Wednesday, June 15, 2011

Yang aku heran.

5
Apa benda yang aku buat kat rumah sorang-sorang? Aku tak buat apa-apa pun. In fact, aku macam tak balik rumah pun. Nak balik rumah pun, takdak orang nak ajak bergaduh. Baik stay kat opis ja. Pukul 6.30pg dah gerak dari rumah, pukul 10mlm baru sampai rumah. Sampai ja rumah, terus tido. Bahagia….

Kat opis aku nie ramai jugak la yang balik kerja lewat. Terus-terang aku cakap, aku tak paham apsal depa nie balik lewat. Nak kata bujang, kepala dah beruban. Cincin pun ada 2, 3 kat jari (kawin 3 gamaknya). Tapi pukul 8.30 malam still lagi ada kat opis dok mengadap komputer.

Kalau depa nie balik pukul 9malam, for sure sampai rumah dalam pukul 10mlm jugak. Bila masanya depa nie melayan anak-anak? Apa depa tak kesian ka kat anak-anak depa yang dok tunggu kat rumah tuh nak ajak main, nak ajak makan kat luar, nak baca buku cerita? Ish..sungguh aku heran. Rugi kalau kita tak cherish waktu-waktu anak kita masih kecik nie. Waktu depa kecik la seronok main dengan depa. Hati anak-anak nie masih ikhlas lagi. Kalau dia merajuk pun, 10minit mesti happy macam asal. Waktu-waktu nie, takkan kembali lagi. Bila dah terlepas, takdak menda dalam dunia boleh beli balik waktu tuh. Kesian. Esok-esok bila anak kita dah besar, dia akan habiskan masa dengan kawan-kawan dia pulak. Takdak dah masa untuk kita.

Kerja kat opis nie memang takkan selesai punya. Habis hari nie, esok ada lagi. Habis esok, lusa ada lagi. Begitulah hari-hari. Susah sangat ka buat kerja? Tak la susah sangat kot. Bagi aku, orang yang kena spend masa sampai hari-hari balik lewat malam untuk menghabiskan kerja dia..orang tuh tak competent la bagi aku. Dah bagi time frame sama macam orang lain tapi dia still takleh nak deliver. Sekali-sekala takpa la jugak nie tiap-tiap hari. Baik hire orang lain. Buang karan ja..

Tapi ada jugak la yang stay sebab nak tunggu jalan tak sesak dulu baru nak balik. Yang nie, kita kena faham la. Nak buat macam mana. Semua orang ada alasan dan kekangan masing-masing. Kita cuma boleh tengok dari jauh saja la. Kesian pun ada.

Waktu aku kerja kat satu company kereta kat seksyen 15 Shah Alam dulu, aku dipaksa untuk balik lewat. Aku question balik superior aku, apsal aku kena balik lewat sedangkan semua kerja aku dah selesaikan sebelum waktu balik yang official lagi. Dia cakap, supaya boss akan anggap kita sebagai pekerja yang rajin. Aku cakap sekali lagi, “I’ve finished my work for today and there is nothing more that I can do”. Dia cakap, “Play solitaire or any games if necessary but do not go home earlier than boss”.

Aku tak paham…..

Yang penting, kita kena hormat pendapat orang lain. Nak balik lewat ka, nak balik awal ka itu adalah pilihan individu. Jangan sampai kita menyusah dan mangacau orang lain dah la.

5 Response to Yang aku heran.

June 16, 2011 at 10:32 AM

owh...
i loikeee this entry....

June 16, 2011 at 10:44 AM

which part of the entry that you loikeee..??

June 16, 2011 at 1:16 PM

bapa2 yg mcm ni lah (yg suka duk kt ofis mlm2 tnpa wat keje)yang menyebabkan ramai mat2 rempit kt luar sana merempit sbb blk umah pun mak bapak takde. tp masih sibuk di ofis hingga malam sbb nak tnjuk rajin kt bos.huhuhuh sgt reapek the way u appreciate the quality time 2 gether wif ur sons ;-)

June 16, 2011 at 1:17 PM

reapek ... i mean respek :-)

June 16, 2011 at 3:02 PM

heheheh..family come first...apply to everyone

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...