Tuesday, May 12, 2015

Cahaya mataku

0
     Bila Allah amanahkan kita dengan sesuatu perkara, boleh jadi Dia ingin menjaga diri kita dari keburukan. Boleh jadi juga Dia ingin memartabatkan, boleh jadi juga sebagai asbab kepada sesuatu yang lebih baik. Maha Suci Allah, sesungguhnya Dia-lah jua sebaik-baik perancang. Perancangan-Nya adalah perancangan yang teliti dan halus. TIdak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia.

     Subhanallah, isteriku baru sahaja melahirkan cahaya mata yang ke-6 kami. Sungguh kami bersyukur atas limpahan kurnia rahmat-Nya. Berkali-kali ditarbiahkan dengan kesempurnaan perancangan-Nya. Segala-gala yang berlaku dalam hidup aku sejak dari permulaan lagi bagai bercantum satu-persatu episodnya. Episod-episod yang pada awal bagaikan tak significant tapi episod itu bersilang pada satu titik yang menyebabkan aku terkedu dan kagum dengan perancangan-Nya.

     Dapat kerja di Kulim, kemudian wife pun dapat transfer dan kemudian bersalin di Kulim. Semuanya berturutan dalam turutan yang sempurna sekali. Siapakah yang dapat menjadikan turutan itu sempurna kalau bukan Dia? Moga aku insaf memikirkannya.

     Kami bersyukur dikurniakan baby lelaki yang sihat dan tembam (baby bambam). Dr dah pun membuat keputusan untuk buat operation bila keadaan dalam labour room menunjukkan tanda-tanda degupan jantung baby tak keruan. Sudah ada najis dalam air ketuban dan aku juga dah pun menandatangani borang pembedahan.

     Tapi akhirnya, wife aku bersalin normal dalam bilik operation. Tak jadi operate disaat akhir. Sungguh Dia Maha Berkuasa mengatur segala-galanya. Moga-moga Kau ampunilah kami yang zalim terhadap diri kami ini.

     Untuk adik, selamat dating ke dunia. Jadilah anak yang soleh agar hidupmu tak sia-sia. Jadikanlah dunia ini tempat bercucuk-tanam untuk kau tuai hasil yang baik di akhirat sana. Walaupun adik adalah yang ke-6 tapi thrill menunggu mama bersalin masih lagi bagai anak yang pertama. Abah, mama, abang-abang dan kakak....semua sayang adik. Marhaban adik....marhaban.

3.63kg tuh...bambamnya dia.

No Response to "Cahaya mataku"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...