The Choice – Dialog Islam & Kristian merupakan sebuah kajian dan penyelidikan betahun-tahun yang dilakukan oleh seorang pendakwah Islam terkenal, Allahyarham Ahmed Deedat (1918 - 2005). Jilid 1 buku ini telah melalui cetakan ke-22 dan telah tersebar luas ke Afrika, Eropah dan Amerika. Buku yang ada didalam gambar sekarang ini merupakan kombinasi jilid 1 dan 2.
Walaupun tajuk pada buku ini berjudul Dialog Islam & Kristian, namun cara penulisannya bukanlah seperti membaca dialog antara individu A dan B. Sebaliknya penyampaian dilakukan dalam bentuk kajian dan perbandingan serta penulis seolah-olah berinteraksi dengan pembaca. Mungkin inilah yang menyebabkan buku ini berjudul sedemikian.
Perkara yang menarik mengenai buku ini adalah, Allahyarham Ahmed Deedat telah menggunakan kandungan dari Bible dan Al-Quran untuk membuktikan kebenaran Islam. Pengetahuannya mengenai Bible adalah seluas pengetahuannya mengenai Al-Quran. Maka, apabila beliau mampu berdebat dengan banyak paderi Kristian sepanjang hidupnya dan membongkar segala penipuan didalam Bible, perkara itu adalah wajar.
Strategi yang digunakan oleh Allahyarham Ahmed Deedat dalam menghadapi perdebatan ini adalah dengan menggunakan kandungan dari Bible itu sendiri. Selepas terbukti segala kandungan Bible itu tidak konsisten dan bercanggah antara satu sama lain sehingga paderi dan mubaligh Kristian ini tidak mampu menjawab lagi, barulah Allahyarham Ahmed Deedat merungkai persoalan tesebut dari sudut pandangan umat Islam. Sungguh, dari perbandingan yang wujud ini secara tidak langsung membenarkan bahawa Al-Quran itu memang tidak mampu di tulis oleh manuasia atau jin ataupun gandingan kedua-duanya.
Isu-isu yang diketengahkan oleh Allahyarham Ahmed Deedat adalah isu-isu yang menjadi perselisihan antara Umat Islam dan Umat Kristian secara keseluruhan. Contohnya, adakah Nabi Muhammad itu Nabi yang terakhir? Adakah Bible itu kalam Allah? Adakah Jesus itu Anak Tuhan? Adakah Jesus di salib atau tidak? Itulah antara perkara pokok yang diperdebatkan oleh Allahyarham Ahmed Deedat. Perkara yang merupakan asas keimanan bagi umat Kristian.
Didalam buku ini juga, Allahyarham Ahmed Deedat memperbandingkan versi-versi Bible yang ada dalam umat Kristian sekarang ini. Di dalam perbandingan tersebut, banyak bukti menunjukkan kandungan Bible telah dipinda dari satu versi ke satu versi yang lain sehingga hilang keaslian kitab tersebut. Ini berlaku dibawah pengawasan pederi-paderi Tertinggi Kristian yang terpelajar.
Dalam Jilid 2 pula dilampirkan “Combat Kit” sebagai satu panduan untuk menghadapi serangan dari pihak mubaligh Kristian. Dengan menggunakan Combat Kit ini, kita dengan mudah dapat menunjukkan kepincangan maklumat dalam Bible itu sendiri. Satu usaha yang sangat murni.
Buku ini sesuai dimiliki oleh sesiapa sahaja dari kalangan umat Islam bahkan didalam buku ini juga, Allahyarham Ahmed Deedat menyarankan agar diberikan salinan buku ini sebanyak yang mampu kepada rakan-rakan tidak kira Islam atau Kristian. Agama Kristian sudah tidak mampu bertapak lagi di Barat, makanya mereka mula mencari pengaruh di Asia pula.
Semoga mereka yang rajin dalam membuat rujukan terlebih memahami dan mengingati isi kanduangan buku ini berbanding saya yang hanya membaca semata-mata.
How to Have a Productive Day Working from Home
4 years ago
No Response to "The Choice - Dialog Islam & Kristian"
Post a Comment