Saturday, January 19, 2013

Al-Fatihah untuk arwah Ustaz Sulaiman

2
     Hari ini tersebar berita kematian seorang ustaz yang pernah mengajar aku dan rakan-rakan di Kolej Sultan Abdul Hamid dahulu. Nama beliau adalah Ustaz Sulaiman Hassan. Arwah pernah mengajar kelas aku sewaktu di tingkatan 3 dahulu. Walaupun dah lama tak bersua muka tapi aku rasa aku tak silap orang. Bukannya ramai pun ustaz-ustaz di Kolej Sultan Abdul Hamid tuh.

     Seingat aku, arwah adalah seorang ustaz yang disegani oleh murid-muridnya. Ketika aku berada di tingkatan 3 dulu pun, arwah sudah kelihatan berumur. Walaupun berumur, suaranya sangat merdu tatkala membacakan ayat-ayat suci Al-Quran ketika menjadi imam di surau sekolah kami. Seperti suara orang muda bunyinya. Kagum aku ketika itu.

     Memang selayaknya arwah dipanggil ustaz kerana segala permasalahan agama yang diajukan oleh kami sekelas, dapat dijawab dengan sempurna. Semua soalan yang kami tanyakan, pastinya ada jawapan yang munasabah dari sudut agama. Walaupun kami sekelas banyak bermain dan tak serius ketika berada dalam kelas agama, tapi dalam diam kami sekelas mengakui akan ketinggian ilmu arwah ustaz Sulaiman.

     Tidak ada apa yang dapat aku katakan mengenai hayat arwah melainkan aku hanya mengenali yang baik-baik sahaja. Moga-moga, roh beliau dicucuri rahmat-Nya dan semoga Allah redha pada Ustaz Sulaiman.......Al-Fatihah.

Sumber gambar dari Wikipedia

2 Response to Al-Fatihah untuk arwah Ustaz Sulaiman

aie
January 22, 2013 at 9:45 AM

Onn.. ustaz Sulaiman mana ni?..
ada gambaq?..

Alfatihah..

January 23, 2013 at 11:03 PM

takdak la abang E...
tapi seingat Onn, arwah orang baling.
rendah2 orangnya tapi sempoi.
sangat sporting

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...