Monday, January 28, 2013

Kesian kat Hadi

2
     Tahun nie Hadi dah pun masuk ke darjah 2. Masih lagi berada di sekolah yang sama dan kelas yang sama jugak macam darjah 1 tahun lepas. Seperti biasa, cikgu kelas dan tahap pembelajaran pastinya tak sama seperti darjah 1. Pastinya ada peningkatan. Sesuai la dengan peningkatan darjah itu sendiri.

     Kalau darjah 1 dahulu, boleh dikatakan tiap-tiap hari Hadi ada kerja rumah. Makanya, setiap malam jugalah aku dan isteri akan bergilir-gilir mengadap Hadi untuk sama-sama menyiapkan kerja rumahnya. Walaupun letih dan menguji kesabaran, namun semua itu jadi tak penting bila melihat kepada peningkatan kemahiran yang Hadi tunjukkan saban hari.

     Darjah 1, Hadi tidak hadir ke kelas selama 6 bulan secara berterusan kerana mengikut aku ke China. Belajarlah Hadi dengan cara home schooling yang kami reka sendiri berdasarkan panduan dari internet dan buku-buku yang kami bawa dari Malaysia. Dalam pada itu, Guru Besar juga memberikan tips bahawa tumpuan kepada membaca, mengira dan menulis adalah sangat perlu untuk pelajar darjah 1 hingga darjah 3. Selainnya, tidaklah menjadi masalah besar diperingkat awal persekolahan. Tips itu kami pegang dengan erat dan objektif home schooling juga dirancang agar selari dengan tips tersebut.

     Apabila pulang semula ke Malaysia dan setelah sebulan Hadi ke sekolah, aku jadi sedikit gelisah dengan perkembangan Hadi. Dari hari pertama persekolahan sehinggalah saat entri ini ditulis, kerja rumah Hadi hanyalah dua kali sahaja. Kalau darjah 1 dahulu, kerja rumah Hadi hampir setiap hari tapi kali ini hampir tidak ada pula. Bila tidak ada kerja rumah, secara tidak langsungnya aku tidak dapat menilai tahap kemahiran Hadi. Tapi yang best pulak, aku tengok Hadi macam seronok ke sekolah dan tidak ada tanda-tanda dia pernah dihukum kerana tak dapat jawab ataupun apa-apa sebab yang seangkatan dengannya. Kalau benar dia boleh ikut pelajaran di sekolah, Alhamdulillah...tapi kalau dia tidak dapat ikut dan dia tak sedar yang dia tak dapat ikut...itu yang sangat aku risaukan.

     Tiga empat hari yang sudah, sekolah petang Hadi (KAFA) ada bagi kerja rumah. Barulah aku tahu yang Hadi tak boleh baca jawi langsung. Hinggakan apabila sampai kepada nama Muhammad SAW dalam tulisan jawi pun, Hadi tak kenal. Skop bacaan jawi nie memang tak termasuk dalam objektif home schooling sewaktu kat China. Aku rasa kesian pulak kat Hadi bila dia terus-terang mengatakan yang dia tak boleh nak buat kerja rumah kerana tak pandai baca jawi.

     Kadang-kadang bila aku renung kat dalam mata anak sulung aku nie, rasa macam ada kesamaan pulak permulaan hidup Hadi nie dengan permulaan hidup aku dahulu. Aku juga pernah tidak hadir ke sekolah berbulan-bulan lamanya sewaktu darjah 1. Waktu tuh, aku tinggal dengan atuk dan nenek di Perak. Nenek patah kaki dan berada di Hospital Universiti dan Hospital Ipoh untuk rawatan. Aku dan atuk akan berada di rumah makcik di KL dan Ipoh selama waktu nenek sakit. Kiranya, boleh tahan jugaklah tempoh aku tak pergi ke sekolah.

      Darjah 1 aku dapat nombor 17 dalam peperiksaan akhir tahun. Nombor terakhir dalam kelas. Sampai hari ini, aku suka sangat dengan nombor 17. 

     Itulah kisah aku dan itulah kisah Hadi. Semoga Hadi jadi lebih baik dari aku. InsyaAllah, kita sama-sama usaha ke arah itu.

     Makan tangan kanan, tulis tangan kiri. Jangan dapat nombor 17 dah ler...

2 Response to Kesian kat Hadi

January 29, 2013 at 9:46 AM

sama lah hadi dgn cik tikah - tulis tgn kiri dan makan tgn kanan. itu org bijak. insyaALLAH

February 4, 2013 at 11:34 PM

InsyaAllah..

walaupun kita berjiran kat Springhill, tapi sampai hari nie pun kami tak berkesempatan nak melawat Tikah sekeluarga.

InsyaAllah, kalau ada rezeki..kami akan datang bertandang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...