Sunday, June 12, 2011

Peoples make the place.

0
Satu waktu dahulu, aku pernah disandarkan sebagi pelajar yang pro aspirasi..ataupun secara mudahnya, aku adalah pelajar yang menyokong UMNO. Dan dalam pemikiran masyarakat kita yang sedikit sempit nie, hanya ada dua kumpulan manusia sahaja di Malaysia ini. Kalau bukan UMNO, maka sudah tentu orang itu orang PAS.

Aku kurang bersetuju dengan idea seorang senior yang agak dominan dan berkait rapat dengan doktrin PAS dalam kampus. Dari apa yang dia ucapkan, jikalau ada sebuah persatuan yang memperjuangkan agama Islam, maka persatuan lain tidak boleh wujud sama sekali. Bahkan, persatuan Islam yang ada wajib meninggalkan perjuangan mereka dan menyokong parti yang memperjuangkan Islam ini. Itu secara ringkasnya tapi itulah isi penting ucapannya. Aku tidak dapat bersetuju dengan idea ini.

Ketika aku diberi ruang untuk memberikan ucapan yang pertama sebagai ketua pelajar, aku membawa satu misalan mudah kepada semua pelajar yang hadir. Aku tanyakan, apakah perbezaan bata di tandas dan bata di masjid? Sudah pasti kedua-duanya sama. Lalu, kenapa pada satu tempat kita hina ia dengan hadas kita sedangkan pada satu tempat lagi kita muliakan dengan beribadat kepada Allah SWT? Jawapannya kerana perbuatan kita. Bila kita buat yang baik, maka baiklah jadinya dan sebaliknya.

Sama juga diri kita ini. Kalau kita melakukan perbuatan yang selari dengan Islam, orang akan nampak kita sebagai orang yang baik. Bila kita jadi baik, kita akan bagi pengaruh baik pada orang sekeliling kita terutama sekali keluarga. Apabila institusi keluarga kita baik, kita kembangkan pula kepada masyarakat. Dari masyarakat kepada negeri, dari negeri kepada negara. Apabila semuanya baik, maka tak perlu kita susah-susah menggelarkan negara kita ini sebagi negara Islam sebab orang luar akan panggil kita sebagai negara Islam secara semulajadi. Semuanya disebabkan kita sendiri melakukan perbuatan yang baik dan selari dengan Islam. Kenapa kita perlu halang persatuan lain untuk bergerak sedangkan jalan dakwah ini sungguh banyak. Sebanyak bulu roma yang ada di badan manusia, bukannya satu jalan sahaja.

Disebabkan ucapan itu, dengar khabar banyak jugak kawan-kawan rakan masjid yang melenting. Mungkin aku kurang berhati-hati dalam menyusun bicara kot sehingga melukakan hati kawan-kawan.


Muktamar PAS baru sahaja berlalu dan ucapan Presiden baru-baru ini banyak mendapat ulasan dari orang ramai. Aku bersyukur kerana ada anjakan dalam ideologi PAS tahun ini. Sebelum ini, PAS agak rigid dengan caranya tersendiri. Hanya Allahyarham Ustaz Fadzil Nor sahaja yang sudi untuk duduk satu majlis dengan Tun Dr. Mahathir menunjuk sikap keterbukaan beliau pada perpaduan ummat.

Dr. Asri juga ada mengulas tentang ucapan ini dalam blog beliau. Klik sini. Aku merasakan ada sedikit kesamaan antara ucapan aku dan ideologi beliau tapi Dr. Asri telah mengupas isu dengan jauh lebih baik dari aku. Semoga kita semua diberi kefahaman agar kita tidak lagi berpecah-belah.

P/S : PAS dah selesai pun muktamar, siap semuanya berjalan lancar. BN pulak terpaksa tunda mesyuarat agong kerana takut berlaku perpecahan dalam parti. Siapa sebenarnya yang bermasalah sekarang nie?

No Response to "Peoples make the place."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...