Penghasilan buku ini banyak di inspirasikan dari kejadian yang pernah meggemparkan dunia pada tahun 2008. Operasi yang dikenali sebagai CAST LEAD merupakan serangan paling kejam pada dekad ini yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap penduduk Palestin pada 27/12/2008. Kedua-dua penulis merupakan sukarelawan yang berada di Palestin pada ketika itu. Justeru, catatan dalam buku ini adalah hasil dari pengalaman secara langsung yang tidak ternilai untuk sama-sama dihayati oleh penduduk Malaysia.
Buku ini bermula dengan sejarah Palestin itu sendiri sebagai bumi para nabi-nabi Allah sehinggalah ke zaman sekarang. Kemudian, buku ini juga memuatkan ucapan-ucapan pemimpin kerajaan dan pembangkang dari Malaysia tentang pendirian Negara kita yang sepakat dalam mempertahankan Palestin dari Israel. Bab seterusnya menceritakan pengalaman berada di Palestin sepanjang bantuan dihulurkan. Banyak gambar disertakan di dalam buku ini untuk memudahkan penerangan mengenai Palestin.
Membaca buku ini membuatkan perasaan bercampur-baur antara kecewa, marah dan pilu melihat penderitaan rakyat Palestin. Perasaan ingin berjihad bersama-sama barisan hadapan pemuda Palestin semakin berkobar-kobar apabila selesai membaca buku ini. Terus-terang, buku ini membuatkan aku berasa serba-salah terhadap diri aku kerana terlalu banyak masa yang berlalu tanpa ada pengisian yang bermanfaat. Contohnya, banyak masa aku habiskan dalam melayani hobi fotografi aku sedangkan saudara seagama kita di Palestin bermati-matian mempertahankan tanah air mereka dari cengkaman Israel. Aku berasa malu kerana terlalu kurang sumbangan dan sokongan aku terhadap perjuangan mulia ini.
Pagi Ahad sebeleum aku bertolak pulang ke Port Dickson, aku mendaki Bukit Keluang untuk melihat keindahan alam dari tempat tinggi. Terasa bersyukur sangat kerana terpilih untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW, beragama Islam dan lahir di bumi Malaysia yang aman. Saban hari aku dapat melihat keindahan matahari yang Allah ciptakan tanpa ada sedikit pun gangguan tentera Israel atau sebagainya. Allah Maha Berkuasa terhadap sesuatu. Sesungguhnya aku tak pernah redha terhadap Negara Haram Israel. Aku doakan semoga pejuang Palestin di sana diredhai Allah. Semoga kemenangan menjadi milik umat Islam. Insya Allah.
Trek naik ke Bukit Keluang. Hiking lebih kurang 15 minit ke 20 minit untuk ke puncak
Palang untuk keselamatan supaya tak mendekati tebing
Pemandangan dari tepi tebing. Pulau dalam gambar tuh = Pulau Perhentian. Indahnya Bumi ciptaan Allah
2 Response to GAZA MENANGIS
thanks for sharing.. lps baca post nih.. trs ada idea nak wat assignment.. tq.. tq!! ( den yg kono tulis paper pasal buku, film .. art.. dah lamo den tak buek karangan ..bapo aghi dah poning2 lalat ha..)..
erk..tulis buku pasal film, art, buku..?? mak ai, nak jadik penerbit filem plak ker..??
no wonder la nama pun dah tukar jadi Lisa Surihani dah...heheheheh
Post a Comment