Wednesday, June 8, 2011

Majlis Pertunangan

4
Minggu lepas balik Besut pulak. Ada majlis pertunangan adik Huda. Kena pulak hari cuti sekolah, memang semua ahli keluarga dapat meluangkan masa untuk majlis tuh.

Seperti biasa jugak la, perjalanan kami pulang ke Besut selalunya ditemani oleh peristiwa-peristiwa yang adventure jugak. Kali nie tayar kereta pancit kat Kemaman. Ntah besi apa yg dah masuk kat dalam tayar, punyalah la besar. Nasib baik waktu tukar tayar tuh hari mendung. Kalau tak, berpeluh pakcik.

Kemudian, bila nak cari kedai tayar…semua kedai tayar tutup. Rupa-rupanya hari kami travel tuh kena dengan hari birthday Agong (Sultan Mizan). Sampai ke Paka la jugak baru jumpa kedai tayar. Tayar pun, terpaksa beli tayar baru sebab lubang dia besar sangat. Nak buat camna, bayar ja la apa yang patut janji perjalanan selamat.

nie la mendanya yang masuk dalam tayar keta aku.
aksi ketika abah tengah tukar tayar
Adik Huda nie bertunang dengan orang dekat ja. Kampung sebelah la kata orang. Bagus jugak begitu, nak balik kampung senang. Depa nie jumpa kat tempat kerja. Dua-dua kerja kat Kuala Terengganu.
Nie gambar bakal bapak mertua. Memang pakcik nie steady ja. Ada papan tanda besar terpacak kat dalam kawasan rumah dia tertulis “JURU NIKAH”. Memang tok kadi la nie. Bila berbincang pasal tarikh kahwin yang sesuai, dia cakap “..kalau saya, saya nak selesaikan hari nie jugak kalau boleh”. Semua orang ketawa. Bila tanya pasal hantaran dia cakap “….RM25 pun saya terima. Janji jangan pinjam dari bank dah la”. Memang pakcik nie bercakap dengan ilmu dan pengalaman. Mana ada orang lagi nak cakap macam tuh dalam hal nak kahwinkan anak perempuan dia. Memang aku respect pakcik nie.

Bakal mak mertua
bersama bapak mertuaku
bakal mak mertua
mak Huda kat tengah-tengah tuh
bakal pengantin lelaki
Bakal pengantin perempuan.
Cincin disarung
gambar bersama
Gambar wife aku yang sedang menunggu hari
Itu la ceritanya hal minggu lepas. Sekarang nie, semua family aku ada kat Besut. Tinggal la aku keseorangan melayan kepala aku yang sepi nie. Dalam kepala nak jalan-jalan tangkap gambar ja. Tengok la dulu macam mana. Nak kena plan dulu. Ooo lupa nak komplen, trafik kat Kuala Terengganu memang teruk giler. Aku sangkut sampai sejam kat Bandar Kuala Terengganu. Teruk betul.

4 Response to Majlis Pertunangan

June 8, 2011 at 1:31 PM

huk aloh..kay tee kan dah jadi bandaraya.. tak kellass le bandaray tak jem...

June 8, 2011 at 3:07 PM

itu ler pasal...nak marah pun tak kena...esok2 aku gi KT naik motor jer la...

June 8, 2011 at 6:29 PM

Huda punya due bila? dah scan ke? helmi kata, nanti dia habaq snirik rahsianyaa... hahaha
bukan takat kt jek jem, kb ni pun pikir belas2 kali kalau nak gi shopping kat pasar siti khadijah nun..
kim salam kat huda.. moga selamat sumer2 ^^

June 10, 2011 at 7:39 AM

huda due dalam pertengahan bulan nie...tak scan pun, saja nak suprise...tapi rasanya macam laki gak..ALhamdulillah..

dari masjid kuala ibai sampai maiden = 1 jam...huh, memang mencabar keimanan..

Thanx yanie for the doa....wish you the same...from 2 to 4, is just amazing...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...