Tuesday, June 23, 2015

Masjid dan kanak-kanak

0
     Cerita pasal bawak kanak-kanak ke masjid nie memang tak habis. Bukan hari ini sahaja orang berbincang pasal isu nie, bahkan dah lama. Imam-imam kita pun dah letakkan panduan agar ibadat dan pemahaman kita jadi mudah. Hari nie rasa macam nak mengutarakan sedikit pandangan sebagai orang awam sahaja.

Memang sukar nak didik anak ramai kat masjid. Sykurlah Hadi dan Hazwan dah pandai jaga adab. Hafiz pun OK. Cuma Husaini la kena pantau lebih sikit. 

Hukum
Mazhab Syafie yang dinukilkan oleh Imam Nawawi (nama kitab tak ingat. Orang awam macam aku nie memang tak pandai bahasa arab) menyatakan, Kanak-kanak mumayiz boleh bawak ke masjid dan kanak-kanak tersebut memang ada hak dalam saf. Orang tua yang datang lambat tidak ada hak untuk suruh kanak-kanak ini ke belakang melainkan atas sebab-sebab tertentu.

Ibubapa
Panduan dah pun jelas. Makanya, kalau ibubapa yang bawak anak-anak yang bukan mumayiz datang ke masjid, ibubapa tersebut haruslah bertanggungjawab atas anaknya. Janganlah buat tak reti kalau anak dia mengganggu jemaah lain dan membuat bising. Kemudian, kalau AJK masjid memarahi anak dia disebabkan alasan yang betul...jangan la plak nak terasa hati berbagai. Memang hak AJK masjid pun nak tegur jemaah yang berada dalam masjid.

Patutnya kanak-kanak ini berada di samping ibubapanya sepanjang berada dalam masjid. Ibubapanya perlu pantau dan tegur anak-anaknya setiap kali ada kelakuan yang tidak menyenangkan berlaku. Itu barulah mendidik namanya.

Kalau kita sekadar lepaskan anak-anak kita dalam masjid kemudian kita buat hal kita sendiri dan biarkan anak-anak buat hal dia sendiri, itu menternak namanya. Kanak-kanak yang berkumpul sesama mereka dibelakang, pastinya akan membuat bising. Ini tidak bertanggungjawab. Tak sepatutnya ini terjadi.

Jemaah lain
Kita sedia maklum...ada jemaah yang sebelum ini tak kenal masjid tapi disebabkan hidayah, dia datang masjid pada usia yang tua. Dia memerlukan suasana tenang sewaktu dia di masjid untuk dia menghayati rasa kehambaan pada tuhannya. Kita kena hormat orang sebegini. Moga-moga Allah beri kita hidayah yang lebih lagi. Tapi bila tiba-tiba ada kanak-kanak bukan mumayiz menjerit dan bergelak ketawa sewaktu jemaah tengah cuba untuk kusyuk dalam sembahyang, sapa-sapa pun boleh hilang sabar.

 Kalau boleh, jemaah yang tak bawak kanak-kanak kena penuhkan saf hadapan, bukannya cenderung untuk duduk saf belakang atas alasan yang dibuat-buat. Biarlah ibubapa yang bawak anak-anak nie berada di saf belakang untuk dia pantau dan didik anak-anak dia. Masalahnya, memang orang Melayu suka duduk saf belakang. Walaupun kita dah cakap "saya bawak anak kecik nie"...masih lagi berhati mulia menyorong kita ke hadapan.

Pernah sekali tuh aku sengaja solat di luar Masjidil Haram sewaktu umrah. Cuba teka siapa yang banyak sekali aku jumpa bersolat jemaah di luar masjid? Orang Melayu tuan-tuan....Orang Melayu kita. Dah la sembahyang di luar masjid, masa antara Maghrib dan Isya' pulak diisi dengan perbualan kosong tentang bagaimana orang arab pasang lampu kat menara Masjidil Haram. Subhanallah.

Sama jugak di Masjid Nabawi....dalam masjid ada 275 saf tapi orang Melayu cenderung berada di saf yang ke 290. Walhal, sabda Nabi tentang kelebihan beribadat adalah ketika berada dalam masjid, bukannya kerana berada di Mekah atau Madinah. Subhanallah.

Menara King Abdul Aziz Gate. Credit to kk-blog-01


AJK masjid
Susah jadi AJK masjid sebenarnya. Nak marah, anak orang. Tak marah, makin menjadi. Nak tegur plak tak reti-reti sebab bukan mumayiz lagi. Kesian AJK. Orang kata AJK masjid nie garang-garang dan tak kasih pada kanak-kanak. Dalam masjid tak bagi main. Padahal Paderi lagi baik kerana benarkan kanak-kanak main dalam Gereja. AJK masjid tak Islamik. AJK tak reti sunnah. Kesian AJK.

Sebenarnya ini berbalik kepada sikap kita sendiri. Kalau kita bertanggungjawab dan berusaha memperbaiki diri dan anak-anak kita, orang lain pun takkan tetiba nak marahkan anak-anak kita saja-saja. Orang lain pun banyak hal lagi nak dibuat. Kalau tiada angin, takkan pokok boleh bergoyang.

Apa-apa hal pun, kita sama-sama inginkan yang terbaik dalam bulan yang penuh barakah ini. Sama-sama kita mengelakkan pertelingkahan yang merugikan. Sama-sama jugak berdoa agar kefahaman tentang perkara ini dapat sampai kepada orang Malaysia keseluruhannya. InsyaAllah, moga Allah beri ganjaran pada orang-orang yang berusaha kerana-Nya.

Friday, June 19, 2015

Ramadhan Al Mubarak 1436

0
     Dah masuk hari ke-2 puasa dalam tahun nie. Alhamdulillah, syukur kerana masih diberi kesempatan untuk sama-sama berebut kerberkatan Ramadhan. Ada orang tak sempat nak jumpa Ramadhan. Ada orang pulak sempat jumpa tapi tak sempat nak rebut kebaikan Ramadhan. Contohnya, baru semalam ikut hantar jenazah seorang Jemaah Masjid Kelang Lama ke kubur. Meninggal dihari pertama Ramadhan. Dengarnya tak sempat nak puasa pun sebab meninggal pukul 4 pagi. Sakit tua. Jenazah tuh, aku tak kenal pun. Tapi boleh rasa dia memang dari kalangan orang yang baik-baik dan diredhai. Urusan jenazahnya mudah, hari yang panas tetiba redup bila jenazah dimasukkan ke liang lahad. Orang jadi ringan tangan nak tolong sebab tak kena panas matahari.

     Itu cerita si fulan yang aku tak kenal. Cerita lain, adik ipar aku dipilih oleh Allah untuk jadi tetamu-Nya dibulan Ramadhan. Subhanallah, Maha Suci Dia yang memberikan nikmat yang berbeza-beza pada hamba-Nya. Adik ipar aku nie, ditugaskan untuk mengiringi orang kerajaan ke Mekah dan secara tak langsung, berpuasa di sana jugak. Seronok dia.

     Sementelah dia ada di sana, memang kami tertunggu-tunggu gambar terbaru dari Masjidil Haram. Gambar yang sampai dalam whatapps tuh, memang jadi pengubat rindu kami pada Baitullah itu. Syukurlah, perasaan harap datang pada awal Ramadhan. Kalau momentum nie berkekalan....memang satu kepuasan apabila berakhirnya Ramadhan tahun ini.

     Saja nak share gambar Masjidil Haram dengan construction nya sekali. Tapi gambar adik ipar takleh upload. Sebab dia pun macam tak boleh nak disclose sapa orang kenamaan yang dia iringi tuh. So, aku pun take it as P&C gak la...

     Sebenarnya, bukanlah bangunan hebat-hebat tuh yang menjadikan kita rindu pada Mekah. Kita sebenarnya rindu sebab pengaruh tempat itu pada spiritual kita. Kita tetiba merasa manis dan kusyuk dalam beribadat. Rasa sebak bila imam sampai pada ayat-ayat tertentu walhal bukannya kita paham bahasa arab pun. Hati rasa tenang dan tenteram. Memang jelas sekali ini memang pengaruh agama sebab soal kusyuk, tenang, tenteram, soal dalam jiwa nie....sapa yang boleh control? Sapa yang dapat control kalau tidak Allah SWT. Yang pastinya, tempat lain memang tak terasa sebegini.

     InsyaAllah, memang ada niat nak buat umrah sebulan dibulan Ramadhan dan seterusnya beraya di sana. Kalau ada rezeki, memang nak sangat pegi. InsyaAllah..














Sunday, June 14, 2015

Sekolah sudah bermula

0
     Alhamdulillah....sessi persekolahan sudah pun bermula kembali. Semalam baru ja amik anak-anak yang bercuti panjang di kampung. Rasa occupied bila family ada sekali. Kalau tak, rasa bosan gak sebab taktau nak buat apa.

     Bulan nie kiranya memang banyak betul travel. Kejap ke Terengganu, kejap ke Alor Setar, kejap ke UPM, kejap ke PD. Minyak pulak dah naik, mujur tol tak naik lagi. Tapi nampak gayanya pun akan naik jugak tak lama lagi. Memang terasa betul kalau nak travel sekarang nie. Duit yang habis bukannya sikit-sikit. Itu baru cerita pasal aku, orang yang ada pendapatan dan pekerjaan. Kalau orang lain yang kurang lagi dari aku, tak ka kesian jadinya.

     Hmmm...Keputusan yang diambil oleh orang yang berkuasa memang ada impact pada rakyat jelata keseluruhannya. Keputusan rakyat jelata atas pemerintah pulak hanyalah 5 tahun sekali. Dah makin mengarut pulak pemerintahan kali nie. Sedih rasanya.

     Ish...dah start nak menulis pasal politik plak nie. Biarlah dulu, ramai lagi blogger yang suka bersembang pasal politik dan berita semasa dalam blog diorang. Aku bukannya nak create traffic, sekadar tulisan untuk tatapan family aku pada masa hadapan...

Basikal sewa kat taman Kulim.

Macam motor tuh. Heheheheh...

Tuesday, June 9, 2015

Musa vs Firaun - Amanullah Halim

0


     Buku yang bertajuk Musa vs Firaun dikarang oleh saudara Amanullah Halim. Beliau adalah penulis kepada satu lagi buku berjudul Isa Putra Maryam dalam Injil dan Al-Quran.

     Buku ini, sebagaimana tajuknya mengulas tentang kisah Nabi Musa AS menentang Firaun yang zalim sebagaimana yang tercatat di dalam Al-Quran. Walaupun dikenali sebagai kisah (Al-Quran menyebutkan sebagai 'kisah' dan bukannya 'sirah' atau 'sejarah' dsb) bukanlah cerita-cerita kosong dan dusta. Bahkan, bukanlah kisah-kisah dalam Al-Quran ini bertujuan untuk menyalahi fakta-fakta sejarah. Kegagalan manusia untuk mengenalpasti perkara terperinci dari kisah-kisah Al-Quran ini adalah disebabkan kekurangan diri kita sendiri. Mungkin, perkara terperinci itu dapat dikenalpasti dimasa hadapan apabila lagi banyak teknologi moden yang mampu untuk merungkai persoalan-persoalan tersebut. Untuk setakat ini, kita beriman dengan kenyataan Al-Quran yang hak.

     Kisah Nabi Musa AS ini, banyak sekali terdapat dalam Al-Quran dan tercatat di dalam banyak surah. Berlainan dengan kisah Nabi Yusuf AS, peristiwanya hanya terdapat dalam satu surah sahaja iaitu Surah Yusuf. Antara sebab mengapa terjadi begini adalah ianya menjadi sumber motivasi kepada Nabi Muhammad SAW.

     Nabi Musa AS hidup lama dikalangan kaumnya dan memimpin mereka keluar dari negeri yang menzalimi mereka. Nabi Muhammad SAW juga memimpin kaumnya dan melarikan diri dari kaumnya yang zalim. Nabi Musa AS menghadapi kerenah yang pelbagai dari kaumnya dan begitu juga Nabi Muhammad SAW. Nabi Musa AS juga diperintahkan bersama kaumnya untuk berperang begitu juga dengan Nabi Muhammad SAW. Cuma lagi Nabi Musa AS tidak memerintah sebagaimana Nabi Muhammad SAW kerana kaum Nabi Musa AS menolak untuk berperang.

     Kembali semula kepada penerangan tentang buku ini. Berdasarkan kisah-kisah di dalam Al-Quran berkaitan Nabi Musa AS, rekod-rekod dari Old Testament (Perjanjian Lama) serta fakta-fakta sejarah, penulis merungkai perkara penting seperti siapakah yang dikenali sebagai Firaun, tokoh pembesar-pembesar yang dikaitkan dengan Firaun dan juga lokasi-lokasi perpindahan Bani Israel sepanjang mereka sesat di Semenanjung Sinai setelah mendurhakai Allah dengan enggan berperang.

     Buku ini ditulis dengan bahasa yang mudah. Sesuai untuk dibaca oleh orang seperti saya yang ada minat tentang sejarah dan Bani Israel. Buku ini secara tidak langsung memberikan pendedahan kepada pembaca tentang rekod-rekod Old Testament dan juga fakta sejarah sebelu, semasa dan selepas peristiwa besar Nabi Musa AS dan Firaun.
     Ada banyak maklumat di dalam buku yang kecil ini. Terpulanglah pada pembaca untuk membina hubungkait dan analisis yang kritikal dengan menggunakan maklumat-maklumat tersebut. Tahniah kepada penulis kerana karyanya yang baik ini.  

Monday, June 8, 2015

Nothing much (part 32)

0


Thursday, June 4, 2015

Cerita pasal MAS

7
     Sebenarnya, banyak orang yang kerja MAS tinggal kat Negeri Sembilan. Well, you can actually find their home scattered surrounding the KLIA but I'm just interested at this particular area called Bandar Springhill, PD. Kat Bandar Springhill nie pun sebenanrnya banyak yang kerja kat airport KLIA. sama ada directly kerja dengan MAS ataupun indirectly seperti vendor-vendor IT, catering dan sebagainya.

     Kebetulan, 2 pengasuh yang pernah kami hantarkan anak-anak kami memang suami diorang kerja directly dengan MAS. Bila kita sebut pengasuh nie, maknanya kita memang close la dengan diorang. Close sebab kita hormat orang yang menjaga anak-anak kita dengan baik. Jadi bila dengar ceria MAS berhentikan 6000 orang staff, kita pun sedikit sebanyak terasa risau jugak kerana kita kenal family pengasuh anak-anak kita nie.

     Alhamdulillah, dua-dua suami pengasuh tuh tak dibuang kerja. Dua-dua dikekalkan kat posisi asal seperti sedia-kala. Dalam perbualan telefon semalam, MAS buang orang-orang yang ada masalah kedatangan. MC banyak, datang lewat dan macam-macam lagi. Bagi aku memang fair and square la macam tuh sebab kedua-dua suami pengasuh nie memang jenis yang aku jarang tengok kat rumah. Asyik kat tempat kerja sahaja. Pengasuh pun memang jarang sangat-sangat mintak cuti sebab husband pun tak cuti. Syukurlah, bila dapat berita yang menggembirakan setelah didatangi kebimbangan.

     Bila sebut pengasuh nie, mula la teringat kat anak sendiri. aiseh...bila la nak balik ke kampong nie. Teringat la plak kat family. Tak jadi kerja duduk sorang-sorang kat Kulim nie. Mati kutu gak raso ehh..

Hehehe...S.Jibam, adik S.Jibeng

Kejap jerk besar Dhiya nie. Hmmm...


Wednesday, June 3, 2015

Susahnya nak dapat momentum

0

     Dah dua hari buang masa. Hari Isnin dan hari Selasa. Mujur la Isnin tuh kena jaga exam waktu pagi..Kalau tidak, memang 2 hari yang sia-sia. Entah kenapa datang malas pulak, habis semua benda tak jalan.

     Hari nie baru rasa macam ada mood sikit. Baru la ada progress sikit nak mula writing. Itulah yang selalu berlaku pun. Bila rasa malas tuh datang, Allahu Akbar…macam dah tak boleh nak particapte langsung la dengan apa-apa benda pun. Tapi bila datang rajin tuh, Alhamdulillah laa…banyak la perkara boleh disiapkan.
Sikit jerk kerjanya tapi gaya kena lebih.
      Pasang surut nie normal sebenarnya. Kengkadang berlaku kat kerja kita, study kita, tanggungjawab kita dan yang paling selalu adalah iman kita laa. Walaupun normal, tak semestinya kita kena take that for granted. Kena jihad sket lawan nafsu tuh. Sebabnya kita takut jadi celaka. Seperti sabda Nabi junjungan kita.

"Barangsiapa yang amalannya hari  ini lebih baik dari semalam,
Maka dia dikalangan yang beruntung.
 
Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam,
Maka dia dikalangan yang rugi.

Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,
Maka dia dikalangan yang celaka."
 

     Nie kiranya nak ingatkan diri sendiri la agar rajin dan jangan dilayan sangat malas tuh. Kena siapkan kerja hari ini pada hari ini jugak. Tak boleh tangguh-tangguh. Takut ada lagi kerja lain lepas nie, maka jadi bertimbun-timbun pulak kerja. 
 
Tawaran biasiswa

     Ini adalah perjanjian biasiswa untuk pengajian aku. Yang jadi saksinya adalah junior aku waktu kat USM dulu. Dua-dua orang tuh junior aku…..fuhh, dasat…dasat…kagum dengan pencapaian diorang. Alhamdulillah, ada juga yang sudi membantu jadi saksi. Terima kasih Remy…Terima kasih Faizah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...