Rumah parent aku kat Alor Setar memang berjiran dengan pelbagai suku kaum. Ada Melayu, Cina dan India. Kehidupan sangatlah rukun waktu itu. Rasanya tak pernah pun berlaku perkara-perkara yang kurang menyenangkan kami sekeluarga. Tolak lagi budak-budak main mercun dengan curi buah mempelam itu memang biasa laa..Tapi setiap waktu, kejiranan Taman Sri Mentaloon memang damai dan mendamaikan.
Bila aku mempunyai rumah sendiri di Springhill, Negeri Sembilan nie..ditakdirkan Allah aku berjiran dengan India. Dari minggu pertama berjiran lagi aku sudah pun merasa sedih dengan tingkah laku jiran baru aku nie.
Aku merasakan jiran aku nie beragama Hindu tapi bila ada perayaan agama lain, dia pun sambut jugak. Bila hari Krismas tiba, ada la pokok krismas kat rumah dia. Pada masa yang sama, rumah merah kecik (tokong cina) pun ada kat kawasan rumah dia. Tapi bila kita perhatikan dengan dekat, dalam rumah merah tuh ada tuhan gajah dia. Kan ka pelik jiran aku nie?
Dia dan isteri dia takdak anak, jadinya bila suami dia out-station (kerja bawak treler) isteri dia akan bermalam kat rumah abang dia kat kawasan yang lain. Memang rumah dia selalu tadak orang pun. Tapi bila ada orang pulak, memang membuatkan jiran-jiran tak tenteram. Terutamanya aku dan family la. Sebab tuh bila ada sambutan perayaan kat Malaysia nie, aku jarang ada kat rumah sebab pernah terkena sekali dan aku sangat serik. Bisingnya macam berpesta sekampung tapi bila ditinjau, cuma ada 10 orang ja. Mabuknya, berjudinya, sampah sarapnya, biadapya...semua ada. Bila ada tahun baru atau deepavali atau krismas dsb, aku akan bawa family aku tidur kat hotel atau bertandang rumah saudara-mara. Sebabnya, aku taknak sakit hati.
Malam nie rasanya akan jadi lagi kejadian yang mengganggu ketenteraman jiran-jiran. Ada tanda-tanda dia dan family dia nak ‘menurun’ malam nie. Sebelum nie pernah berlaku sekali. Bila dah masuk dek setan dalam badan tuh, habis bising jam 2 pagi. Mujur anak-anak aku tak terjaga. Bila aku bangun dan baca Al-Quran, senyap kejap. Sampai jam 3 pagi, aku pun amik keputusan nak tidur sebab esok nak kerja. Rupanya bila berenti sahaja baca Al-Quran, kejadian menurun tuh jadi balik. Sakitnya hati aku hanya Allah yang tahu.
Jadinya, malam nie aku buka MP3 baca Al-Quran kuat-kuat. Sengaja aku halakan speaker kat rumah dia. Bagi panas sikit setan dia tuh. Siap aku dah setting mode repeat lagi dalam player nie. Baik dengar orang baca Al-Quran sampai ke pagi dari dengar bunyi orang dok “menurun”. Lantaklah….
Sungguh, aku tak pernah berjumpa penganut Hindu yang pelik sebegini melainkan di Negeri Sembilan. Terus terang aku cakap, aku sebenarnya dah tawar hati untuk tinggal di Negeri Sembilan disebabkan jiran India aku ini. Aidai ada rezeki, aku nak cari rumah lain yang majoriti penduduknya adalah Melayu Islam. Walaupun aku izinkan dia beriman dengan apa pun agama yang dia suka tapi dalam hati aku sebenarnya tidak redha dengan kesesatan dia. Semoga Allah berikan petunjuk pada jiran aku suatu hari nanti.
How to Have a Productive Day Working from Home
4 years ago