Dah masuk hari ke-2 puasa dalam tahun nie. Alhamdulillah, syukur kerana masih diberi kesempatan untuk sama-sama berebut kerberkatan Ramadhan. Ada orang tak sempat nak jumpa Ramadhan. Ada orang pulak sempat jumpa tapi tak sempat nak rebut kebaikan Ramadhan. Contohnya, baru semalam ikut hantar jenazah seorang Jemaah Masjid Kelang Lama ke kubur. Meninggal dihari pertama Ramadhan. Dengarnya tak sempat nak puasa pun sebab meninggal pukul 4 pagi. Sakit tua. Jenazah tuh, aku tak kenal pun. Tapi boleh rasa dia memang dari kalangan orang yang baik-baik dan diredhai. Urusan jenazahnya mudah, hari yang panas tetiba redup bila jenazah dimasukkan ke liang lahad. Orang jadi ringan tangan nak tolong sebab tak kena panas matahari.
Itu cerita si fulan yang aku tak kenal. Cerita lain, adik ipar aku dipilih oleh Allah untuk jadi tetamu-Nya dibulan Ramadhan. Subhanallah, Maha Suci Dia yang memberikan nikmat yang berbeza-beza pada hamba-Nya. Adik ipar aku nie, ditugaskan untuk mengiringi orang kerajaan ke Mekah dan secara tak langsung, berpuasa di sana jugak. Seronok dia.
Sementelah dia ada di sana, memang kami tertunggu-tunggu gambar terbaru dari Masjidil Haram. Gambar yang sampai dalam whatapps tuh, memang jadi pengubat rindu kami pada Baitullah itu. Syukurlah, perasaan harap datang pada awal Ramadhan. Kalau momentum nie berkekalan....memang satu kepuasan apabila berakhirnya Ramadhan tahun ini.
Saja nak share gambar Masjidil Haram dengan construction nya sekali. Tapi gambar adik ipar takleh upload. Sebab dia pun macam tak boleh nak disclose sapa orang kenamaan yang dia iringi tuh. So, aku pun take it as P&C gak la...
Sebenarnya, bukanlah bangunan hebat-hebat tuh yang menjadikan kita rindu pada Mekah. Kita sebenarnya rindu sebab pengaruh tempat itu pada spiritual kita. Kita tetiba merasa manis dan kusyuk dalam beribadat. Rasa sebak bila imam sampai pada ayat-ayat tertentu walhal bukannya kita paham bahasa arab pun. Hati rasa tenang dan tenteram. Memang jelas sekali ini memang pengaruh agama sebab soal kusyuk, tenang, tenteram, soal dalam jiwa nie....sapa yang boleh control? Sapa yang dapat control kalau tidak Allah SWT. Yang pastinya, tempat lain memang tak terasa sebegini.
InsyaAllah, memang ada niat nak buat umrah sebulan dibulan Ramadhan dan seterusnya beraya di sana. Kalau ada rezeki, memang nak sangat pegi. InsyaAllah..
How to Have a Productive Day Working from Home
4 years ago
No Response to "Ramadhan Al Mubarak 1436"
Post a Comment