Tuesday, June 14, 2011

SCAM POWER ROOT

2

Hari ini aku ada dapat satu sms yang agak best bunyinya…lebih kurang begini:-

Simcard anda T’pilih bejaya Menangi wang RM30,000 dari “POWER ROOT” No.Siri:254799. Sila Dail: 014-2036-808 MOH.YUSUF sender +60135434211.

Aku salin sebijik-sebijik tanpa ada sedikit pengurangan atau penambahan pun. Mula-mula dapat sms, aku dah tahu dah menda nie scam tapi saja la call POWER ROOT SDN. BHD. Baru ja cakap “saya baru ja terima satu SMS nie….” Tak sempat nak sambung cakap, terus ja minah Marketing tuh potong “itu scam encik, jangan percaya. Kami dah pun buat laporan polis dah. Kalau encik nak buat laporan polis juga, lagi bagus”.

Jadinya, aku pun berusaha la mencari-cari nombor telefon polis bahagian jenayah komersil untuk aku adukan perkara nie. Dapat la bercakap dengan personel bahagian jenayah komersil nie. Punyalah berbuih menerangkan keadaan dan situasi, sekali dia balas balik:

“Encik, kami sebenarnya tak terima aduan berbentuk talian nie. Kalau nak buat aduan jugak, Encik kenalah datang ke balai”.

Aku pun mengucapkan selamat tinggal la. Takdak cerita la pulak aku nak ke balai berbagai hanya untuk buat aduan masalah sekecik nie. Rasa macam perkara remeh la pulak. Aku rasa, polis-polis nie pun berperasaan camtu gak kot. Malas nak layan sangat.

Aku rasa yang untung dalam situasi nie semestinya si fulan yang hantar sms tu la. Dia masih terlepas dan dia bebas untuk meneruskan rancangan jahat dia tuh. Kita semua pulak hanya akan tersedar bila dah ada yang kena tipu berpuluh ribu. Itupun, kita cuma akan cakap “nasib aku tak kena tipu”.

Yang paling sedih, nama orang yang bagi sms tuh ialah MOH. YUSUF. Kedua-duanya nama nabi. Kalau betullah itu nama dia yang sebenarnya, memang sangat sedih sebab melayu Islam pun sangggup menipu sekarang nie. Tak macam orang yang ada agama. Apa la nak jadi.

Itulah al-kisahnya. Aku dah banyak kali kena tipu dengan orang melayu. Abah aku pun sama jugak, kena tipu dengan orang sebangsa. Satu bangsa saja tidak cukup untuk menjamin keselamatan kita di dunia dan akhirat. Jadi apa tunggu, pikir la sendiri.

2 Response to SCAM POWER ROOT

Anonymous
June 15, 2011 at 12:23 PM

Aku pun dapat sms cam ni juga hari ni.. hahaha.. aku da agak scam..

June 15, 2011 at 4:43 PM

heheheh...sama la kita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...