Saturday, May 9, 2015

Prof. Muhd Kamil Ibrahim

0
     Akhirnya, dapat jugak jumpa dengan Prof. Muhd Kamil secara personal. Satu nama yang menjadi sinonim dengan ibadah umrah dan haji kepada rakyat Malaysia. Dia bukanlah ustaz atau ulama, bahkan dia hanyalah berjawatan pensyarah dengan latarbelakang sekolah biasa. Bukan pondok, atau pesantren mana-mana sekalipun.

     Tapi Allah Maha Kaya dan Maha Bijaksana dalam perancangan-Nya telah menjadikan Prof Muhd Kamil orang terpilih untuk menerima nikmat-Nya. subhanallah, betapa aku jua mengimpikan dan bercita-cita  untuk memperolehi apa yang Prof Muhd Kamil miliki. Mendiami Tanah Haram untuk tempoh yang agak lama. Menghayati suasana dan teladan Islam di sana. Allah, nikmatnya.... Mendengar cerita-cerita Prof Muhd Kamil juga sudah satu nikmat, apatah lagi melaluinya kalau ada rezeki satu hari nanti.

     Terima kasih Prof kerana perkongsian yang bermanfaat ini. Akhirnya, dapat jugak aku salam tangan orang yang baik-baik. Yang menjadi pilihan Dia. Semoga dapat la jugak tempias sikit-sikit. Terima kasih sekali lagi Prof. Akan saya beli buku-buku Prof nanti, InsyaAllah.

No Response to "Prof. Muhd Kamil Ibrahim"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...