Tuesday, June 23, 2015

Masjid dan kanak-kanak

0
     Cerita pasal bawak kanak-kanak ke masjid nie memang tak habis. Bukan hari ini sahaja orang berbincang pasal isu nie, bahkan dah lama. Imam-imam kita pun dah letakkan panduan agar ibadat dan pemahaman kita jadi mudah. Hari nie rasa macam nak mengutarakan sedikit pandangan sebagai orang awam sahaja.

Memang sukar nak didik anak ramai kat masjid. Sykurlah Hadi dan Hazwan dah pandai jaga adab. Hafiz pun OK. Cuma Husaini la kena pantau lebih sikit. 

Hukum
Mazhab Syafie yang dinukilkan oleh Imam Nawawi (nama kitab tak ingat. Orang awam macam aku nie memang tak pandai bahasa arab) menyatakan, Kanak-kanak mumayiz boleh bawak ke masjid dan kanak-kanak tersebut memang ada hak dalam saf. Orang tua yang datang lambat tidak ada hak untuk suruh kanak-kanak ini ke belakang melainkan atas sebab-sebab tertentu.

Ibubapa
Panduan dah pun jelas. Makanya, kalau ibubapa yang bawak anak-anak yang bukan mumayiz datang ke masjid, ibubapa tersebut haruslah bertanggungjawab atas anaknya. Janganlah buat tak reti kalau anak dia mengganggu jemaah lain dan membuat bising. Kemudian, kalau AJK masjid memarahi anak dia disebabkan alasan yang betul...jangan la plak nak terasa hati berbagai. Memang hak AJK masjid pun nak tegur jemaah yang berada dalam masjid.

Patutnya kanak-kanak ini berada di samping ibubapanya sepanjang berada dalam masjid. Ibubapanya perlu pantau dan tegur anak-anaknya setiap kali ada kelakuan yang tidak menyenangkan berlaku. Itu barulah mendidik namanya.

Kalau kita sekadar lepaskan anak-anak kita dalam masjid kemudian kita buat hal kita sendiri dan biarkan anak-anak buat hal dia sendiri, itu menternak namanya. Kanak-kanak yang berkumpul sesama mereka dibelakang, pastinya akan membuat bising. Ini tidak bertanggungjawab. Tak sepatutnya ini terjadi.

Jemaah lain
Kita sedia maklum...ada jemaah yang sebelum ini tak kenal masjid tapi disebabkan hidayah, dia datang masjid pada usia yang tua. Dia memerlukan suasana tenang sewaktu dia di masjid untuk dia menghayati rasa kehambaan pada tuhannya. Kita kena hormat orang sebegini. Moga-moga Allah beri kita hidayah yang lebih lagi. Tapi bila tiba-tiba ada kanak-kanak bukan mumayiz menjerit dan bergelak ketawa sewaktu jemaah tengah cuba untuk kusyuk dalam sembahyang, sapa-sapa pun boleh hilang sabar.

 Kalau boleh, jemaah yang tak bawak kanak-kanak kena penuhkan saf hadapan, bukannya cenderung untuk duduk saf belakang atas alasan yang dibuat-buat. Biarlah ibubapa yang bawak anak-anak nie berada di saf belakang untuk dia pantau dan didik anak-anak dia. Masalahnya, memang orang Melayu suka duduk saf belakang. Walaupun kita dah cakap "saya bawak anak kecik nie"...masih lagi berhati mulia menyorong kita ke hadapan.

Pernah sekali tuh aku sengaja solat di luar Masjidil Haram sewaktu umrah. Cuba teka siapa yang banyak sekali aku jumpa bersolat jemaah di luar masjid? Orang Melayu tuan-tuan....Orang Melayu kita. Dah la sembahyang di luar masjid, masa antara Maghrib dan Isya' pulak diisi dengan perbualan kosong tentang bagaimana orang arab pasang lampu kat menara Masjidil Haram. Subhanallah.

Sama jugak di Masjid Nabawi....dalam masjid ada 275 saf tapi orang Melayu cenderung berada di saf yang ke 290. Walhal, sabda Nabi tentang kelebihan beribadat adalah ketika berada dalam masjid, bukannya kerana berada di Mekah atau Madinah. Subhanallah.

Menara King Abdul Aziz Gate. Credit to kk-blog-01


AJK masjid
Susah jadi AJK masjid sebenarnya. Nak marah, anak orang. Tak marah, makin menjadi. Nak tegur plak tak reti-reti sebab bukan mumayiz lagi. Kesian AJK. Orang kata AJK masjid nie garang-garang dan tak kasih pada kanak-kanak. Dalam masjid tak bagi main. Padahal Paderi lagi baik kerana benarkan kanak-kanak main dalam Gereja. AJK masjid tak Islamik. AJK tak reti sunnah. Kesian AJK.

Sebenarnya ini berbalik kepada sikap kita sendiri. Kalau kita bertanggungjawab dan berusaha memperbaiki diri dan anak-anak kita, orang lain pun takkan tetiba nak marahkan anak-anak kita saja-saja. Orang lain pun banyak hal lagi nak dibuat. Kalau tiada angin, takkan pokok boleh bergoyang.

Apa-apa hal pun, kita sama-sama inginkan yang terbaik dalam bulan yang penuh barakah ini. Sama-sama kita mengelakkan pertelingkahan yang merugikan. Sama-sama jugak berdoa agar kefahaman tentang perkara ini dapat sampai kepada orang Malaysia keseluruhannya. InsyaAllah, moga Allah beri ganjaran pada orang-orang yang berusaha kerana-Nya.

No Response to "Masjid dan kanak-kanak"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...