G6PD nie memang bahaya apatah lagi kepada bayi yang baru lahir. Sebab tuh Dr mengambil langkah berjaga-jaga dengan melanjutkan tempoh pemerhatian kat baby kami untuk tempoh seminggu. Lama jugak la wife aku dan baby terpaksa duduk dalam hospital. Walaupun kuning baby cuma sedikit sahaja dan tak nampak sangat pun sebab baby selalu minum susu badan, tapi kalau ada G6PD takut tetiba yang sikit jadi teruk. Hazwan dahulu dah kena dan kami dah alaminya. Harapnya pisang tak berbuah dua kali.
Tapi Alhamdulillah, setelah 5 hari Dr pun benarkan wife aku discharge. Sepatutnya 7 hari. Syukurlah, semoga baby cepat sihat. Dalam pada tuh, adik ipar dating dari Besut untuk amik mak mertua kerana merasakan 7 hari tuh macam lama sangat. Sekali dah keluar awal, mak mertua, wife, baby baru, Dhiya dan Husaini pun balik jugak kampung Besut. Kiranya, sehari sahaja baby duduk kat rumah baru kami kat Kulim nie. Hehehehe...
Apa-apa pun, syukurlah kerana telah selesai beberapa perkara. Kini kami kembali tinggal berempat lagi. InsyaAllah, abah akan tunaikan tanggujawab abah sebagai seorang ayah yang mithali....chewahhhh. Hehehehehe...
Alaa...Husaini nak balik kampung dah ker?
Dhiya pun balik jugak?
Suka sangat isap puting
Handsome tak Husaini?
Sian Husaini, baru jer kejap duduk Kuyim (Kulim)
Suruh orang isap putting dia plak.
Baby jugak tido. Nama saya officially adalah Tajul Haziq. Hehehehe
Few snaps from early days
Sleep tight baby
Dhiya tolong mama jaga Haziq tau
Boleh tak?
Tak boleh la plak...
Husaini yang snap nie
Sedap tido
Good girl
No Response to "Another G6PD in the family "
Post a Comment