Saturday, January 26, 2013

I need to be strong.

0
    
     Sedar tak sedar, dah nak sampai ke penghujung bulan Januari dah pun. Baru ja semalam tahun 2012, hari nie dah sebulan kita berada dalam tahun 2013. Sungguh hebat ciptaan Allah yang bernama masa ini. Semua orang diberi waktu yang sama tapi bila berada dalam konteks yang berbeza, manusia boleh berbeza pendapat mengenai masa. Ada yang rasa cepat dan ada yang rasa lambat, walhal tempohnya sama sahaja. Sungguh ajaib.

     Tahun 2013 nie rasanya bakal jadi tahun yang paling mencabar dalam hidup aku. Keletihan dan kekalutan perjalanan ke tempat kerja baru (Proton) masih lagi cerita utama semenjak dua menjak ini. Kemudian, 3 minggu lagi semester baru untuk pengajian master pula akan bermula. Aku dapat bayangkan cabaran-cabaran yang bakal aku hadapi nanti bila kelas sudah bermula. Kelas malam, assignment setiap minggu, peperiksaan akhir, hal anak-anak diwaktu pagi, latihan dan kerja sekolah anak-anak diwaktu malam....MasyaAllah, takutnya. Takut kalau-kalau hilang fokus dalam setiap perkara. Takut kalau-kalau emosi jadi kurang stabil dan menatijahkan perkara yang negatif pada orang sekeliling. MasyaAllah.

     Memang dah jadi adat kehidupan manusia. Bila orang kata hidup ini bagai roda. Kadang di bawah, kadang di atas. Memang kata-kata itu sangat benar. Kali ini aku dapat rasai kebenaran kata-kata itu dengan praktikal amalinya sekali. Sebelum ini, lama kami sekeluarga mengecapi bahagia. Berjalan merata tempat, membeli-belah sampai tak ingat, makan pun tempat yang hebat. Kali ini kami ditarbiah dengan sedikit susah dan sedikit rasa gelisah. Walaupun sikit, tapi aku dah menggelabah.

     Kena banyak-banyak mohon kepada Allah agar semuanya dipermudahkan. Surah Al-Insyirah kena baca selalu, kena baca kerap-kerap sikit. InsyaAllah, semuanya akan okay dengan izin-Nya. Tak perlu gusar.   

No Response to "I need to be strong."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...