Monday, May 25, 2015

Gambar lama

0
     Jumpa pulak gambar lama dalam whatapps group. Sayang jugak pakcik aku kat aku rupanya. Simpan lagi gambar-gambar lama waktu kecik. Nie gambar kat bawah nie aku tak ingat kat mana, tengah pegang sapa dan berapa umur aku. Tapi memang muka budak yang tengah pegang baby tuh ialah aku laa....Hehehehe...Kuasa Allah Ta'ala. Dia yang bagi rezeki dan Dia juga yang menumbuh besarkan aku. Meminjam kata-kata Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, "walaupun umur kita nie meningkat....yang ada dalam diri kita ini adalah kita jua. Badan sahaja berubah tapi dalam diri kita tetap orang yang sama"

Serabut sungguh aku waktu kecik
 
Nie waktu kat Proton. Develop kereta Tun Mahathir. Best la keta nie.

Nie pulak gambar whatapps dari wife aku. Dhiya nak puting. Hehehehe...

Monday, May 18, 2015

Kembali berempat lagi

0
     Wife dah balik kampung dah pagi nie kerana berpantang di sana. Mungkin tak lama pantang kali nie sebab amik cuti tanpa gaji. So, kena plan detail sikit. Adik ipar dari Besut datang untuk bawak balik wife aku, anak-anak dan juga mak mertua. Nasib baik adik ipar ada, kalau tak...boleh tahan jugak kalut.

     Kesian kat bebudak yang sekolah nie la. Pagi tadi waktu nak ke sekolah, ada lagi semua family dalam rumah. Tapi bila balik dari sekolah, rumah pun kosong jerk. Semua dah balik kampung. Sian...sian...

     Rasa macam tak bertanggungjawab pulak bila setiap kali pantang, wife akan duduk di kampung. Tapi nak buat macam mana, memang aku nie memerlukan pertolongan ibu mertua. Kalut...memang kalut.

     Ada sekali tuh, duduk bersembang-sembang dengan qariah surau Springhill. Ada la satu brader yang berasal dari Melaka. Kita pun maklum agaknya,, memang orang Melaka nie boleh tahan mulutnya. Tapi dalam dia cakap tuh, memang ada makna yang mendalam. Dia cakap "dulu waktu bini nkau anak dara lagi...mak bapak dia jaga elok jerk. Segau-bugau jerk kawan tuh bila duduk ngan mak bapak dia. Pastu, nkau datang amik dia. Dah kawin dengan nkau...macam-macam nkau buat. Lambung la, lipat la, meniarap la, menelentang la semua ada. Kembung perut budak pompuan tuh nkau buatkan. Bila bersalin, badan pun dah sakit-sakit, nkau hantar dia balik kat mak bapak dia pulak. Mak bapak dia pun jaga la bagi elok balik macam anak dara dulu. Bagi jadi segau-bugau balik macam asal. Dah elok esok, nkau pun suka hati amik balik bini nkau bawak balik rumah. Lepas tuh nkau lambung lagi, lipat lagi...macam-macam gaya. Senang betul kerja nkau?"

     Aduh...memang terasa betul bila kena bahasa ngan orang Melaka. Heheheh....Memang betul pun apa yang abang Hamdan tuh cakap. Terfikir sejenak waktu bersembang tuh. Walaupun gelak-gelak, tapi aku akui, memang abang Hamdan betul. Alasan memang boleh bagi, tapi yang paling penting sebenarnya, nak jadikan diri ini suami yang bertanggungjawab. InsyaAllah..

Suka sangat makan kat Nasik Ayam Periuk Besar

Sunday, May 17, 2015

Another G6PD in the family

0
     Seperti Hazwan, baby baru nie pun rupa-rupanya ada G6PD jugak. Eager betul Dr practical tuh nak maklumkan kat wife aku ketika dalam ward. Kemungkinan, dia dah study malam sebelumnya sebagai persediaan untuk menjawab segala soalan-soalan dari wife aku. Tapi bila wife aku cakapa, "ini anak kedua kami yang ada G6PD", terus terbantut communication. Hehehehe..

     G6PD nie memang bahaya apatah lagi kepada bayi yang baru lahir. Sebab tuh Dr mengambil langkah berjaga-jaga dengan melanjutkan tempoh pemerhatian kat baby kami untuk tempoh seminggu. Lama jugak la wife aku dan baby terpaksa duduk dalam hospital. Walaupun kuning baby cuma sedikit sahaja dan tak nampak sangat pun sebab baby selalu minum susu badan, tapi kalau ada G6PD takut tetiba yang sikit jadi teruk. Hazwan dahulu dah kena dan kami dah alaminya. Harapnya pisang tak berbuah dua kali.

     Tapi Alhamdulillah, setelah 5 hari Dr pun benarkan wife aku discharge. Sepatutnya 7 hari. Syukurlah, semoga baby cepat sihat. Dalam pada tuh, adik ipar dating dari Besut untuk amik mak mertua kerana merasakan 7 hari tuh macam lama sangat. Sekali dah keluar awal, mak mertua, wife, baby baru, Dhiya dan Husaini pun balik jugak kampung Besut. Kiranya, sehari sahaja baby duduk kat rumah baru kami kat Kulim nie. Hehehehe...

     Apa-apa pun, syukurlah kerana telah selesai beberapa perkara. Kini kami kembali tinggal berempat lagi. InsyaAllah, abah akan tunaikan tanggujawab abah sebagai seorang ayah yang mithali....chewahhhh. Hehehehehe...

Alaa...Husaini nak balik kampung dah ker?

Dhiya pun balik jugak?

Suka sangat isap puting

Handsome tak Husaini?

Sian Husaini, baru jer kejap duduk Kuyim (Kulim)

Suruh orang isap putting dia plak.

Baby jugak tido. Nama saya officially adalah Tajul Haziq. Hehehehe

Few snaps from early days

Sleep tight baby

Dhiya tolong mama jaga Haziq tau

Boleh tak?

Tak boleh la plak...

Husaini yang snap nie

Sedap tido

 Good girl

Tuesday, May 12, 2015

Cahaya mataku

0
     Bila Allah amanahkan kita dengan sesuatu perkara, boleh jadi Dia ingin menjaga diri kita dari keburukan. Boleh jadi juga Dia ingin memartabatkan, boleh jadi juga sebagai asbab kepada sesuatu yang lebih baik. Maha Suci Allah, sesungguhnya Dia-lah jua sebaik-baik perancang. Perancangan-Nya adalah perancangan yang teliti dan halus. TIdak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia.

     Subhanallah, isteriku baru sahaja melahirkan cahaya mata yang ke-6 kami. Sungguh kami bersyukur atas limpahan kurnia rahmat-Nya. Berkali-kali ditarbiahkan dengan kesempurnaan perancangan-Nya. Segala-gala yang berlaku dalam hidup aku sejak dari permulaan lagi bagai bercantum satu-persatu episodnya. Episod-episod yang pada awal bagaikan tak significant tapi episod itu bersilang pada satu titik yang menyebabkan aku terkedu dan kagum dengan perancangan-Nya.

     Dapat kerja di Kulim, kemudian wife pun dapat transfer dan kemudian bersalin di Kulim. Semuanya berturutan dalam turutan yang sempurna sekali. Siapakah yang dapat menjadikan turutan itu sempurna kalau bukan Dia? Moga aku insaf memikirkannya.

     Kami bersyukur dikurniakan baby lelaki yang sihat dan tembam (baby bambam). Dr dah pun membuat keputusan untuk buat operation bila keadaan dalam labour room menunjukkan tanda-tanda degupan jantung baby tak keruan. Sudah ada najis dalam air ketuban dan aku juga dah pun menandatangani borang pembedahan.

     Tapi akhirnya, wife aku bersalin normal dalam bilik operation. Tak jadi operate disaat akhir. Sungguh Dia Maha Berkuasa mengatur segala-galanya. Moga-moga Kau ampunilah kami yang zalim terhadap diri kami ini.

     Untuk adik, selamat dating ke dunia. Jadilah anak yang soleh agar hidupmu tak sia-sia. Jadikanlah dunia ini tempat bercucuk-tanam untuk kau tuai hasil yang baik di akhirat sana. Walaupun adik adalah yang ke-6 tapi thrill menunggu mama bersalin masih lagi bagai anak yang pertama. Abah, mama, abang-abang dan kakak....semua sayang adik. Marhaban adik....marhaban.

3.63kg tuh...bambamnya dia.

Saturday, May 9, 2015

Prof. Muhd Kamil Ibrahim

0
     Akhirnya, dapat jugak jumpa dengan Prof. Muhd Kamil secara personal. Satu nama yang menjadi sinonim dengan ibadah umrah dan haji kepada rakyat Malaysia. Dia bukanlah ustaz atau ulama, bahkan dia hanyalah berjawatan pensyarah dengan latarbelakang sekolah biasa. Bukan pondok, atau pesantren mana-mana sekalipun.

     Tapi Allah Maha Kaya dan Maha Bijaksana dalam perancangan-Nya telah menjadikan Prof Muhd Kamil orang terpilih untuk menerima nikmat-Nya. subhanallah, betapa aku jua mengimpikan dan bercita-cita  untuk memperolehi apa yang Prof Muhd Kamil miliki. Mendiami Tanah Haram untuk tempoh yang agak lama. Menghayati suasana dan teladan Islam di sana. Allah, nikmatnya.... Mendengar cerita-cerita Prof Muhd Kamil juga sudah satu nikmat, apatah lagi melaluinya kalau ada rezeki satu hari nanti.

     Terima kasih Prof kerana perkongsian yang bermanfaat ini. Akhirnya, dapat jugak aku salam tangan orang yang baik-baik. Yang menjadi pilihan Dia. Semoga dapat la jugak tempias sikit-sikit. Terima kasih sekali lagi Prof. Akan saya beli buku-buku Prof nanti, InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...