yang kedua, ada beberapa tindakan yang akan dikenakan oleh kerajaan ke atas keluarga ini.

     Pertamanya, mereka akan didenda. Tak tahu la berapa banyak denda yang dikenakan tapi aku rasa, mungkin banyak sebab bagi China, beranak 2 adalah perkara serius. Keduanya, pihak berkuasa akan datang ke rumah perempuan yang mengandung nie dan akan dibawa ke klinik berdekatan untuk tujuan penguguran. Polis akan paksa agar perempuan itu menggugurkan kandungannya. Yang ketiga, jikalau yang terbabit itu adalah penjawat jawatan dalam sektor awam, maka dia akan dibuang kerja. Kalau dua-dua laki isteri bekerja dalam sektor kerajaan, dua-dua jugak akan diberhetikan kerja serta-merta. Kesian sungguh mendengarnya.



     Orang China pulak, memang kita ketahui yang mereka ini lebih menyukai anak lelaki dari anak perempuan. Jadinya dengan bantuan teknologi sekarang ini, mereka dapat mengetahui jantina anak mereka sebelum lahir lagi. Jikalau dalam scan tuh perempuan, besar kemungkinan mereka akan menggugurkan kandungan. Jikalau lelaki, maka mereka biarkan.

     Makanya, kerajaan telah mengharamkan scan kandungan. Scan kandungan adalah merupakan kesalahan yang berat di China ini. Kesan dari pengharaman ini, wujud sindiket haram yang menjalankan kegiatan scan kandungan kepada yang mahukan perkhidmatan mereka. Kadar bayarannya adalah bergantung kepada jantina anak yang dilihat sewaktu scan  itu. Jikalau lelaki, maka bayarannya mahal dan jikalau perempuan maka bayarannya murah sedikit. Pendek kata, ada orang yang membuat keuntungan dari kekurangan orang lain.

     Begitulah ceritanya bagi sebuah keluarga di China. Melainkan orang itu sangat kaya untuk membayar denda ataupun keluarga itu berada jauh di pedalaman, maka memiliki anak ramai adalah satu angan-angan bagi orang China. Aku sangat bersyukur berada di Malaysia yang tidak mengamalkan polisi sebegitu. Alhamdulillah, Allah Ta'ala sudi mengamanahkan kami dengan 4 orang anak yang sempurna. Keletihan sehari, hilang begitu sahaja apabila menatap wajah anak-anak. Semoga Dia sentiasa membantu aku dalam memelihara amanahNya itu. Bersyukurlah....

   

2 Response to Polisi Satu Keluarga, Satu Anak

April 19, 2012 at 9:22 AM

personally, aku rasa ini polisi yg bodoh! nnt jadi mcm jepun, depa sekarang kekurangan youth, dn ada byk org tua sbb umur mereka panjang. youth berkurang sbb dulu mrk hadkan anak dan skang youth mrk berdepan dgn masalah sosial - suicide!.

singapore pun sama. kurang warganegara smpi terpaksa amik org cina dr negara lain, utk bg PR. last2x depa gaduh sesama sendiri.

tapi, apa nk heran kan, depa bukan umat muhammad...

April 20, 2012 at 6:54 AM

ntah la ajie...kalau kita argue program kerajaan untuk control populasi rakyat dia, rasanya tak kena jugak. Macam mana kita nak jawab dengan amalan perancangan keluarga yang menghadkan kelahiran anak?

yang aku totally tak agree bila rakyat kena paksa abortion. that is just too much and beyond humanization

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...