Monday, June 20, 2011

Counting the day

3
Wife aku dijangka bersalin 25hb Jun. Kalau nak diikutkan, ujung minggu nie la dia akan bersalin. Daripada 3 pengalaman yang sudah, selalunya Huda akan bersalin seminggu awal dari tarikh due date dia. Tak tahulah pulak macam mana yang ke-4 nie. Semoga semuanya selamat.

Kesian mama, nampak sangat dah tak larat dah.
Aku baru ja balik dari Besut melepaskan rindu kat anak-anak dan kat wife aku. Lama betul rasanya 2 minggu yang berlalu nie. Rasa macam nak mintak wife aku bersalin cepat-cepat, kemudian cepat-cepat la balik ke P.Dickson balik sebab aku nak kami stay as a family again. Hehehehe....bengong ja rasanya bila dok sorang-sorang.
Hadi dan Hazwan pulak, depa cakap nak ikut abah balik PD. Nak pegi sekolah katanya. Bukannya aku taknak bawak dua orang tuh balik PD, tapi itulah...waktu habis kerja + travel duration....paling cepat boleh sampai rumah pun dalam pukul 7.30malam. Takkanlah Hadi dengan Hazwan nak tunggu kat sekolah sampai pukul 7.30malam. Kesian la pulak. Rasanya, baik duduk di kampung buat sementara waktu nie. Aku nak ulang-alik KL-Besut pun senang sikit.

Happy sebab dapat makan nasik air Pak Awie..
Dah kenyang lepas tuh ngantuk
Budak-budak pun tau maksud "home sweet home" jugak.. Tau nak rindu rumah sendiri, basikal sendiri, bantal sendiri, tv sendiri, mainan sendiri..macam-macam lagi sendiri. Tak betah nak duduk rumah orang lama-lama. Nak buat macam mana, kalau tak disebabkan kerja aku macam nie...dah lama aku mintak wife aku bersalin kat PD jer. Kelam-kelibut la sikit tapi takpa la, sama-sama puas hati.

Hmm..masing-masing sedang menunggu hari ketibaan baby baru nie. InsyaAllah, semoga segalanya dipermudahkan olehNya. Amin..

3 Response to Counting the day

Aisha Ayu
June 21, 2011 at 3:14 PM

Tajul, aku doakan huda n baby selamat... Tak kisah ah "Tajul" or "Tijah" (hahaha), yg penting "zuriat adalah rezeki" & umat Islam bertambah... InsyaAllah...

June 21, 2011 at 8:47 PM

^^ nanti letak gambar baby cepat2 yer.. sumer tak sabar tunggu tengok :)tambah lagi keluarga aero..

June 21, 2011 at 8:47 PM

^^ nanti letak gambar baby cepat2 yer.. sumer tak sabar tunggu tengok :)tambah lagi keluarga aero..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...