Tuesday, May 31, 2011

Hilang Seminggu

2
Seminggu lebih aku hilang dari office aku. Start dari Jumaat 20hb May 2011 aku dah pun berada di Langkawi untuk bercuti bersama-sama family aku selama 5 hari 5 malam. Selama berada di Langkawi itulah, aku terputus hubungan dengan dunia internet disebabkan takdak 3G kat kawasan hotel yang aku duduk tuh. Sian aku, takleh nak update blog.

Percutian kali ini tak lain tak bukan sebab aku berhajat nak meraikan isteri dan anak-anak aku sahaja. Yang selebihnya, sebab aku dapat deal yang sangat bagus untuk tiket flight, hotel dan kereta sewa. Tersangatlah murah untuk dilepaskan begitu sahaja. Tiket flight tuh dah lama beli dah sewaktu aku duduk kat China lagi. Sebenarnya dok survey tiket murah nak balik Malaysia, alih-alih dapat tiket murah pi Langkawi. Tuh yang beli gak tuh. Kemudian, hotel murah dengan kereta sewa murah tuh memang datang sendiri tanpa dirancang. Memang betul la orang cakap itu rezeki yang tak disangka-sangka namanya. Maknanya, aku boleh ulang perkara yang sama untuk kes umrah ke Mekah la pulak kot lepas nie. InsyaAllah.

Seperti biasa la, banyak la gambar yang aku tangkap sepanjang 5 hari tuh tapi tak la semua event aku buat coverage. Pun begitu, puas betul la dapat main camera balik dengan subjek yang berbagai disekeliling aku.

Seperti biasa jugak, budak-budak la yang paling happy sekali kalau bab makan angin. Seminggu tak pi sekolah sudahnya.
Kunjungan ke Gunung Mat Cincang kali nie, aku hayati dengan sebetul-betulnya sebab last trip pi sini terpaksa turun awal. Ada orang takut nak duduk lama-lama kat atas tuh.
Tengoklah tuh wife aku buat stunt dengan Hafiz. Mujur la kami bukan celebrity. Kalau tak dah lama menjadi bualan media-media yang mencari topik-topik panas nie.
Yang Hafiz pun satu, tanak orang pegang. Nak jalan sendiri jugak.
Mujur jugak la yang tiga-tiga nie boleh berpakat. Kalau tak, pening jugak kepala.
Bahaya kalau kita selalu bagi makan kat monyet. Mula-mula kita bagi, lepas tuh dia akan mencuri
Mama yang bunting di Pulau Dayang Bunting. Hampir-hampir tak dapat naik flight arituh. Mujur ada surat dari doktor.
Ini sebahagian barangan yang dibeli. Selebihnya, aku tak sempat nak tangkap gambar sebab waktu wife aku shopping, aku kena jaga anak. Hehehehe
Istimewa dari mama
Dah nak balik dah nie
Haa..shot yang dengan sayap kapal terbang nie, tak jadi-jadi lagi seperti yang aku nak. Takpa, next time kita cuba lagi.
Sepanjang 5 hari di Langkawi, Hadi cuma minum susu sekali sahaja. Hazwan pulak, makan banyak sampai menyusu pun dah kurang. Hafiz pulak, makin kuat berlari. Memang berbeza sikit perangai budak-budak nie dari hari-hari biasa.

Tapi bila balik ke rumah, semunya kembali seperti asal semula. Contohnya Hafiz, dia suka tengok tv dekat-dekat
 Itulah sebahagian kegembiraan kami sepanjang di Langkawi. Seronok betul rasanya sebab rasa macam balik kampung. Semua orang cakap pelat utara. Makanan pun memang selera utara, memang kena la dengan tekak aku nie. Pi pulak time bukan peak period, orang pun tak ramai sangat la. Semua tempat tak sesak pun dengan manusia. Semuanya jadi on schedule. Alhamdulillah atas semua kemudahan dan rezeki itu.

Namun, dalam tawa ada duka. Sepanjang berada di Langkawi tuh, cerita tanah runtuh yang mengorban anak yatim At-Taqwa, Hulu Langat sangat hangat dibicarakan. Kami pun sedih dan kami pun terkejut sebenarnya. Walaupun mereka tuh anak-anak yatim, tapi sebenarnya ramai yang tumpang bersedih dengan musibah yang menimpa mereka. Moga kebaikan selamanya untuk mereka semua. Amin

Monday, May 30, 2011

Nothing Much (part 13)

0

Wednesday, May 18, 2011

Tetamu membawa berkat

4
Seronok sungguh Hadi, Hazwan dan Hafiz bila ada orang datang rumah. Kebetulan pulak, minggu nie memang ramai yang datang singgah kat rumah kami….memang melayan tetamu sungguh la ketiga-tiga adik-beradik tuh. Tidur malam pun dah taknak tidur dengan mama lagi dah. Eksen..!!

Tapi nasib baik jugak la yang datang hari tu, semunya macam sporting jaa…memang diorang pun tak segan-segan nak melayan telatah anak-anak aku yang nakal tuh. Respect sungguh aku kat tetamu-tetamu yang datang sebabnya, aku sendiri pun tak terlayan bisingnya Hadi, Hazwan dan Hafiz tapi tetamu yang hadir boleh rilek jaa..Memang respect. Terima kasih kepada semua yang sudi bertandang ke teratak kami. Kalau ada rezeki, janganlah segan-segan datang lagi...Hehehehe.

Yang bagus bila duduk kat PD nie, ada banyak tempat menarik untuk kita lawati. Jadinya, kalau yang datang tuh berkeluarga, kita bawak la ke tempat menarik cara berkeluarga. Kalau yang datang tuh bujang, kita buat pulak cara bujang. Memang tak kering la pilihan kat PD nie, InsyaAllah.

Nie nak tunjuk gambar cara-cara melayan sepupu yang masih lagi bujang. Diorang nie memang susah sikit nak bangun pagi tapi nak tengok rumah api punya pasal, bangun jugak rupanya. Tak payah pakai alarm pun. Hehehehe...

Walaupun 15 minit jerk hiking, tapi berpeluh la jugak. Nie la sepupu aku, pemilik sah produk-produk AkuDesign Clothing
 
Awan pun tadak. Punyalah panas walaupun hari masih pagi
Post istimewa sikit
Aku suka gambar nie. Tapi, masih boleh diperbaiki
Nie Mak Ton. Dia la yang jaga aku waktu kecik2 dulu. Lama jugak la dia bela aku.
Budak terlebih happy
Dulu ada sekali aku organize satu percutian dengan kawan-kawan Aerospace aku kat Pulau Pangkor. Baik punya plan, last2 sekali aku yang tak jadi pergi. Sebabnya, pakcik aku meninggal kat Sarawak. Pakcik aku telah pergi dengan meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak lelaki. Isteri dia ialah Mak Ton la. Yang dalam gambar kat atas tuh, anak-anak diorang la. Itulah kisahnya kenapa aku tak dapat join kawan-kawan aku bercuti kat Pangkor walaupun aku yang organize event tuh. Family come first, that's always the rule.

Kepada Abang E dan Mok Teh, jangan amik hati plak sebab takdak gambar. Ntah kenapa lupa nak pegang camera plak waktu Abang E ngan Mok Teh datang...hehhehee

Nothing Much (part 12)

0

Tuesday, May 17, 2011

Terkenangkan Asma' binti Abu Bakar

1
Ada sebuah buku yang aku hadiahkan untuk isteri tercinta. Dalam pada itu, aku juga tak melepaskan peluang untuk membaca buku yang sama juga. Buku tersebut telah mengingatkan aku pada Asma' binti Abu Bakar.

Asma’ binti Abu Bakar adalah anak kepada sahabat Nabi Muhammad SAW yang terkenal iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Berusia 27 tahun pada ketika peristiwa hijrah dan 10 tahun lebih tua dari adiknya, Aisyah binti Abu Bakar.

Kalau kita masih ingat peristiwa hijrah ketika Nabi bersembunyi di Gua Tsur bersama Abu Bakar selama 3.hari... Asma’ ketika itu bertanggungjawab menyedia dan menghantar makanan kepada Rasulullah dan Abu Bakar selama mereka berada di Gua Tsur. Walaupun sedang mengandung, Asma’ gigih menjalankan amanah tersebut biarpun terpaksa bersusah payah dengan keadaan dirinya.

Asma’ binti Abu Bakar telah mengoyakkan talipinggangnya menjadi 2 bahagian. Satu digunakan untuk mengikat makanan dan satu lagi diikat kepada pinggangnya seperti selayaknya seorang wanita pada zaman dahulu. Kerana itulah Asma’ diberi julukan sebagai Dzatun Nithqain oleh Rasulullah yang bermaksud “Wanita yang mempunyai 2 talipinggang” . Rasulullah telah mendoakan agar talipinggang tersebut digantikan dengan yang lebih baik dan lebih indah di syurga kelak.

“…..Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik…..” (An-Nur ayat 26). Begitulah halnya dengan Asma’ apabila beliau dikahwinkan dengan Zubair bin Awwam (salah seorang 10 sahabat yang dijanjikan syurga). Zubair bin Awwan tidak mempunyai apa-apa harta melainkan seekor kuda. Kuda itulah yang digunakan sebagai mengambil upah untuk mengangkat air kepada sesiapa yang memerlukannya. Walaupun miskin namun Asma’ tetap sabar dan taat sebagai isteri. Asma’ juga pernah mengikuti suaminya dalam beberapa peperangan ketika Rasulullah masih hidup. Asma’ juga dikurniakan umur yang panjang nanmun suaminya Zubair bin Awwam terbunuh ketika Perang Jamal (yang melibatkan peperangan antara Saidina Ali dan Aisyah).

Perkahwinan kedua manusia yang mulia ini melahirkan cahaya mata yang mulia juga. Pasangan ini dikurniakan 2 orang anak lelaki yang menjadi pembela agama Islam dan sangat dikenali iaitu Abdullah bin Zubair dan Urwah bin Zubair. Abdullah bin Zubair sangat terkenal dengan keberaniannya dan ikut serta dalam peperangan menakluki Afrika, Andalusia dan Konstantinopel. Ketika banyak umat Islam menolak kekhalifahan Yazid bin Muawiyah dan seterusnya Malik bin Marwan, umat Islam di Mekah telah mengakui Abdullah bin Zubair menjadi khalifah di Mekah dan Madinah. Namun, akhirnya Abdullah bin Zubair telah dibunuh dan diperlakukan dengan kejam oleh orang-orang Khalifah Malik bin Marwan. Asma’ yang pada waktu itu berada di Mekah kerana menunaikan umrah telah bersedih hati di atas kejadian tersebut. Namun dia tetap sabar walaupun mayat anaknya diperlakukan dengan kejam oleh pembunuhnya.

Itulah cebisan hidup kakak ipar Nabi kita yang berliku-liku dan menyedihkan. Dia adalah anak kepada khalifah Islam yang pertama. Suaminya adalah antara 10 orang sahabat yang dijamin syurga ketika masih hidup lagi namun dibunuh oleh umat Islam sendiri dalam Perang Jamal. Anaknya Abdullah, adalah cucu Abu Bakar As-Siddiq dan merupakan orang yang berjasa dalam mengembangkan Islam ke seluruh dunia namun dibunuh dan mayatnya diperlakukan dengan kejam oleh Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi, seorang umat Islam juga. Umat Islam melupakan persaudaraan apabila berdepan dengan soal kuasa dan pangkat. Begitulah yang tercatat dalam sejarah sejak zaman berzaman. Itulah juga yang pernah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi. Bilakah kita akan menjadikannya sebagai iktibar?

Semoga isteri kita menjadkan insan mulia Asma’ binti Abu Bakar sebagai contoh dalam kehidupan mereka. InsyaAllah

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda : “Seorang wanita yang mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya. ” (HR Abu Nuaim)

Wednesday, May 11, 2011

Imam Syafie - Pejuang Kebenaran

0
Kebiasaannya, apabila aku selesai membaca buku yang agak berat isi kandungannya, aku akan susuli dengan bacaan baru dari buku yang agak ringan isi kandungannya. Dalam hal ini, aku selalu mencari karya-karya Abdul Latip Talib. Ini kerana, beliau menyajikan sebuah karya yang santai namun berlatar-belakangkan kisah benar malahan bermanfaat pula untuk ditelaah. Karya beliau banyak berkisar kepada tokoh-tokoh penting dalam sejarah Islam. Sesuai dibaca oleh semua peringkat umur.

Berkenaan dengan ulasan buku ini, nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Beliau dikenali dengan nama Syafie sempena mengambil nama datuknya yang dikatakan mirip kepada rupanya. Wajah datuknya pula dikatakan mirip kepada wajah Nabi Muhammah SAW.

Sejak dari kecil lagi sudah tampak kehebatannya sebagai seorang yang bijak pandai dalam agama. Pada umur 9 tahun, beliau sudah mampu menghafal Al-Quran. Pada umur 10 tahun pula, beliau sudah mampu menghafal kitab Al-Muwatta' karangan Imam Malik. Pada umur 15 tahun, beliau sudah mengajar dan mampu memberi fatwa di Masjidil Haram. Walaupun begitu, cintanya kepada ilmu membuatkannya mengembara ke serata tempat untuk berguru dengan tokoh-tokoh agama yang hebat. Antara gurunya ialah Imam Malik sendiri.

Kegigihannya belajar dan mengajar ilmu kepada masyarakat menyebabkannya menerima sanjungan yang tinggi. Anak muridnya bertebaran di seluruh bumi. Antara anak muridnya yang terkenal ialah Ahmad bin Hanbal atau lebih dikenali sebagai Imam Hanbali. Tidak hanya mengajar di masjid-masjid, beliau juga menulis buku-buku yang kebanyakkannya menjadi rujukan hingga ke hari ini. Sungguh besar sekali sumbangan beliau kepada agama Islam.

Buku ini mengisahkan liku-liku hidupnya didalam menuntut dan menyebarkan ilmu. Sebagai orang yang berpegang kepada mazhab Syafie, amatlah baik sekiranya kita mengenali imam kita dengan lebih dekat lagi malalui buku ini.
  

Monday, May 9, 2011

Paintball

4
Ini la first time aku main paintball. Walaupun sukan nie dah lama bertapak kat Malaysia, tapi ini la first time aku dapat merasa main menda nie. Dah lama dah mengidam, kali nie barulah dapat.

Kecik-kecik dulu waktu duduk kat kampung, memang selalu la main perang-perang nie. Kalau main kat kampung, memang dapat the real feeling la. Mana tidaknya... merangkak dalam hutan, sembunyi dalam semak, camaouflage dengan daun, berendam dalam sungai...cakap ja mana satu, semua ada. Memang best main perang-perang waktu kecik-kecik dulu. Senapang ada satu ja kat tangan, tapi macam-macam bunyi boleh buat. Kejap bunyi machine gun, kejap bunyi pump gun, kejap bunyi laser. Bunyi bom pun ada jugak. Tak habis-habis plak bom tuh. Hahahah, I missed the old memories. Never realised time fly so fast. Feel like it all happened just yesterday.

Ini la gayanya, budak-budak Lotus yang konon-kononnya nak jadi askar.
 Tak sangka pedih jugak bila kena tembak dengan peluru dia. Kira berbekas jugak la kat badan nie. Mula-mula main tuh memang semborono ja. Tapi lepas kena tembak first time tuh, terus jadik berhati-hati sikit sebab taknak pedih lagi. Sakit wooo kena tembak.

Dalam war zone tuh macam bahaya ja kalau bawak camera. Kalau tak, teringin gak nak amik shot yang best-best sikit. Last sekali, banyak ambik gambar kat luar la, gambar sedang beraksi takdak langsung.

Sessi penerangan oleh Marshall
 Kami dapat harga promotion. Setiap orang dapat 650 bijik peluru dengan harga yang sangat murah. Ingatkan 650 biji peluru tu banyak la, tapi tak sangka pulak rasa macam kejap sangat dah habis semua peluru tuh. Lepas nie kalau main lagi, nak ambik banyak sikit peluru, baru la puas sikit main.

Rasanya, aku la yang banyak sekali kena tembak. Tapi nasib baik pakai baju lengan panjang. Kalau tak, lagi la pedih rasanya. Terima kasih kepada isteri tercinta kerana membenarkan abang pinjam baju. Heheheh..
Walau bagaimana pun, hero mesti menang punya. Siap dapat bawak balik 3 orang tahanan perang lagik..Heheheh.. Kalaulah tak disebabkan add math aku power, rasa aku memang aku dah jadi komando dah sekarang nie...hahahahah..riaknya...
Boleh la kot lepas-lepas nie kalau nak buat gathering ngan budak-budak aero. Buat ja kat Xtion Paintball nie sebab location dia kat Bukit Jalil ja. Memang dekat dan payah nak sesat. Boleh la difikirkan dikemudian hari, InsyaAllah.

Thursday, May 5, 2011

Berkongsi kesedihan

2
Posting sebelum nie aku asyik menceritakan pengalaman kami mandi-manda di Air Tejun Ulu Bendul pada hari Isnin bebaru nie. Tak sangka pulak pada hari Selasa ada kejadian yang melibatkan kematian pulak di tempat yang sama. Sedihnya bila dengar yang meninggal semuanya budak-budak belaka. Kebetulan pulak yang meninggal tuh 3 orang. Umur pun 2 tahun, 4 tahun dan 5 tahun. Semuanya baya-baya anak kami jugak. Cuma jantina ja yang lain. MasyaAllah, ngeri sungguh bila dengar kisah macam tuh. Tak taulah apa yang akan berlaku kalau aku yang diuji sampai macam tuh. 

Sesungguhnya, anak-anak itu berada ditempat yang baik sekali disisi Allah Ta'ala. Ini kerana anak-anak kecil tuh tak ada dosa langsung. Lalu, di manakah tempatnya untuk seorang hamba Allah yang tidak ada dosa melainkan di syurga jugalah tempatnya. Semoga kedua ibubapanya redha akan pemergian anak-anaknya.

Petikan dari Harian Metro

Tuesday, May 3, 2011

Ulu Bendul

2
Ehh..best jugak rupanya air terjun kat Ulu Bendul. Cuti Hari Buruh, tak tau nak pi mana..bawak la anak-anak mandi-manda kat Ulu Bendul. Memang ramai orang rupanya yang datang kat situ. Kemudahan serba lengkap, kawasan pun terjaga dan bersih. Walaupun orang ramai tapi boleh jugak dapat tempat yang menarik dan sesuai untuk anak-anak mandi.
Air memang sejuk sungguh. Segar ja rasa bila dah berendam lama-lama. Tapi yang best nya, tiba-tiba ada ular pulak datang dekat kawasan yang kami mandi tuh. Dah nampak ular kat tepi air, takkan nak mandi lagi kot. Baik naik ja...Mujur jugak time ular tuh datang, kami dah lama mandi. Kalau tak, tak syok la plak. Alhamdulillah, takdak sorang pun yang cedera. Ular tuh cuma nak cari jalan balik jaa...
Lain kali boleh repeat lagi tempat nie. Nak lepas anak-anak pun tak takut sangat. InsyaAllah

Monday, May 2, 2011

Dialog Sunnah Syi'ah

0
Buku asalnya dalam bahasa arab telah mencapai cetakan yang ke-20 dan berjudul Al-Muraja'at. Buku ini merupakan surat-menyurat yang berlaku antara seorang ulama besar dari kelompok Ahlus Sunnah  iaitu , Asy-Salim al-Bisyri , rektor al-Azhar pada masa hidupnya dan seorang ulama Syi'ah Lebanon, al-Imam as-Sayyid Abdul Hussain Syarafuddin yang bersambung salasilah keturunannya dengan Rasulullah SAW. Perbincangan ini berlaku di Universiti al-Azhar pada tahun 1329H namun kedua-dua ulama ini melakukan perbicangan dengan gaya menulis surat, bukannya bedebat secara bersemuka. Hasilnya, dapatlah kita ikuti dari surat pertama hinggalah surat yang ke-112 dalam buku ini dengan jelas. Sungguh berbeza cara orang yang berilmu tinggi dengan yang berilmu biasa.

Dialog ini wujud kerana kedua-dua ulama ini bersusah hati melihat kepincangan umat Islam yang semakin meruncing disebabkan perbezaan yang kecil. Tidak pernah wujud antara kedua-duanya untuk mencari siapa yang menang dan siapa yang kalah tapi kebenaranlah yang ingin dicari. Ini jelas seperti apa yang ditulis oleh Reaktor al-Azhar , asy-Syaikhul Imam Salim al-Bisyri di dalam salah satu suratnya

"....Sesungguhnya, saya tidak lebih dari orang yang ingin menyelidiki sesuatu yang berharga yang selama ini telah hilang dan demi mencari kebenaran. Dan bila nanti kebenaran itu yang tampak bagiku, itulah yang lebih layak diikuti"  

Hakikatnya, perbezaan pokok antara Sunnah dan Syi'ah terletak pada persoalan tokoh pengganti Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin umat dibidang pemerintahan mahupun bidang keagamaan. Selebihnya, perbezaan yang wujud hanyalah kepada perkara-perkara yang melibatkan penafsiran dan penetapan hukum yang sepatutnya tidak perlu sampai menimbulkan sikap saling membenci, mencaci bahkan saling mengkafirkan.

Justeru, dialog ini berkisar kepada hujah-hujah Syi'ah yang menganut mazhab Ahlul Bait dan alasan mengapa mereka berbuat demikian. Sungguh, isi kandungan buku ini amat menyegarkan minda dan sangat menarik. Cara dialog yang penuh hikmah dan hujah-hujah yang kuat, sangat-sangat membantu dalam merungkai punca perbalahan yang berpanjangan ini. Semoga kebenaran yang kita carikan itu dapat menyatukan hati-hati umat Islam yang selama ini berpecah-belah kerana perkara yang sedikit. InysaAllah.

Surah Al-Fath, ayat 29
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya...................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...