Hari Sabtu bebaru nie, Taman aku ada buat sambutan Maulidur Rasul. Ramai la jugak yg datang untuk perarakan. Sepanjang perarakan, selawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad SAW tak putus2 dari bibir setiap peserta. Alhamdulillah…Kemudian ada ceramah, dan disusuli dengan makan tengahari. Majlis pun berakhir dalam pukul 11.30 pagi.
Sebenarnya, ada banyak pendapat berkenaan dengan tarikh kelahiran Nabi kita. Yang kita maklum, 12 Rabiulawal. Ada pendapat yg mengatakan 8 Rabiulawal, 9 Rabiulawal. Dan ada juga pendapat mengatakan Nabi lahir pada bulan Ramadhan. Berlakunya perkara ini disebabkan Nabi sendiri pun tak sambut Maulid Nabi. Begitu jugak para sahabat pada zaman Khalifah Ar-Rasyidin. Ini kerana sahabat akan buat apa yg Nabi buat. Kalau Nabi tak buat, mereka akan takkan berani nak buat.
Selepas zaman Khalifah Ar-Rasyidin dari tahun 11Hijrah/632M hingga 41Hijrah/661M kerajaan Umaiyah pula berkuasa. Bermulalah perlantikan Khalifah secara keturunan sejak dari itu. Pemerintahan berlangsung sehingga 132H/750M.
Kemudian, Kerajaan Abasiyah pula berkuasa. Perlu di ingat bahawa pemerintahan Islam mempunyai jajahan yg besar. Makanya, boleh kita andaikan ada kerajaan pusat dan ada kerajaan negeri. Kerajaan Fatimiyah adalah kerajaan yang memerintah Mesir pada masa itu. Kerajaan ini, Banyak didukung oleh golongan Syiah dari elit Ismailiyah. Byk upacara yg disambut oleh Kerajaan Fatimiyah yg bermotifkan politik. Kebanyakkannya untuk mendapatkan sokongan yang lebih dari golongan Syiah agar kerajaan dapat berdiri kukuh.
Disinilah permulaan sejarah sambutan Maulidur Rasul. Setelah lebih kurang 300 tahun selepas kewafatan Nabi, barulah sambutan Maulidur Rasul disambut dalam masyarakat dan asal maksud sambutan tersebut pula banyak bermotifkan politik,bukannya tuntutan agama. Jadi persoalannya, sambutan Maulidur Rasul kita di Malaysia sekarang nie, kita ikut siapa…? Kumpulan Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak pun mengamalkan sambutan ini. Hehehehe…
Tapi tak salah kalau nak sambut Maulid Nabi. Pandai2lah kita cari pengisian agar sambutan ini selari dengan tuntutan agama. Agar tidak sia2 dihadapan Allah nanti.
Nak sambut boleh, tapi masyarakat perlu difahamkan bahawa perkara ini bukan tuntutan agama. Takut2 nanti anak cucu kita ingat bahawa sambutan ini diwajibkan oleh Allah ke atas umat Nabi Muhammad SAW. Bila itu yg terjadi, maka terbebanlah atas bahu kita kerana menyembunyikan perkara sebenarnya.
Byk cara sambutan ini dilakukan mengikut tafsiran masing2. Di Grozny, Chehnya…Maulid Nabi disambut dengan letupan mercun dan bunga api. Kat Malaysia, kita sambut secara perarakan. Sekarang nie, dah ada pertandingan perarakan dah pulak. Terpulanglah pada diri masing2. Sebaiknya, kita amalkan kehidupan Nabi sebagai tanda kita sayang pada Baginda.
Note : saya masih mentah dalam sejarah daulah Islamiah nie. Kalau fakta saya tak betul, tolong bagitau saya..saya akan semak kembali..
How to Have a Productive Day Working from Home
4 years ago
2 Response to Maulidur Rasul
sori lambat baca.. tapi sangat suka pengisian entry kali ni... sungguh berilmiah (ayat skema)..
saya budak baru belajar..
kalau salah tolong tunjukkan...
Post a Comment