Monday, May 18, 2015

Kembali berempat lagi

0
     Wife dah balik kampung dah pagi nie kerana berpantang di sana. Mungkin tak lama pantang kali nie sebab amik cuti tanpa gaji. So, kena plan detail sikit. Adik ipar dari Besut datang untuk bawak balik wife aku, anak-anak dan juga mak mertua. Nasib baik adik ipar ada, kalau tak...boleh tahan jugak kalut.

     Kesian kat bebudak yang sekolah nie la. Pagi tadi waktu nak ke sekolah, ada lagi semua family dalam rumah. Tapi bila balik dari sekolah, rumah pun kosong jerk. Semua dah balik kampung. Sian...sian...

     Rasa macam tak bertanggungjawab pulak bila setiap kali pantang, wife akan duduk di kampung. Tapi nak buat macam mana, memang aku nie memerlukan pertolongan ibu mertua. Kalut...memang kalut.

     Ada sekali tuh, duduk bersembang-sembang dengan qariah surau Springhill. Ada la satu brader yang berasal dari Melaka. Kita pun maklum agaknya,, memang orang Melaka nie boleh tahan mulutnya. Tapi dalam dia cakap tuh, memang ada makna yang mendalam. Dia cakap "dulu waktu bini nkau anak dara lagi...mak bapak dia jaga elok jerk. Segau-bugau jerk kawan tuh bila duduk ngan mak bapak dia. Pastu, nkau datang amik dia. Dah kawin dengan nkau...macam-macam nkau buat. Lambung la, lipat la, meniarap la, menelentang la semua ada. Kembung perut budak pompuan tuh nkau buatkan. Bila bersalin, badan pun dah sakit-sakit, nkau hantar dia balik kat mak bapak dia pulak. Mak bapak dia pun jaga la bagi elok balik macam anak dara dulu. Bagi jadi segau-bugau balik macam asal. Dah elok esok, nkau pun suka hati amik balik bini nkau bawak balik rumah. Lepas tuh nkau lambung lagi, lipat lagi...macam-macam gaya. Senang betul kerja nkau?"

     Aduh...memang terasa betul bila kena bahasa ngan orang Melaka. Heheheh....Memang betul pun apa yang abang Hamdan tuh cakap. Terfikir sejenak waktu bersembang tuh. Walaupun gelak-gelak, tapi aku akui, memang abang Hamdan betul. Alasan memang boleh bagi, tapi yang paling penting sebenarnya, nak jadikan diri ini suami yang bertanggungjawab. InsyaAllah..

Suka sangat makan kat Nasik Ayam Periuk Besar

No Response to "Kembali berempat lagi"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...