Tuesday, January 15, 2013

Bukan Susah Nak Faham - Zahiruddin Zabidi

3

     Buku ini adalah sebuah bacaan mudah dan ringan yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan dengan pegangan agama Islam. Terdapat himpunan kisah-kisah menarik (tamsilan) yang dikongsi sebagai analogi mudah untuk menyampaikan konsep Tuhan, Negara Islam, Aurat, Solat dan berbagai lagi. Kaedah bercerita adalah kaedah dakwah yang mesra dan seringkali digunakan sebagai medium untuk menyampaikan nasihat dan tauladan yang berguna.

     Buku ini ditulis oleh Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi, seorang yang memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pemuda Persatuan Ulama Malaysia (PUM). Didalam bahagian pendahuluan, beliau menyatakan bahawa cerita-cerita ini banyak dikutip dari majlis-majlis ilmu yang dihadiri beliau. Analogi yang indah dan padat dengan maksud ini, akhirnya diterjemahkan ke dalam bentuk buku untuk dikongsikan bersama masyarakat Islam yang lain.

     Semoga usaha dakwah ini diperbanyakkan lagi dimasa hadapan. InsyaAllah.

P/S : Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi juga boleh diikuti di www.kalamkhalifah.com

   

   

3 Response to Bukan Susah Nak Faham - Zahiruddin Zabidi

January 16, 2013 at 5:18 PM

terima kasih atas info..

January 16, 2013 at 9:09 PM

Assalamualaikum, terima kasih tuan kerana sudi memiliki naskhah ini. Semoga ia bermanfaat kepada ummah.

Sekian, wassalam.
http://kalamkhalifah.com/

January 16, 2013 at 10:52 PM

Langit tinggi : sama-sama

Encik Zahiruddin : terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Buku yang baik harus kita sebar-sebarkan kebaikkannya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...